Bagi yang tak mengenal pucuk turi, inilah pokok turi. Diambil pucuknya untuk dibuat masak lemak pucuk turi. Sedap jika di goreng ikan masin dan sambal belacan.
Teringat kisah akak dan jiran akak semasa tinggal di Melaka dahulu. Masa ni baru kawin... Jiran-jiran akak terdiri daripada makcik saudara dan jiran yang telah berusia.
Salah seorang daripadanya bernama makcik Lobak isteri kepada Pakcik Dollah. Kakak iparnya ialah Bik Kasah.
Akak teringin hendak masak gulai pucuk turi. Pokok Turi itu di miliki oleh Makcik Lobak. Untuk memanggil makcik Lobak sering membuatkan akak ketawa namanya. Dengan semangat yang berkobar-kobar, akak dah bertekad takmahu memanggil namanya 'Lobak'. Akak akan hanya memanggilnya makcik sebagai menghormatinya seorang yang berusia. Kami memang mesra berbual-bual bila bertemu, dan semasa akak berpantang anak sulung, makcik Lobak sering memberikan ikan haruan belaannya untuk akak makan semasa dalam pantang.
Entah bagaimana pada hari yang bertuah tersebut mulut akak telah tersasul sewaktu meminta kebenaran untuk mengambil pucuk turi di tepi rumahnya.
Akak: Makcik.... boleh saya minta pucuk lobak....
Aduhhh...mengapalah hatiku berhati-hati tak mahu sebut Lobak.... mulutku sedap aje minta Pucuk Lobak..... Apalagi, pakat ketawalah Arwah Pakcik Dollah dan kakak iparnya Bik Kasa.
Makcik Lobak: Kalau pucuk tu, tak dapatlah makcik nak bagi.......
Berulangkali akak meminta maaf. Sasul ini benar-benar memalukan. Tapi, sikap makcik Lobak yang tidak berasa hati dan dia juga seorang yang kuat bergurau, tidaklah menjadi apa-apa....
Salam. Kak Nani tersengeh2 sorang2 dpn computer baca n3 nih...
ReplyDeletekak nani,
ReplyDeletekadang tu memang malang kan. Hati cakap lain, mulut keluar lain... tapi, biasalah orang melaka... kuat bergurau.
Aduiiiiii.. sampai tersedak kakcik gelak....
ReplyDeleteAdoi akak... Tie dah lama betul tak makan sayur turi tu. Suka sangat bila mak masak lemak. Lepas tu makan dengan sambal belacan. Pucuknya mak buat ulam.
ReplyDeleteTak tahu la, tak pernah kelihatan di pasar pun. Rasanya pokok turi ni dah kekurangan di Malaysia.
kakcik,
ReplyDeletebila mulut dan hati sama berbunyi...jadi sasul dibuatnya.
Tie,
akakpun dah lama tak masak pucuk ni. macammana nak beli..asyik2 minta sebut nak pucuk lobak...mana ada orang jual, kan...
Salam
ReplyDeleteNak tergelak baca n3 Rahmah ni bukan apa,teringat nama kakak saudara suami kak Zai tapi itu nama samarannya yang dipanggil keluarga terdekat sahaja.