Minta2 janganlah sampai jadi begini..... merayap satu rumah dengan sudip sebab tak boleh tidur.
Sejak 3 hari lepas akak tak dapat tidur lansung. Asyik terbangun, bangun. Jaga sampai subuh... Badan jadi letih dan blood pressure pun tinggi. Akak dapat jaga air tapi bila tak dapat tidur maka B/P jadi tinggi.
Dr Annam datang bertandang dan kami berbincang mengenai tidur.
Rumusannya:
1. Akak mungkin tidur dengan perut lapar [sebabnya akak jaga berat dan pengambilan air].
2. Akak suka minum nescafe, sarsi dan teh.
Langkah yang perlu diambil:
1. Kena hentikankan terus pengambilan caffeine.
2. Kena minum milo O panas sebelum tidur. Cuba bakar roti untuk alas perut sebelum tidur.
3. Petang-petang cuba berjalan sekeliling kawasan rumah untuk keluarkan peluh dan penatkan badan.
Nasihat dari orang yang lebih makan garam(tu sebab dapat darah tingi)ikut apa yang disarankan oleh doktor.Orang yang menasihat tu pun kadang2 terbabas hehehe...
ReplyDeleteSalam Hajah,
ReplyDeleteSaya pun kalau minum teh, kopi. anything ada kafin, pasti sudah nak tidur walaupun cadangan No 3 dibuat.
Kakcik pun pernah kena penyakit tk boleh tidur ni (ada kakcik ceritakan dulu kat blog kakcik..). Tapi, puncanya - kakcik stress. Skrg ni masalah (stress) tu tetap ada, cuma kakcik cuba buat tak peduli....
ReplyDeleteAkak, u kena apa yang doktor cakap ya.....
ReplyDeletejaga kesihatan diri tu...
Akak minum nescafe ? Adoi.... bahaya tu.. orang kata tak baik untuk jantung..err..betul ke ? Tie sendiri tak boleh minum nescafe tu, nanti dapat migraine.
ReplyDeletekak zai,
ReplyDeletememang betul, kena dengar nasihat dari orang yang berpengalaman...terima kaseh.
kak nora,
bila saya sendiri dah rasa memudaratkan diri saya, barulah saya ingat nak berhenti dari minum caffein. Saya ni jenis 'dah terhantuk baru tahu sakitnya...'.
kakcik,
saya tak rasa stress tapi bila dah 3 malam tak dapat tidur... saya dah mula stress. tadi balik dialysis, saya cuba tdur, tak boleh juga... dah rasa stress.
Ila,
terima kaseh. akak dah dapat rasa sendiri bila dah jadi macam ni... letih, B/P naik, jantung pun rasa dah letih... jadinya akak akan cuba mengikut saranan doktor.
Tie,
Akak bila dilimitkan minum 500ml, akak minumlah ikut sedap tekak. Sayang lah kalau minum air kosong saja. Tapi mudarat rupanya. Lepas ni akak akan berhenti.
Bila dah jadi kes macam akak, memang kopi tak baik untuk jantung...
Terima kaseh semua. Akak dah belajar dari kesilapan. Akak akan berubah. Terima kaseh kerana sudi menjengah dan bagi komen.
Akak sayang semua.