Sunday, October 4, 2009

Medina - Restoren Morocco.

Jalan Telawi 5, Bangsar

Pencuci mulut

Akak cukup bercita-cita nak beli bekas ini

Sedap....

Roti untuk dimakan dengan tajine

Couscous

Masakan Tajine

Teh Pudina

Jus Buah Delima

Boss sedang melihat menu juadah yang hendak di pesan

Sejak dua menjak menonton rancangan AFC dan Lonely Planet, bilamana pengacara melawati negara Morocco, makanan yang dipaparkan memang menyelerakan. Apabila akak dan suami membaca akhbar the Star dan ada ulasan restoren Morocco di Bangsar, kami pun tanpa berlengah-lengah lagi pergi mencubanya. ( Sebagai ganti makan luar semalam tidak sedap... dan kebetulan pada hari isnin ni akak dah nak masuk wad lagi - buat angiogram di IJN ).

Maka malam tadi, kami keluar ke Bangsar untuk mencuba buat pertama kalinya juadah Morocco.

Kesibukan Bangsar yang sudah sedia maklum lebih-lebih lagi pada malam minggu walaubagaimanapun tidak menyukarkan kami mencari tempat letak kereta. Syukur Alhamdulillah...

Sebaik tiba di restoren tersebut, kami terus membuat pesanan makanan sama seperti yang di ulas di dalam akhbar the Star. Masakan kus-kus dan tajin menjadi pilihan. Air perahan buah delima dan teh pudina.

Setelah mencuba semuanya, terasa sangat puas... Rasanya memang enak....

Terasa bagai dah berada di Morocco. Ahlan wa sahlan......

4 comments:

  1. sedap nya makan....bertuah nya awak....dapat rasa semua nya ...saya nak ajak awak selami perasaan salah sorang blogger yang saya selalu saya baca bila dia ada entry baru..tapi kalau nak kenal dia ni kena baca semua entry2 dia...shes so secretive n full of sorrow..
    http://sepiberbisik.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam kak ezza,
    Kita ni akan diuji dengan berbagai-bagai cara. Saya, teringin sangat memiliki anak lelaki... tak dapat. Ingin sihat seperti macam orang lain, kena pulak penyakit lemah jantung dan kerosakan buah pinggang tapi ALLAH itu adil... diberinya saya seorang suami yang sungguh penyayang dan bertanggung jawap pada kami.
    Saya dah pernah membaca blog sepiberbisik. Memang berat sekali dugaannya pula. Bahagian dia pula untuk menanganinya tapi ALLAH mwmberi kesihatan fizikal buatnya walaupun mentalnya dan perasaannya diseksa.
    Tapi kak ezza lagi beruntung dari kami, punya anak lelaki, suami yang penyayang dan bertanggungjawap (Siap cik abang nak bawa jalan gi Langkawi lagii... jelez I ..uuuuu)dan kesihatan yang baik. Syukur Alhamdulillah.
    Wassallam.

    ReplyDelete
  3. Ibu n Ayah....

    Kita nak cuba la restoran morocco tu...we all sefamily esp. mu hubby suka gi makan2 dan cuba masakan baru ni...utk ibu n ayah, later kita tepekkan resepi chiffon cake tu ya....boleh ibu n ayah cuba nanti......

    ReplyDelete
  4. Salam 3E,
    Cubalah.. memang tak menyesal punya,... jgn lupa minta air buah delima... terangkat.
    terima kaseh untuk resepi kek chiffon.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...