Wednesday, October 21, 2009

Lunch hari ini.

Kuih keria dan chubadak yang sedap... Hajatnya nak mencari jambu batu, tapi jambu takda melencong beli kuih keria lah pulak. Sedaplah pulak.....

Ayam goreng khas buat suami....

Lauk-lauk akak. Ada udang galah, ada sotong dan ada siput.. juga petai dan sambal. Nyum..nyum...

Lauk suami... tentunya goreng ayam kampong.



Minggu ini suami akak dah tak puasa. Dalam perjalanan pulang kami singgah makan tengahari di A.Hassan Restoren Ayam Kampong. Pernah akak cuba tukar selera ambil lauk lain daripada biasa, tak lalu makan. Hari ini, kesedapan betul... lancar saja.

13 comments:

  1. Amboi!! Meriah nyer pilihan lunch ... Makan mentara ada selera kan Rahmah..
    Bila tak de selera..letak kepala kambing pun dah x nak!! Arwah Abah Akak selalu kata cam gitu..

    ReplyDelete
  2. Agaknya kat mana ada restoran/kedai makan yang jual lauk pauk kampung yang sedap ye Dik... teringin rasanya nak makan masak tempoyak, ulam-ulam, ikan sungai seperti lampam, baung dsbgnya...

    Ada satu Restoran Ikan Sungai milik artis (tak silap Liyana Jasmay) kakcik tengok kat paper.. tapi, harganya boleh tahan mahal (kerana kononnya ikan yang digunakan ikan terpilih), rasa belum tahu dan kakcik pun tak berani nak cuba masuk walaupun tahu restoran tu di mana..

    ReplyDelete
  3. salam kak nani,
    saya ni sejak minggu ni memang suka baca blog peeja (anak dara kak nani). Dia memang suka letak gambar siput sedut, petai dll. Itu yang hari ni,bila ambil lauk terus ambil siput sedut dan petai...
    Bila dah datang selera, memang seronok kerana saya pernah tak ada selera masa bulan june hingga september ari tu. Sedih... sebab lapar tapi takda selera nak makan.

    ReplyDelete
  4. Alhamdullillah..Allah kembalikan nikmat makan..Memamg sedih kalau tak de selera..Masa akak duduk wad sebelum tahun lepas..mcm gitu lah gak..putus nikmat makan..

    ReplyDelete
  5. Kakcik,
    Kalau nak makan nasi lauk kampong macam tu, saya pun takdapat nak rekomen. Sebab saya selalu pergi yang ada masakan ala kelantan. Tapi kadang-kadang saya pun teringin nak makan masakan ikan macam kakcik tu. Tak tahu pulak kat mana.
    Dengarnya, (saya pun belum pernah pergi) Restoren Rebung milik Chef Ismail dan Sheikh Muzaffar Shukor kat Bangsar memang ada lauk pauk kampong. Memang nak kena cuba jugak satu hari nanti. Nanti saya bagi laporan.

    Kak nani,
    Memang sedeh kan bila takda selera dan bersyukur sangat-sangat bila selera dah datang semula. Dulu masa sakit terok berat saya 49kg daripada 70kg masa sihat tapi sekarang 56kg. Muka pun dah tak pucat, badan dah mula berisi.... gembira sangat. Syukur Alhamdulillah. (Kak nani dah merasa sakit teruk macam saya, itu yang sedap berkongsi cerita...).

    ReplyDelete
  6. alamak hai, kita baru nak start diet, ditunjuknya pulak gambar petai tu....lepas tu terung berlada la pulak....belum start dah rasa nak give up....ni akaklah punya pasal niii!!!!!!! hehehe

    ReplyDelete
  7. Fa,
    Sori banyak-banyak... akak faham memang kalau godaan gambar makanan memang menyiksakan. Itu pasal lah akak sebabkan bloglah akak teringin makan siput sedut, petai dan lain-lain.
    Fa kena kuat semangat yer... (heee...hee nanti akak pergi Restoren Rebung, akak ambil gambar... takpun gambar Dong Yi Sung..... jeng..jeng..jeng...)

    ReplyDelete
  8. Jom Dik..

    kita dating kat restoran rebung tu nak??? :)

    ReplyDelete
  9. kakcik,
    Bila?... nanti kita bincang dalam phone...

    ReplyDelete
  10. Salam kak,
    My husband pun suka makan ayam kampung goreng, saya kurang sikit sebab liat.

    ReplyDelete
  11. mcm hubby saya gak suka ayam grg kampung...

    ReplyDelete
  12. Eh...akak memang tak pantang makan ke ? Kalau tak pe, elok laa... Tie suka siput sedut tu. Pernah masak 3-4 tahun ni, hehe...

    ReplyDelete
  13. Zila,
    akak ada masanya suka juga ayam kampung tu walaupun liat tapi bila makan panas-panas, memang berselera.

    Kam,
    Suami akak memang cukup suka makan ayam. Selalu akak usik dia dengan bunyi ayam...

    Tie,
    Akak memang kena banyak pantang. Macam buah oren, air oren akak tak boleh sebab oren banyak potassium. Dalam buah limau bali pun akak tak boleh sebab bila banyak potassium jantung akak boleh berhenti.
    Air kelapa pun tak boleh...
    Tapi, akak buat pantang jumpa....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...