Friday, October 23, 2009

Restoren Rebung.


Malam ni, untuk makan malam kami pergi mencuba RESTOREN REBUNG di Jalan Maarof, Bangsar Baru. Akak pernah terbaca ulasan mengenai restoren ini di suratkhabar The Star dan akak teringin mencubanya.

Cuma pada malam ini kami berkesempatan untuk mencubanya. Syukurlah perjalanan pada malam ini sangat lancar tidak seperti semasa kami ingin mencuba nasi lemak kg baru 3 minggu lalu.

Apa yang boleh akak katakan di sini ialah untuk penggemar makanan masakan kampung, memang ada banyak pilihan [sampai tak tahu apa nak makan...]. Ada masak lemak telor itik, masak asam ikan pari, masak lemak rebung, daging salai masak lemak, sambal ikan bilis petai, sambal tempoyak pucuk ubi dan petai, ikan masin, kari kepala ikan. Mee kari, laksa, pecal dan rojak buah pun ada.
Untuk pencuci mulut ada goreng pisang, goreng cucur ikan bilis. Kambing panggang, ikan keli dan ikan cencaru panggang pun turut menjadi hidangan.

Rasa masakannya memang sedap. Berasa.


Kuih tradisional yang di hidangkan..

Pekena ABC...

Cucur bawangnya, sedaplah juga...

Akak meratah lauk.. dah tak tahu nak makan apa lagi...

Kambing Panggang... pilihan suami

Ikan pari masak asam dan bendir, sambal tumis ikan bilis petai, tempoyak daun kayu, rojak buah- pilihan akak

9 comments:

  1. salam akak,
    smoga akak akan sihat, tabah mhadapi dugaan..
    Allah mnguji hambaNya hanya kpd yang DIA yakin kita mampu mhadapinya..
    syukurlah hubby akak dr, dia akan jaga akak dgn baik, I'ALLAH.. mudah2an hubby akak antara suami2 yg tpilih, yg tidak mngbaikan isteri ketika susah, harap dpt susah sng bsama, amin..

    ReplyDelete
  2. salam, wah kak rahmah, saya hari tu gi maybank bangsar, ingat nak cuba gak restoran rebung tu but tak sempat hari tu so kena tunda. kak rahmah dah pekena sana dulu yek hehe. seafood terminal pun ada dekat2 situ, tu pun saya tak gi lagi. idzmi mesti jeles becoz dia yg beria2 nak cuba restoran rebung tu. la ni saya n budak2 demam, batuk selsema lagila tak leh pegi mana2. tu yg sabrje ni. tgk gambar2 food kat restoran tu pun cukupla for now hehe

    ReplyDelete
  3. Mak aiii, kambing panggang!! Ni kalau hubby tau, silap gaya, kena pegi cari ni...

    ReplyDelete
  4. Salam

    Sedapnya masakan kampung, nak cuba juga tu satu hari nanti.Kak Zai selalu gi kg Baru kalau nak makan masakan kampung.Yang paling digemari apa2 jenis kerabu.UUHH...tak sabarnyaaa...

    ReplyDelete
  5. Mama moden,
    terima kaseh atas kata semangat tu. Alhamdulillah.. suami akak adalah yang terbaik akak temui kerana memahami kesakitan yang akak tanggung. Berusaha memberi rawatan yang paling habis baik....

    Aida,
    memang best.. tapi sebab kita pun masak serupa tu, taklah teruja sangat. Selamat mencuba.

    Fa,
    Baiklah fa bawa suami makan kambing kat situ... sosnya sedap tapi kambingnya kenyal sikit...

    kak zai,
    kalau kg baru, kak zai selalu makan kat mana? marilah tukar-tukar maklumat....

    ReplyDelete
  6. yum..yum..

    kakcik mesti cuba... :) (tapi...bila tu...)

    ReplyDelete
  7. kakcik,
    laporan saya pada kakcik
    masakan kat situ serupa dengan masakan kita kat rumah. macam biasa-biasa je kat tekak saya. kita patut cuba restoren lain...(terus terang, saya taklah teringin nak datang lagi sebab masakan dia serupa aje dengan masakan kita hari-hari....)

    ReplyDelete
  8. hmmmm...kalau macam tu, tak le kakcik teruja nak pergi. Jangan2 kakcik masak lagi sodap ;-)

    ReplyDelete
  9. kakcik,
    betul... kita masak serupa itu juga, pergi makan sampai tak tahu nak makan apa... semua yang kita biasa makan... dahtu.. ikan patin dia punya, agaknya dia beli kat tesco ke... berbau. saya selalu beli ikan patin sg pahang kat pasar tani MAEPS serdang... sedap isinya, tak berbau.
    sure kak cik masah lagiiii sedap...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...