Thursday, October 8, 2009

Pemberat.

Jika tak pandai juga, tak taulah... akak siap tertidur dengan buku-buku tu...


Inilah rupanya pemberat yang membantu akak untuk menurunkan bengkak pangkal peha 2 hari lepas. Akak di tekan dengan pemberat inilah di bahagian bengkak daripada pukul 230 petang hingga 1100 malam itu. Tak boleh gerak-gerak.

Alhamdulillah..., susut juga bengkak tu. Jika di hospital, pesakit akan di tekan menggunakan sand bag.


10 comments:

  1. berat betul tu...
    kalo saya mau meraung dah

    ReplyDelete
  2. Mi,
    Akak pun ingat nak meraung jugak tapi dah sendiri cari penyakit... duduk diam-diam aje. Tapi demi kebaikan... sanggup aje.
    Suami akak tak sampai hati nak menerangkan bahaya kalau bengkak, jadinya akak buat biasa aje... bila bengkak dah susut, barulah dia bagitau kenapa perlu susutkan bengkak. Barulah faham.

    ReplyDelete
  3. Kesiannya. Mesti tak selesa tu.

    Saya dah agak dah masa baca entry akak pasal kebun dan ikan tu. Macam tak kena je niiiii....antara percaya dgn tidak....biar dulu lah tak nak komen dulu....haaa...kan betoi tu, nak pekena orang lah pulak !!! hehehehe.....

    ReplyDelete
  4. Asw,...

    Pandai meneka... kadang tu kia kena bergurau juga... Kalau serius sangat, bosanlah...
    Terus terang cakap, akak memang kuat bergurau kena pula kalau jumpa mak sedara sama-sama orang melaka.... hidup...

    ReplyDelete
  5. LOL terkena saya dalam entry adik sbelum ini. Dengan tulisan nada yang serius, seolah-olah benar adik seorang petani moden. Lain kali kena fikir dua kali, read between the lines, benar atau lawak!!!Saya ni percaya apa yang di'cakap'

    ReplyDelete
  6. salam kenal kembali
    terimakasih kerana sudi singgah ke blog N
    sedia menjalin persahabatan dgn siapa saje..tanpa mengira darjat dan usia..berkawan biar beribu kan..
    dan untuk ibu semoga kesihatan membaik serta sabar dan tabah dgn ujian diberiNYA untuk hambanya..

    ReplyDelete
  7. salam kenal kembali tuk ibu
    tq sudi singgah blog N..semoga kesihatan membaik la yer..dan sabar dgn ujian diberi NYA dan tabah menjalani..
    N sedia bersahabat dgn siapa saje tanpa mengira darjat dan usia..berkawan biar beribu kan..

    ReplyDelete
  8. Selamat datang NJ...

    Berkawan biar beribu...
    Semuga persahabatan akan terjalin.

    ReplyDelete
  9. Salam

    Tinggi betul tahap kesabaran ibu ya masa kak zai masuk wad sebab bp dulu rimas sekejap2 doktor dan misi cek.

    ReplyDelete
  10. Selamat petang zai,

    Sabar tak sabar, kenalah tahan sebab nak sihat. Ini sajalah cara rawatannya. Kekadang memang menyakitkan, tapi kita ikhtiar.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...