Friday, October 30, 2009

Pengakuan jujur Aisyah.


Perbualan ini akak sengaja tanyakan kepada aisyah.

Akak: Aisyah, boleh tak ibu minta buah pinggang aisyah bagi kat ibu?

Aisyah: Kenapa?

Akak: Buahpinggang ibu dah rosak, ibu nak kena tukar baru.

Ain: Aisyah.... ianya menyakitkan....

Aisyah berubah airmukanya. Pandang akak dengan pandangan yang cemas.

Akak: Boleh tak? nanti doktor potong belakang aisyah dan ambil buahpinggang aisyah bagi kat ibu.

Aisyah: nanti ibu mati?

Akak: yer.....

Aisyah: hummm.... tapi aisyah punya kecil sangat...

Akak: okay.. boleh...size dia sama nanti...

Aisyah fikir lama untuk menjawap kembali...

Aisyah: kenapalah mbak tak pakai talipinggang?
(tiba-tiba itulah alasan yang boleh aisyah fikirkan... fikirnya ssemudah itu dan buah pinggang dan tali pinggang punya kaitan.....)

Akak alih soalan yang sama kepada Ain.

Ain: adakah ianya menyakitkan?

Akak: yer...

Ain: tak boleh..... (semudah itu)

Akak tidak bertujuan apa-apa sekadar ingin mengetahui pendapat mereka. Jawapan ikhlas mereka memang melucukan.


7 comments:

  1. senyum fa baca entry ni. anak2 ni hati dia suci murni kan? jawapan pun ikhlas dan selamba.

    ReplyDelete
  2. Itulah namanya kanak2 mereka belum mengerti apa yang kita maksudkan.Apa yang terlintas difikirannya itulah jawapan yang diberi.

    ReplyDelete
  3. Fa,
    memang seronok kalau kita menyelami perasaan seorang kanak-kanak. Jujur dan tulus.

    Kak zai,
    betul tu... pada mereka janji bunyinya sama.

    ReplyDelete
  4. Salaaam...

    Akak dah dtg dah...murtavak ada lagi? ngeee...
    Akak pun sker sembang2 ngan budak2 (anak2) -
    jujur..telus...tulus...mulus...(sambil mengelus2 rambutku yg lurussss..)

    ReplyDelete
  5. salam kak QJ,
    sejak subuh saya baru habis baca blog kak QJ. Best...rupanya kak QJ dah sampai kat umah saya. Murtabak tu, tak best.. mee rebus johor kak QJ lagi besttt...
    Bagilah resepi...
    terima kaseh sempat berkunjung umah saya.

    ReplyDelete
  6. jujur dan mulianya seorang kanak2. salam saya untuk Aisyah, moga dia membesar dengan bijak dan sihat.

    ReplyDelete
  7. nafas tari,
    sebab tu seronok melayan anak-anak berbual. Jawapannya kadang-kadang menakjubkan.
    Terima kaseh dan juga buat embun.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...