Sedang sedap makan sarapan, tengok darah mengalir keluar dari tangan yang dicucuk. Panggil MA minta bantuan. Datanglah MA Rofaezi melihat masalahnya dan dibetulkannya dengan meletakkan kapas menutup lubang jarum tersebut. Maka, berhentilah pengaliran darah tadi.
Bagi kami, terasa rugi bila darah keluar/terbuang begitu kerana untuk mendapatkan bilangan darah (paras hemoglobin) macam orang sihat taklah mudah. Bila-bila masa sahaja boleh rendah paras hemoglobin kami. Nafas akan menjadi sesak... cepat penat... malah boleh membawa maut juga...
Untuk makluman anda juga, pernah paras hemoglobin akak rendah hingga akak tak boleh bernafas.. bila di sedekahkan dengan 2 pack darah dari kempen derma darah... terasa sihat balik. Paras hemoglobin daripada 5.6 terus naik 7.6... terasa lega nak bernafas... kurang sesaknya... Jadinya bagi pembaca yang pernah menderma darah, ketahuilah... darah yang anda dermakan itu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukannya. Terima kaseh dari hujung rambut hingga hujung kuku kaki.... Jazakallahukhairan. Masa akak sihat dulu, sikitpun akak tak pernah terfikir kepentingannya paras/tahap hemoglobin dalam darah...
Untuk anda pembaca yang masih sihat... hargailah kesihatan anda...
Macam lagu Raihan
Sihat sebelum sakit......
Salam Dik Mah..
ReplyDeleteanda (eceh..) memang seorang yang kuat dan tabah. Masa kita berjumpa tadi, tak nampak pun Dik Mah sebagai seorang yang mengidap apa- apa penyakit. Elok saja bergelak ketawa dan nampak sihat. Alhamdulillah. :)
hehehe...
ReplyDeletemesti ramai yg ngeri tgk tangan berdarah2 tu..
ayoyo kak... :(
ReplyDeletehuk huk..
kakcik,
ReplyDeleteater.. ini kira dah baik ler.. 6 bulan dulu... tak boleh ceghite... Alhamdulillah...
Terima kaseh sekali lagi kakcik...
Have a break... have a kit kat....
Tima kasheh bebanyak kak cik..... :-)
(Budak2 berkenduri coklat...)
IS,
Dulu memang takut...menangis2 kalau jadi silap apa-apa... sekrang dah cool....
betullah istilah
alah bisa tegal biasa...
AI,
Take care Ai....
Muga2 Ai tak perlu melalui ini semua... semua Ai dapat buahpinggan yang diperlukan... bukan... buahpinggang.... :-)
Rasa terbukaaaaaakkkkk ati nak menderma darah.. Tp ada ke yg sudi dgn darah I yg tak memenuhi piawaian WHO ni?
ReplyDeleteSelamaaaaaatttt I..
ja,
ReplyDeletei rasa bila depa timbang dan tapis darah u... depa pulangkan balik... sebab PBB/WHO kata tak sheshuai... :-)