Thursday, October 22, 2009

Masakan Hari Ini

Goreng kacang botol dengan belacan.

Masak lemak cili api ayam kampong. Adusss... terangkat....


Akak memang suka melihat blog-blog yang mempamerkan juadah masakan. Buatkan akak bersemangat untuk memasak. Tapi perangai akak yang tak boleh nak diubah-ubah ialah asyik-asyik masak lemak...( Mentang-mentanglah Dato Dr Roba'aiyah dah declare arteri akak okay...clear.. takda sumbat...) agak-agaklah arteri orang lain pulak....

Banyak-banyak resepi yang akak paling suka ialah masak lemak ayam kampong cili api dan goreng kacang botol belacan. Cukuplah... Puas cari resepi... balik-balik masak itu sahaja. Andeh lah andeh.... Dia peduli apa arteri orang lain...

Andeh ni nak kena pergi kaunseling la dengan dietian. Andeh ni ada kenal seorang ketua jabatan dietian... Nak minta dia bagi khutbah kat andeh lah.

9 comments:

  1. Tak ada maknanya nak kena khutbah dengan pakar pemakanan tu adik. Kalau selera dah datang, tutup je sebelah mata.. yang lain kira kemudian! Esok-esok kalau dah tak boleh makan lagi susah... betul tak?

    Lupa nak cerita, hari Ahad lepas kakcik dah buat masak lemak cili api telur itik dengan belimbing buluh... sodapppppppppp....

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    saya dah merasa ditarik nikmat selera 4 bulan dulu...siksanya. Perut lapar sangat, nak makan tak berselera... Puas dipaksa, memang tak lalu. Tapi bila berat saya menurun drastik sekali dari 70kg-49kg, saya berani sangat nak masak lemak cili api ni. Kalau saya lihat kembali blog saya, dalam seminggu mesti 2x saya masak lemak., 2x masak kari...
    (Tak pikirpun arteri orang lain....).
    Memang sodappp... masak lomak cili api...lobih cili nyo..lagi sodap...

    ReplyDelete
  3. Ibu n Abah,
    I amat suka dengan masak lemak cili api...almaklumla org nogori 'kan....
    By the way : this is my phone number : 013-3416977 or email nurasilah@tm.com.my atau asilahila@gmail.com.
    Manala tahu nak sembang2 ke...order kek ker....
    Nanti phone number akak pun kasi ya....daaaa

    ReplyDelete
  4. kak andeh, hehe

    dah laaaa.....tak sanggup lagi ku menahan akan derita ini tatkala menatap gambar itewwwww......adapun setiap kali ku melihat akan ia, maka akan kedengaranlah sayup2 nun jauh dari dari dalam perut ku...akan bunyi nya...grrrrrrrr...hahahahah.....

    ReplyDelete
  5. Fa,
    kawan akak kat penang (taukeh jual nasi lemak/campor),, akak selalu marah dia sebab nasi lemak dia sedap dan akak terpaksa makan tiap2 hari dan nanti kolestrol akak tinggi, apa katanya, " Sementara boleh makan, baik makan... nanti dah sambung wayar sana sini.. apa pun dah tak mau makan...." [ Betullah, masa akak kena intubate dan ventilate bulan August hari tu, bersambung macam wayar, memang dah tak lalu makan..... perut lapar tapi takda selera... sementara ada selera, mai pekena...].
    [ jangan hiraukan maklumat di atas.... Jagalah kesihatan anda...sayangilah jantung anda... ]

    ReplyDelete
  6. Salam

    Wadushh... kalau sebut bab makan bukan lagi perut yang berbunyi mata pun jadi juling tambah lagi kalau makanan yang pedas dan berlemak.Memangnya sedap walau pun dah diikhtiraf pakar pemakanan benda tak berapa baik dimakan.

    ReplyDelete
  7. okay, okay...saya ambik keputusan....(setelah membaca apa yg akak tulis tu....). saya nak ambik jalan tengah. Gini...gini...apa kata, saya makan nasi sehari sekali je.....malam, tak makan nasi...pun kata orang, kalau istiqamah, nampak kesannya!

    Saya nak kena turun 10 kg, barulah seimbang kak oii....bukan kerja senang tuh!

    ReplyDelete
  8. Wadussh...kalau sebut pasal makan bukan lagi perut yang berbunyi tapi mata pun boleh jadi juling tambahan kalau masakkan tu pedas dan yang berlemak.Biarpun pakar permakanan mengikhtiraf masakkan tu kurang baik untuk dimakan...lupakan yang lain hahaha sakit tanggong sendiriiik.

    ReplyDelete
  9. Fa,
    akak minta maaf lah sebab torture fa dari jarak jauh dgn lauk2 akak... memang payah nak turunkan berat, tapi kalau fa makan sekali dan malam lepas maghrib tak usah makan.... insy'allah... boleh turun berat lepas tu jgn lupa jogging.

    kak zai,
    memang makanan pedas menyelerakan. tapi usus perut lah tak tahan...macam kak zai cakap, sakit tanggung sendiri....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...