Tuesday, October 6, 2009

Pengalaman angiogram di IJN.

Dato' Dr Hjh Robaa'yah dan suami akak sedang membuat prosedur angioplasty.

Institut Jantung Negara.... Bangunan Baru...

Satu-satunya makanan hospital yang boleh dimakan.. Berasa asam garam...

Boss Kardiologi temankan akak... special....

Tag nama dan branula.


Semalam, selesai rawatan dailysis di hosapital serdang, akak terus dibawa ke IJN oleh suami untuk mendapatkan rawatan 'angiogram' di IJN. Ini adalah kerana semasa diperiksa melalui echo cardiagram, jantung akak di dapati berfungsi hanya 30% daripada keupayaan biasa. Untuk itu, akak perlu menjalani rawatan angiogram dengan cara memasukkkan 'contrast' dalam saluran darah ke jantung untuk melihat samada ada 'block'- saluran darah yang tersumbat yang menyebabkan jantung itu lemah.

Setelah urusan pendaftaran kemasukan dilakukan, akak diambil darah dan bacaan tekanan darah tinggi untuk tujuan pembedahan angiogram. Setelah itu akak terus di bawa ke bilik di CCU ( Unit Rawatan Jantung ). Di sana, akak di suruh menyalin pakaian pembedahan. Sebaik sahaja pembedahan akan dijalankan, akak dihantar ke ICL (Invasive Cardiac Lab).

Disana sebaik tiba, akak terus disorong masuk kebilik Pembedahan ICL, dan kelihatan Datuk Dr Roba'ayah Ketua Jabatan Jantung IJN dan Pakar Jantung Datuk Dr Bala menyambut di dalam bilik itu.
Datuk Dr Roba'ayah : Apa kabar?...
Akak : Okay, Alhamdulillah....
Datuk Dr Roba'ayah : Puan Rahmah, kenalkan ini Dr Bala, Dr Thiru pakar bius dan Datuk Dr Hassan juga ada di sini. Jangan bimbang dan takut.....
Akak pun buat-buat berani.

Sebenarnya untuk pesakit biasa, tidak perlu ketua jabatan melakukan angiogram tersebut tetapi bersebabkan pesakit adalah isteri kepada ketua jabatan dalam bidang yang sama, maka kehadiran semua ketua jabatan adalah sebagai menunjukkan sikap kekeluargaan. Maknanya kami di anggap sebagai sebahagiaan keluarga IJN walaupun suami akak bertugas di Hospital Serdang tetapi dalam bidang yang sama. Kehadiran mereka sebagai pemerhati dalam memantau prosedur tersebut. Datuk Dr Roba'ayah yang akan melakukan pembedahan tersebut.

Sebaik dimulakan, Datuk Dr Roba'ayah memberitahu apa yang akan dilakukannya. Pangkal peha akak akan disuntik dengan ubat bius dan kemudiannya beliau akan memasukkan jarum atau line untuk dimasukkan kontrast supaya boleh jelas kelihatan di dalam ' x-ray machine' di manakah kedudukan salur darah yang tersekat salur darahnya.

Datuk Dr Roba'ayah : Okay... your arteries are all clear.. It's good. So your heart problem is totally from your renal problem.
Bermakna tidak berpunca dari penyumbatan saluran darah hanya kerana buahpinggang akak yang rosak membuatkan jantung akak lemah.

Akak : Maaflah Datuk, terpaksa menyusahkan Datuk untuk buat semua ini.

Datuk Dr Roba'ayah : Ishhh.. tidak susahnya. Kita lagi senang bila kita dah tahu puncanya. Memang isteri doktor.. doktor sendiri.. selalu jadi special case begini....

Akak : Terima kaseh Datuk.

Datuk Dr Roba'ayah : Sama-sama...

Prosedur tersebut memang cepat dan sebaik ditampalkan luka, akak pun di bawa semula ke bilik CCU untuk berehat kerana selepas pembedahan kaki kanan akak tak boleh digerakkan selama 3 jam dari waktu pembedahan.

Sementara menunggu untuk dapat pulang, akak disuruh baring tanpa menggerakkan /membengkokkan kaki kanan. Sambil di temani oleh suami akak, akak pun berehat dan membaca majalah. Tepat 3 jam menunggu, Dato' Dr Bala pun datang untuk memantau kesan pembedahan tadi. Melihatkan luka tadi sudah berhenti darahnya, akak sudah dibenarkan pulang.

Akak amat berterima kaseh kepada petugas-petugas perubatan yang terdiri daripada Datuk Dr Roba'ayah ( Ketua Jabatan Kardiologi ), Dato Dr Bala ( Pakar Perunding Jantung ), Datok Dr Hassan ( Ketua Jabatan Bius ), Dr Thiru ( Pakar Bius ). Kedatangan mereka untuk memantau keadaan akak dalam bilik pembedahan amat akak hargai. Begitu juga buat SN Nor Amiza yang menjaga akak di bilik CCU, siap suapkan makan lagi... Jutaan terima kaseh buat semua termasuklah staff nurse dan sister di ICL. ( Tak dapat nak ingat nama sebab tiada tag nama..).

Dan paling penting ialah Dr Abdul Kahar yang memastikan akak mendapatkan rawatan yang terhabis baik kerana Datuk Dr Roba'ayah adalah pakar jantung paling senior dan menjawat jawatan paling tinggi di Malaysia untuk melakukan prosedur tersebut. Terima kaseh.... Yang.

6 comments:

  1. Tie tak pernah alami sakit kronik begitu. Paling teruk pun bersalin.

    Moga2 akak terus tabah di samping mendapat sokongan suami dan teman2...

    ReplyDelete
  2. Wah....mr hubby siap teman lagi...special tu...
    akak jgn takut ya...kuatkan semangat....

    ReplyDelete
  3. Hai Tie,

    Akak pun dulu ingat sakit setakat bersalin aje.. tak pernah termimpi nak masuk bilik bedah lagi. Ini, kejap2 ada aje yang buat kena masuk dewan bedah.
    Terima kaseh atas kata-kata perangsang tu. Sebab baik punya sokonglah akak boleh bertahan.

    Hai untuk 3E juga,
    Sebab ada boss itulah akak berupaya meneruskan hidup macam biasa.. itulah sumber kekuatan akak. Terima kaseh atas kata semangat tu...

    ReplyDelete
  4. Salam. puan. terima kasih atas perkongsian. amat berguna. kalau tak keberatan, saya nak mohon pendapat puan.. abah saya dijadualkan mnjalani opration ni dalam hjung bulan 6 ni. yang menakutkannya, ada org kata, pmbedahan ini sgt berisiko shingga mnybabkan ada yg pada asalnya blh brjalan, jadi tak boleh berjalan disebabkan pmbedahan. kalau puan sudi berkongsi.. sejauh mana kebenaran statement ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun nak tau jawapan bg soalan ni...

      Delete
  5. salam... kak, nk tanya, sakit x wat angiogram tu?

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...