Sunday, October 25, 2009

Lauk akak hari ini.

Teh O bercampur daun pudina.....Voilla... memang sedap

Goreng kacang buncis dengan udang dan lobak asin.

Sambal belacan.
Kari sotong dan terung.

Malam tadi akak kurang tidur. Entah mengapa mata ni tak mahu lelap. Entah apa yang difikirkan...
Pagi ni bangun dengan niat hendak berpuasa... Tapi bila tengahari dah mula berkeroncong.
Bila kedapur ingin membuat air kopi pekat... tapi bibik beritahu daun pudina semalam sudah dibersihkan dan bertanya hendak buat air daun pudina ke...

Panaskan air hingga mendidih, masukkan uncang Teh Lipton dalam teko kemudian masukkan seikat daun pudina dalam teko. Tuangkan air, biarkan sebentar. Masukkan gula secukup rasa kerana jika di kedai Morocco, mereka akan meletakkan gula sebanyak-banyaknya. Sejak akak minum teh daun pudina di Restoren Morrocco, akak menjadi ketagih untuk meminumnya bila ada daun pudina. Tehnya menjadi begitu wangi dan sedap rasanya.

Perut yang berkeroncong membuatkan akak rajin untuk masak hari ini. Suami akak menghadiri Majlis Perasmian Rumah Jantung oleh Menteri Kesihatan di Rumah Jantung Kuala Lumpur. Maka hanya akak dan anak-anak sahaja yang makan tengahari ini.

Kacang buncis akak gorengkan dengan udang bercampur lobak asin. Memang sedap kerana inilah cara masakan arwah emak akak dahulu. Membuka selera.

11 comments:

  1. Salam. Tu lah Kak Nani tgk comment Rahmah pukul 2 pagi..masih tak tido lagi masa tuh??
    Sedap nyer lauk..nak sikit he he he
    Akak belum lagi pun masak..breakfast nasi lemak berlauk paru tadi..masih kenyang lah pulak. Later2 keluar makan kot sbab anak2 semua takde.

    ReplyDelete
  2. Wow....banyak nyer menu lunch hari ni....nak skit...akak camne hari? ok? harap2nya everything ok ya.....

    ReplyDelete
  3. kak nani,
    sepanjang minggu ni, saya dah susah pulak nak tidur, memang selalu macam tu. Badan kalau tak berapa okay, mata pun tak nyenyak nak tidur.
    Mudah-mudahan hari ni bila peeja dan noy pulang, kak nani seronok semula bila anak-anak berkumpul. Selera makan pun datang brtambah.

    Ila,
    Hari ni okay, cuma penat sebab dah 2 3 malam kurang nyenyak tidur... Nak kena minta ubat bagi tidur kot...
    Tapi kalau masa ila dah mula memasak, banyak dan macam2 lagi lauk yang ila masak. Akak dah habis baca blog ila, itu yang buat akak bersemangat nak masak...cumanya bahagian buat kek akak kalah... ila memang terror.

    ReplyDelete
  4. akak kena byk rest ni...pikir apa tu kak? pikir saya ke? ekekeke

    arini nak masak beriya tp ntah apesal bleh lupa nak beli mnyk masak...brg umah lain semua dah top up minyak msk leh lupo lak kak oii...

    susah2 buat nasi lemak je :)

    ReplyDelete
  5. mi,
    akak ni dah terlebih rest kot... bila sekali-sekali keluar.. jadi kacau kot...
    hai la mimi,
    kena buat list bila beli barang, akak dah puas buat list tapi tak pernah bawa masa nak beli barang...heheheheh...sama lah kita.

    ReplyDelete
  6. Salam Hajah,
    Saya breakfast char kway teow dan lunch kat rumah kenduri kahwin.

    ReplyDelete
  7. waaaa, nak try la letak daun pudina dalam teh o......tq akak!

    ReplyDelete
  8. Adik nak tahu?

    Semalam kakcik masak macam-macam.. hari ni, kakcik cuma masak nasi dengan ayam goreng + bawang besar + cili kering je. Itupun, tak ada siapa makan. Semuanya kenyang makan mi goreng mamak pagi tadi. Kakcik makan tosei, suami makn roti canai. Jam 11.00 td, hantar suami ke KLIA.

    ReplyDelete
  9. kak nora,
    teringat saya pernah makan kenduri kat penang, lauknya memang sedap. teringat sampai hari ini.

    Fa,
    Jika dah cuba sekali, tentu akan cuba lagi. Sedap... rasa segar sangat bila lepas minum.

    kakcik,
    macam itulah kita. Ada masa masak banyak2, ada masa tak tahu nak masak apa....

    ReplyDelete
  10. Salam

    Kak Zai pun selalu buat teh o dicampur dengan daun pudina.Bukan saja teh kak Zai jadikan dia ulam dicicah dengan sambal belacan.

    ReplyDelete
  11. kak zai,
    memang sedap kan teh dicampur daun pudina... buat ulam, belum cuba...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...