Thursday, October 15, 2009

Kereta Pertama akak.


Masa zaman bersekolah dulu, kami suka berbincang mengenai kereta. Angan-angan berbagai-bagai.
Jiran akak mempunyai sebuah kereta citroen. Tapi bentuk lama. Akak suka lihat badan citroen.... nampak kukuh macam tu.
Semasa akak ingin membeli kereta, akak mulanya nak beli Honda Civic sebab kata abang akak resale value nya bagus.
Tapi menanti tempahan terlalu lama... sehingga 6 bulan.

Akak pergi shopping di Lot 10... lihat ada car show. Ada pulak citroen...

Tanya kat salesman, berapa lama nak tunggu kereta ni?

Seminggu aje... jika urusan loan lulus, lagi cepat....

Okay... akak pun buat booking.

Belum pun sampai seminggu, kereta pun dah dapat....

Inilah gambar kereta yang akak bawa jalan ke Lebuhraya Seremban Kuala Lumpur.

Ajak kawan baik, cikgu zuraida makan mee goreng mamak kat Ming Court Port Dickson.

2 comments:

  1. harta pertama mmg sangat2 sentimental value kan kak

    ReplyDelete
  2. Mi,
    Memang sentimental value.. untung akak masa tu rajin bergambar. Banyak juga gambar cik citroen tu...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...