Dah puas akak fikir-fikirkan. Perlukah akak menghadapinya secara diam-diam ataupun perlukah akak luahkan... Adakah sesiapa mempunyai petua untuk akak menjadi lebih berdisiplin. Bukan suami akak tak pernah menasihati.. tapi sikap, U tak rasa... sering menjadi jawapan , (macamana payahnya menahan diri daripada tidak minum lebih dari 500ml).
Jika ada sesuatu yang boleh pembaca semua kongsikan dengan akak, tolonglah... berilah pendapat dan cadangan. Puas akak berfikir sorang-sorang. Apalah caranya untuk akak mengatasi tabiat mahu minum lebih daripada 500ml dalamasa sehari. Tolonglah. Akak dah tahap kritikal sangat-sangat. Akak dah terlebih air.
Berat yang dibenarkan ialah 50kg. Tetapi akak kini dah melebihi 56kg. Maknanya air dalam badan akak dah melebihi tahap yang sepatutnya. Air tersebut dah cuba ditarik sedikit demi sedikit tetapi jumlah itu masih menambah. Jika akak menarik air ketika proses dialysis, lebih daripada 3.5kg ditarik, tekanan darah akak akan menjunam turun sehingga 90/60. Ianya membahayakan untuk jantung. Jantung akak terasa berdebar-debar dan kepala akak akan pusing.
Bagilah petua bagaimana nak control air dan merasa cukup dengan 500ml air dalam sehari.
Jika pembaca ada saudara mara yang juga pesakit buah pinggang, apakah yang membuatkan mereka begitu kuat tekad untuk menahan diri daripada minum air dengan banyaknya....
Tolonglah... bantulah.
payah ni...tapi saya ni selalu kurang aie,lupa minum air kosong tapi bila dalam pantang asik nak minum jer
ReplyDeleteSaya juga ada kawan yang kena dialisis ni tapi bila saya tanya macamana dia kontrol minum dia tanya balik..kalau ko boleh ke nak pantang2 air ni...ko ingat senang ker...aku yang menanggung nya...
so saya tak tanya apa apa lah...kang kena sembur pulak...
saya juga akan rasa ianya satu dilema. Of course lah bila haus kita akan terlebih minum. Bila keluar makan, of course kita nak order air mengikut citarasa kita. Saya hanya boleh bagi cadangan, saya pun memang tak mahir dalam bab2 ni.
ReplyDeleteKita disarankan minum sekurang2nya 2 liter air sehari. Jadi hubby suruh saya letak air dalam tumbler (4 biji)....500 ml each. Dia kata itu lebih mudah dari terus minum dlm botol yang 2 liter.
Saya boleh bayangkan yang akak hanya boleh minum 1 tumbler sahaja ! Bagaimana pulak dgn sup atau gulai atau buah tembikai for example? Ada ke tu pun diambil kira sekali?
Mungkin akak boleh ikut cara ni. 500 ml terpaksalah akak bahagi 3. Pagi, petang dan malam. Dan kurangkan makan pedas atau biskut2 kering...supaya akak tak terasa nak minum air. Pesan lah selalu pada diri sendiri, hanya 3 bekas air ni sahaja yang aku boleh minum !
Atau mungkin dalam seminggu, akak sentiasa berpuasa Isnin dan Khamis.....dgn harapan boleh mengurangkan pengambilan air.
Kak, saya hanya beri cadangan . I know it is very2 difficult to implement tapi kita tak berdaya hanya wajib mencuba. Mudah2an akak tak rasa tertekan dalam perkara ni....
asalamualaikum akak....
ReplyDeleteterime kasih coz akak sudi juga singgah kat teratak buruk sha...speechless, bile bace entry demi entry...rupenya akak bertarung dgn kesakitan....sha masih muda, n rasanya x de nasihat yg betul2 terbaik utk akak.... cuma kalau boleh, ikutlah nasihat suami n doktor utk kebaikan n kesihatan akak....semuanya utk family jugak kan? especially anak2... :) k, kak...take care....salam perkenalan dari sha juga... :)... ade mase nanti sha datang sini lagik k... daaa... :)
Salam kak ezza,
ReplyDeleteBegitulah kerap jadi halangan untuk kurangkan air pesakit dia;ysis. Ada sikap tak mahu bincang dan rasa, kau tak rasa... selama itulah terlebih air...
salam ASW,
Inilah satu kaedah yang sering akak fikir-fikirkan. Bahagi-bahagikan air untuk sehari. Tapi kena kuat disiplinnya....
Cadangan ASW sama dengan cadangan SN Diana.
Great mind think alike....
Salam noorsha,
Terima kaseh kerana berkunjung balas.
Nasihat sha itu pun bagus kerana dapat mengingatkan akak lagi tentang ingat keluarga...
Salam Adik...
ReplyDeletekakcik pun tak pandai nak bagi nasihat. Sebab?? Hehehe.. kakcik yang disurun minum 2 - 3 liter air sekurang2nya utk sehari .. kadang2 minum tak sampai pun seliter! Apa-apapun, kakcik tetap mendoakan agar adik tetap diberi kesihatan yang baik dari hari ke hari, InsyaAllah...
Salam kakcik,
ReplyDeleteBestnya saya dengar kakcik kena minum 2-3liter sehari....Hmmmm... dalam mimpi ajelah dapat minum macam tu.
Terima kaseh atas doa kakcik itu.
Ibu n Abah,
ReplyDeleteTak sure la camne nak kontrol dari minum air ni...especially dalam cuaca yang panas ni.
Cuma, I rasa akak mmg kena displinkan diri sendiri la. Kuatkan semangat ya...Insya-Allah akak boleh buat.
Salam buat 3E,
ReplyDeleteBetul dalam cuaca yang panas ni, memang siksa jadinya tapi seperti nasihat you disiplinkan diri. Kena kuatkan semangat.... (Dugaan besar).
Akak ibaratkan berjuang lah. Kena lawan... (LOmah sobonarnya....).