Friday, October 23, 2009

Iktibar buat akak.

Comelnya baby ni, dia pun tidak lepas dari dugaan. Diduga dengan kesakitan.
Wayar yang keluar dari dadanya ialah Perm Cath. Disambung terus ke salur darah jantung. Pada peringkat permulaan akak dialysis, akak dipasangkan Perm Cath sementara menunggu Fistula di tangan boleh digunakan.
Alhamdulillah... kesakitan ini akak yang menanggung bukan anak akak. Tak tergamak jika anak akak pula yang terpaksa menanggung semua ini.


Semasa akak seusia dengan anak gadis ini, akak menghadapi hidup tanpa menduga diusia begini akak di uji dengan penyakit buah pinggang dan memerlukan dialysis selagi hayat ada. Perm cath di pasang di pangkal leher buat sementara sebelum fistula di tangan menjadi matang selepas pembedahan. Jika pesakit yang rosak Fistula di tangan, untuk mendapatkan rawatan dialysis, pesakit tersebut terpaksa di tebuk di pangkal leher untuk dipasangkan Perm Cath ini.





1 comment:

  1. insaf sungguh bila tengok ni semua. cuma manusia ni, kadang2 bila sihat, lupa nak bersyukur (ingatan untuk diri sendiri) :(

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...