Jiran tetangga dah mula berkumpul.
Berseleranya zahrah bersarapan pagi di padang permainan.
Pagi ni kena bangun awal kerana ada sambutan Aidilfitri dan Hari Keluarga untuk taman perumahan kami. Alhamdulillah, ramai yang datang sama-sama menjayakan.
Suami akak menawarkan diri menjadi jurugambar majlis. Agak sibuk mengambil gambar. Manakala anak-anak akak mengambil bahagian dalam acara yang di pertandingkan. Akak dan adik ipar, Dr Mazlina pula menjadi juri dalam pertandingan melukis. Kami juga meramaikan peserta dalam pertandingan mencukur belon. Bunyinya mudah tapi nak menang memang susah. Hanya kerana memenuhi jemputan dan untuk suka-suka.
Makanan yang disediakan memang enak-enak belaka. Siap ada kambing golek lagi....
Kedatangan dalam majlis ini memang menggalakkan. Ini adalah satu cara kita kenal mengenal sesama jiran dan merapatkan persahabatan yang telah terjalin.
Puan Salmah dan anaknya Maria dan menantunya Rosman memang menjadi orang kanan dalam majlis ini. Encik Anuar dan isterinya Puan Hamidah pula menjadi tonggak dalam kejayaan majlis ini. Semuga sambutan ini membawa jalinan persahabatan buat semua penduduk seksyen 5B.
Tengahari akak pulang dahulu untuk bersiap-siap ke majlis pekahwinan anak seorang ketua jabatan/doktor di Hospital Serdang. Majlis resepsi nya di adakan di Dewan Banquet, MBSA.
Selesai majlis hari keluarga dalam pukul 2.00 petang, suami akak pulang setelah selesai merakam aturcara dalam pukul 2.30 petang. Dalam pada bersiap dan bersembahyang zohor, dalam pukul 3.00 petang baru kami bertolak dari rumah. Perjalanan dari Lebuhraya Silk pula mengalami kesesakan apabila ada pelanggaran di hadapan stesen petronas berdekatan Ikram. Kami terpaksa menanti dalam 10 minit untuk mendapatkan laluan kerana kenderaan yang berlangar perlu di alihkan ke tepi jalan.
Setibanya kami di Dewan banquet MBSA, majlis telahpun berakhir. Ibu kepada pengantin lelaki pun sudah meninggalkan majlis untuk melaksanakan solat zohor. Kami dijamu makan dan meninggalkan majlis 20 minit kemudian.
Dalam perjalanan pulang, kami sempat menalipon zahrah menyuruhnya bersiap kerana hendak memenuhi undangan Rumah Terbuka kawan baiknya Mawar di Seksyen 8.
Kami tiba dalam pukul 545 petang di rumah Mawar. Setelah dijamu dengan makanan raya dan berbual mesra, kami pun pulang.
Memang letih sekali hari ini. Terpaksa berkejar sehingga 3 tempat dalam satu hari.
Salam Hajah,
ReplyDeleteSeronok ye dapat berkumpul dengan jiran tetangga, merapatkan lagi siratulrahim.
Salam kak Nora,
ReplyDeletememang menghiburkan dapat beramah mesra dengan jiran-jiran. Ada yang kita tak pernah kenal, yang dah kenal makin bertambah mesra.
salam rahmah...ina hari ni pun sengkak perut sebab gi 3 jemputan siang dan1 jemputan di waktu malam..oh ya semalam gi lagi ke bbb..umah member..tapi tak sempat bagitau kamu..masa terh ad.
ReplyDeleteSalam Adik...
ReplyDeletepadat juga jadual Adik semalam ya? Bagaimanapun, terimakasih banyak-banyak masih berkesempatan menelefon kakcik. :)
kakcik,
ReplyDeleteteramatlah padat... sebeb terkejar-kejar ke shah alam,.. untung juga tak kena pergi semenyih dan bukit antarabangsa...