Friday, February 12, 2010

Solat Jumaat Akak.


Hari ini akak selesai dialysis agak awal. Suami mengajak akak bersolat jumaat bersama-samanya di Masjid Besi, Putra Jaya...

Dari hospital kami mengambil arah ke Putrajaya dan terus ke jambatan yang cantik ini. Mula akak ingatkan minaret mesjid, akak pun ambil lah gambar rupanya jambatan.


Dari kejauhan dah ternampak gagah berdiri dengan megahnya Masjid Besi yang mengambil sempena nama DYMM SPB Agung... Masjid Tuanku Mizan. Selalunya suami ada mesyuarat lepas jumaat dan terkejar-kejar nak makan dan menghantar akak pulang dan hanya pada hari ini suami agak lapang sedikit, maka kami dapatlah solat bersama-sama di Masjid Tuanku Mizan.

Masjid ini mengadap Tasik PutraJaya. Berada di dalam masjid seringkali ternampak bot lake cruise lalu lalang di hdapannya...

Istimewanya masjid ini, pengunjung boleh meletakkan kereta di bahagian bawah mesjid. Selesa... tidaklah kena hujan ataupun panas. Tapi syaratnya kenalah datang awal...

Ini adalah tempat mengambil wuduq wanita. Di tepi bilik ini terdapat lif yang membawa jemaah wanita naik terus ke dewan solat wanita.

Selesai solat, kami pun menuju ke Seri Penang di Cyber jaya. Olehkerana suami tidak terkejar-kejar hari ini, suami memilih untuk mencuba makan nasi berlaukkan Kari Kepala Ikan Kerapu. Kira okaylah... style nyonya... kalau orang yang suka pedas macam kari mamak... agak sukar juga nak menerima masakan kari manis begini.... rasanya lebih pada asam pedas... tapi tak palah juga....

Untuk appetiser, kami memesan Pie Tie...(tak sempat nak ambik gambar sebab dah lapar sangat... sebaik pie tie tiba... kami terus ngapppp....)
Kangkung belacan tiba dahulu...

Dan lauk yang ditunggu... sebab dah terlalu lapar....
Kari Kepala Ikan Kerapu Nyonya Style...

Selesai makan nasi, kami order desert. Mangga Ice... sedap... siap dengan ais sagat dan aiskrim...
di siram dengan sirap cinnamon... dah habis masuk perut, baru teringat nak amik gambar... macammana?.... Dah lupa....




4 comments:

  1. Salam Dik Mah..

    kalau perut tengah lapar.. suami depan mata pun boleh tak nampak! hehehe...

    ReplyDelete
  2. kakcik,
    betui tu...
    nampak bila part bayaq bil jer...

    ReplyDelete
  3. LOL! tergelak kuat part 'tak sempat nak ambik gambaq sebab lapar sangat'. Kakak rahmah ni sajak jadi photografer lah akak. kena kot cari DSLR satu yg baru kot. dapatlah kami tengok gambaq yg cantik cantik tu. lagi satu sebab akak kerap keluar mengunjung sana-sini, boleh kongsi dgn kami. wah, saya dapat bayangkan kalau akak ambik gambaq makanan, sure saya kerap kena lap keyboard ni. heehehee....

    ReplyDelete
  4. eleena,
    tis..tis..tis...
    kat umah kena ada satu kidney bowl....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...