Tuesday, October 13, 2009

Resepi Ikan Patin.

Apa yang akak tengok Datin Noniswara buat dulu...


Ikan patin seekor

Bahan A

6 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
Cili Padi ( Ikut suka pedas...)
(Kesemua bahan A di tumbuk atau kisar)

Bahan B

Seikat Daun Kesom
Sehelai daun Kunyit
2 batang serai
2 biji bawang besar di belah 8
3 keping asam keping
2 biji Terung (Jika ada)

Bahan A masukkan dalam periuk. Masukkan air 500ml. Masak sampai menggelegak. Masukkan bahan B pula.
Tunggu menggelegak juga. Kemudian masukkan ikan yang dah dibersihkan dengan limau kasturi.

Kalau rajin, goreng ikan masin ke pekasam ke dan buat sambal belacan cili api.

B E R A S A PPPPP.


5 comments:

  1. Meleleh air liur kakcik ni.. terbayangkan nasi panas bersama ikan pekasam dan sambal belacan!
    Sodapnyeeeeeeeeeeee..... :)

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    kat bangi ada jual ikan pekasam... kena datang bangi....
    (Nak pujuk datang la tuuu)

    ReplyDelete
  3. haaa...akak jangan lupa diri tu....kuah boleh ambik sikit je, sekadar nak rasaaa....ingattttttt........

    saya pasti bila ke Bangi nanti, mesti gi jumpa akak !

    ReplyDelete
  4. ASW,
    Akak akan cuba dulu menelan ayat 'sekadar nak rasa '... lepas tu akak ambil kuah sikit yee...
    Akak pulak kalau makan nasi, baik lauk kari ke... nasi mesti banjir.....

    Jika turun bangi, jangan lupa singgah....
    (Janji....)

    ReplyDelete
  5. Salam Akak,
    Terima kasih banyak-banyak kerana entry special ini, selebriti punya tau!

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...