Friday, October 2, 2009

Burppp.. alhamdulillah.. nampak tulang ikan yang tinggal......

Hari ni akak terlebih rajin nak masak. Rancangnya nak pekena nasi lemak dewan sultan sulaiman yang di kisahkan dibeberapa blog... tapi kenangkan anak balik sekolah nanti memang nak makan, akak tinggalkan rumah cik mimi kejap dan pulang kealam nyata untuk masak bagi anak makan. Kang lapar budak tu pulak... abah dia tarik balik laptop ni. Baru haru jadinya.

Semalam akak ada beli nenas kecil. Ingatkan manis... kopek punya kopek... siap buang matanya sekali.... tapi bila makan, aduh masamnya. Ingatkan nak masak lemak dengan ikan masin.

Hari ni bila dah baca blog oranglain ada masak asam tumis ikan, akak pun ke dapur untuk masak. Niatnya nak masak asam tumis tapi biasalah mak andeh ni, selalu tukau fikiran last minit... itupun baik sikit tak masukkan semula ikan pari dan sotong dalam fridge semula... Kalau dulu, sering terjadi episod tak jadi masak...

Ikan pari akhirnya masak kuah lada... (favorite arwah makcik ramlah akak) siap letak kerisik lagi dan untuk bagi kick campakkan nenas masam tu.. Uuuhhhh sedap....(Itu yang ada gambar pinggan kotor... akak dah resmikan lauk tu dan larikan bahagian ekor ikan pari yang paling akak suka....) dan ada sotong digorengkan dengan garam dan kunyit. Maka siaplah masakan untuk mengisi perut anak-anak.

Untuk kami ( akak dan suami )..... nasi lemak kg baru..... tunggu akak sampai.

3 comments:

  1. aduhai, nasi lemak kg baru? masa saya bujang dulu, saya tinggal kat Jalan Daud, Kg Baru, subuh2 tepi jalan rumah sewa saya ada stall jual nasi lemak. Berasap2. Semua jenis lauk ada, sotong pedas, kerang, udang, daging !!

    Lapar la pulokk....hehe

    ReplyDelete
  2. Dear Akak, tak selesa rasanya nak panggil you akak sebab you lbh muda dari I, hehe.
    Boleh ke I panggil you nama lain? Tapi kalau tak boleh tak per, I akan panggil you akak juga.

    ReplyDelete
  3. Salam aint-super-woman,
    U pernah tinggal kat jalan daud? Tentunya you pernah pekena nasi lemak depan masjid kg baru? sekarang tokeynya dah berpindah di jalan raja uda. Nasi lemaknya memang superb. Tiada tandingan. Dengan nasinya dikukus, sambal yang merah dan pedas... ada kangkung kukus.. aduii.. memang sedap melayan pagi-pagi ahad.

    Salam somuffins,
    I lahir tahun 64...panggil akak pun takpa...(jgn makcik sudah...).

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...