Thursday, October 22, 2009

Cari Tadika

Akak beli tadi memang banyak tapi akak dah makan banyak lah juga..... sedappp...


Pagi ni bangun awal lah pulak. Patutnya sedap-sedaplah sambung tidor lepas subuh tapi mata dok teringat nak menebeng kat satu blog tu. Jadi kemestian pulak.
Sambil dok menggodeh kompter, laparlah pulak perut. Pesan kat bibik buatkan burger dan cucur kodok.... Maka terisilah perut yang makin lapar sebaik masa meningkat....

Kemudian teringat pesan suami semalam suruh recce tadika untuk Aisyah. Aisyah dah terlalu bersungguh-sungguh ingin masuk tadika. Suka mula belajar sendiri alphabet A-Z... dah mengenal pun. Akak memang tak mahu memaksa dia belajar sehinggalah usianya 5 tahun kerana biarlah dia menjadi kanak-kanak sepadan dengan usia 4 tahun takut nanti dia akan menyesali dan mengungkit macam Michael Jackson...(Kecil-kecil dah kena nyanyi...[kerja-cari duit]).

Sampai kat tadika yang berkenaan, berbuallah dengan tuanpunya tadika. Mesra sekali macam dah lama kenal. Kira okaylah orangnya... Aisyah dibiarkan bergaul dengan murid-murid lain. Seronok hingga keberatan nak pulang. Tandanya Aisyah memang sesuai dah untuk masuk tadika.

Pulang dari tadika tersebut, akak ternampak gerai jambu potong. Hmm... berpusing akak jadinya... singgah beli dan bawa pulang. Macam mengidamlah pulak sejak semalam teringin nak makan tapi dah tak banyak gerai menjualnya. Selalunya selang 200meter boleh nampak gerai berpayung menjual jambu potong, tapi semalam macam dah takda musim jambu.

3 comments:

  1. Teringat masa masukkan bangcik kat Tadika dulu. Dibantainya meraung, siap tendang kerusi meja. Lari balik (sampai suami pemilik Tadika terpaksa kejar dari belakang). Ayahnya rajin nak tunggu. Tapi maknya, sorilah... biarlah meraung di situ.. selamba je kakcik balik. Pemilik tadika tu sampai kata, 'baguslah puan.. sanggup tinggalkan anak, percaya kat saya'. Hehehe.. nak manja pun biarlah bertempat kan Adik kannnnn....

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    anak sulong saya meraung bila antar tadika. Kena keraskan hati dan biarkan. Tapi hari kedua, tunggu jugak sampai rehat... hari ketiga... mak dia jumpa kawan, terus lupa nak tunggu anak. Lepas tu lega sebab anak kedua dan ketiga sikit tak menangis bila tinggalkan. Siap bye-bye kita lagi suruh balik dulu.
    Nak manjakan anak memang kena tempatnya... tapi kekadang depa teringin jugak nak manja walau dah besar panjang.

    ReplyDelete
  3. Bangcik tu bila dah masuk sekolah rendah, tak bagi pulak ayahnya tunggu. Siap suruh balik. 'Malu orang tengok' katanya...

    Si Adik sekarang ni dah nak sama tinggi dengan mak pun, masih tidur bawah ketiak...

    Tapi, memang pun anak-anak ni.. dah besar panjang masih ingin dimanjakan.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...