Wednesday, October 28, 2009

Alhamdulillah-akhirnya dapat tidur.




Pertama-tama sekali akak mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana akak berpeluang lagi merasa nikmatnya dapat tidur setelah 4 malam tercelik jaga sepanjang malam.

Setelah berbincang dengan ketua jabatan nephro, suami akak yakin dengan mengambil ubat tidur ini tidak akan memudaratkan akak. Akak mula mengambil selepas sarapan tetapi hanya berjaya tidur selama 2jam sahaja.

Malam tadi sebelum tidur, akak ambil lagi sebiji dan alhamdulillah dapat tidur sampai pagi walaupun pada pukul 320pagi akak terjaga tapi alhamdulillah dapat teruskan tidur sampai pukul 530pagi.

8 comments:

  1. Alhamdulillah,nikmat tidur dah kembali.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah....
    harap2 bp akak dapat turun bila akak dapat rest ni

    ReplyDelete
  3. kita di sini tumpang gembira. Semoga malam ni akak akan lena dibuai mimpi. :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, akhirnya Adik dapat tidur. Malam tadi kakcik terbangun beberapa kali sebab sakit perut.. sempat juga berfikir.. Adik tidur tak agaknya waktu ni??? :)

    ReplyDelete
  5. salam pagi rabu,
    mi,
    alhamdulillah syukur... dapatlah lena malam tadi.


    fa,
    insya'allah... malam ni pekena sebiji lagi...


    kakcik,
    Alhamdulillah...terima kaseh kakcik mengenangkan saya. kenapa sakit2 perut?
    nak jalan jauh kena sihat baru best jalan2....

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Sejak dua menjak bila I nak tidor, I teringat kat you.

    Gambar yg you tampal tu, I suka sangat sebab takde 'things that i'll do today/now', hehe (tapi padi hakikatnya? aduh.. mcm2 nak buat)

    ReplyDelete
  7. som,
    gitulah kita ni... byk benda yang nak kita selesaikan. Masalah dunia pun kita nak selesaikan...
    Tima kaseh kerana saling mengingat....(heheheh)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...