Monday, October 5, 2009

Rumah akak terbuka...

abang Long dan abang ngah...
Ain dan Haziq.... minat sama

Tan Hong Ming dan Umi Qasrina... berpisah tiada...

Anak teruna Dr Ainol dan Khairi,.. Aiman Hakimi

Sempat anbil gambar ini aje... sibuk sangat ....


Semalam akak secara tak lansung buat rumah terbuka. Ini kerana adik ipar akak yang tinggal di sama-sama kawasan perumahan buat rumah terbuka dan hari lahir anak bujangnya. Kebetulan, pak mertua dan mak mertua dah datang dari jauh, maka akak terus buat rumah terbuka biar mudah sekali perjalanan adik beradik berkumpul.

Sebaik bangun pagi, akak dan bibik dah sibuk di dapur. Banyak kerja-kerja dah dibereskan oleh bibik sejak dari semalamnya jadinya utuk hari ini dah kurang kerja. Terus menumis dan merebus.
Alhamdulillah, sebelum pukul 1200 tengahari semuanya dah beres. Anak-anak akak dapat tugas masing-masing. Yang paling rajin buang ekor taugeh ialah Ain. Yang membasuh tempat air ialah zaharah. Yang menyediakan bekas hidangan dan meja ialah Qeeb dan Aisyah membantu Ain memetik ekor taugeh. Suami akak menyediakan air minuman.

Benar lirik wonder pet. Bila bekerjasama semua jadi mudah.

Pukul 100 tengahari, teman dialysis akak tiba bersama saudaranya. Kemudian bapa mertua akak dan mak mertua tiba. Teman sekolah qeeb tiba kemudiannya.

Sedang akak menjamu selera di rumah adik, teman baik akak yang kerap datang ziarah menjenguk akak di hospital dan di rumah, Kalsom tiba. Kami berkenalan sejak dari bangku sekolah tahun 1980. Terputus hubungan dan bila akak cari di face book, Alhamdulillah, sambung semula hubungan.

Selesai jamuan harijadi di rumah adik, mak da, pak da, aiman, nadia, pak ngah, firdaus, hamzah, hakim, haziq, hazim, hafiz, umar dan iman tiba. Kemudian, Dr Ainol, Khairi dan aiman tiba.
teman baik zahrah, mawar sekeluarga pun tiba petang itu. Syukur Alhamdulillah, berkat rasanya. Laksa Johor dan nasi impit kuah kacang mencukupi untuk semua tamu.

6 comments:

  1. saya suka ajak orang makan makan kat rumah, cuma masaalah nya lepas semua balik badan pulak penat..tapi selalu nya abang boleh tolong picit ..tapi lepas tu mintak reward pulak...hahaha

    ReplyDelete
  2. Bila baca tentang taugeh tu,terus teringat masa kecik2 dulu. Setiap kali mak nak masak taugeh, Tie dan adik2 sama-sama petik ekornya.. sambil berangan, hi hi.. Sedar2 semuanya dah selesai.

    ~ Tie suka laksa johor, tapi malas nak buat sebab suami kurang gemar.. dia suka nasi je.

    ReplyDelete
  3. Salam ziarah...

    mudah2an perkenalan ini akan berpanjangan dan dapat berkongsi maklumat sesama kita....

    ReplyDelete
  4. salam kak ezza,
    memang seronok ajak member makan kat rumah...macamana? bila nak datang beraya kat bangi?..

    salam tie,
    akak pulak masa kecik2 dulu, boleh menangis kalau kena petik ekor taugeh atau ikan bilis.. boleh berguling2 nangis nak menghabiskannya. Dah malas sangat, akak buang separuh... dah tua2 kat rumah sendiri, rajin pulak tak kena suruh pun rela buang ekor taugeh dan kopek ikan bilis... heran betul.

    salam kakcik seroja,
    terima kaseh atas kesudian singgah di blog saya. semuga berpanjangan perkenalan ini.

    ReplyDelete
  5. Adoi...kak ezza tu lucu laa... husband mintak reward ! Tapi memang semua husband gitu, bila suruh picit sikit, reward yang lebih, waakaka..

    ReplyDelete
  6. Salam tie,

    Reward mereward kan dah jadi kerja depa... Kah..kah..kah

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...