Monday, February 1, 2010

Dialysis hari ni.

Pagi ni akak tiba dengan berat melebihi yang ditetapkan. Doktor menetapkan 56kg tapi pagi ini akak tiba dengan berat 61.4kg. Untuk membayar hutang yang berlebih sebanyak 61.4kg - 56.0kg = 5.4kg.... akak tak boleh nak tarik hingga 5.4kg.. hanya yang terdaya cuma 3.5kg. Doktor Gan menasihatkan hanya boleh tarik air sebanyak 3.2kg. Tapi memandangkan hutang begitu banyak, akak meminta mesin di setkan untuk di tarik 3.5kg.

Lagi 30 minit sebelum selesai dialysis, akak rasa jari jemari tangan kanan dah cramp. Adui... memang sakit... Badan dah berpeloh-peloh... minta kawan sama dialysis iaitu cikgu mazlina panggillah petugas dialysis. SN Ros datang memberi bantuan. Air dimasukkan dan mesin diberhentikan. MA Badrul pula membantu meluruskan semula jari jemari yang dah membengkok. Pernah seorang pesakit dialysis yang berumur 25tahun kena cramp begini dan menjerit-jerit menangis sebab teralu sakit, akak tidaklah kuat menahan tapi untuk menjerit meraung memanglah segan... Syukurlah dalam masa sakit itu, ada kakitangan yang membantu...

Tiba-tiba, jari jemari tapak kaki pula cramp sewaktu akak cuba menggerak-gerakkan kami. Akak urut perlahan-lahan dan kemudian bahagian pangkal peha pula cramp. Adui.. memang sakit dan menanggung kesakitan begitu membuatkan letih sekali dan BP pun tinggi.

Akak ambil masa sebelum bangun dan sms boss beritahu akak dah selesai. Boss tiba tak lama kemudian dan tolong bawakan beg dan bekas bekalan makanan dan minuman. Tiba di kereta, tiada lagi rancangan nak kemana-mana. Oleh kerana perut ni memang lapar, maka kami singgah di Mc Donald drive thru'. Beli cheese burger dan makan dalam kereta.

Tiba rumah, dah lapar semula. Masak maggi dan mushroom omelette, pun masih lapar lagi. Terpaksa gagahkan diri masak kari ikan, sambal belacan... berselera makan. Tapi badan memang tersangat letih. Sepanjang petang akak terbaring saja. Serik rasanya bila berlebih air ni.. mulai hari ni takut nak tarik lebih dari 3.5kg.... Maka akak harus jaga
jangan minum banyak...
jangan curi minum..
jangan minum ais...
jangan minum air yang sedap macam air gas...
dah tak sanggup kena cramp.

14 comments:

  1. salam..sedih jugak bila baca cerita puan ni.semuga puan tabah menghadapi penyakit ni demi anak-anak..bilalah boleh jumper lagi ek?

    ReplyDelete
  2. tu laa...masa makan minum tak ingat dunia..sekarang sapa yang sakit.....nak kena babab ni...aisyah...jaga mama ni...kalau dia minum banyak banyak..tepon acik ni tau.....

    ReplyDelete
  3. Salam Dik Mah..

    w/pun smlm kakcik tak cramp.. tp, lbhkrg samalah kita.. terbaring sepanjang petang. Syukur juga Along bawakan air penawar dari Masjid. Malam, walaupun lewat, lena juga tidur. Sebab semlm cuti, masak jugalah sejenis dua lauk untuk anak2..

    ReplyDelete
  4. akak, janganlah banyak minum air lagi, akak terlebih hirup sup agaknya. Lepas tu minum ABC hari tu, lepas tu jangan order lagi soda laici tu...akak minum air masak je ye.....pleazeeeeeee......

    ReplyDelete
  5. Ina,
    inilah satu dugaan yg paling berat buat saya... air... pantang nampak...
    insya'allah, jika ada kelapangan... kita akan jumpa juga...

    kak ezza,
    dulu selera makan takda... siksa sgt... sekarang selera makan bertambah kuat pun menyiksakan juga... kena bersederhana jer.. insya'allah... saya akan usahakan jaga...
    aisyah dulu memang jaga bab air, tapi sekarang dia dah tak kuasa sebab ibu dia d e g i l.

    kakcik,
    kakcik pun kena banyak berehat... kena jaga sikit pergerakan tu...

    Fa,
    akak suka minum..sup akak tak ambil sekarang ni.. Fa,... soda laici...sedappppp.....
    okaylah akak minum air suam boring jer lah.. sebab akak tak suka air suam yg dah tak panas dan air ais yg dah takde ais...

    Terima kaseh semua....insya'allah akak akan ikut semua pesanan...akak risaukan takdapat melihat Aisyah membesar jer...itu sajalah penguat semangat akak.....

    ReplyDelete
  6. salam akak,

    ohhhhhhhh akak lebih berat dari mak saya.
    mak berat yg doktor nak 46 kg,
    so after dialisis, mak kadang2 47 ke 48 ke atau 45 plus++. kami la yg bising2 kat mak suruh kurang atau lebih makan,
    heeeeee

    kdang2 kesian kat mak
    kesian kalau nak sekat2 dia makan
    sebab kadang2 dia kata tak ada selera makan
    so, bila time dia nak makan tu
    biar je la kan
    tapi, nanti ayah lak bising2
    heeeeeee

    akak sihat ke?

    ReplyDelete
  7. Kesian dengar kisah AKAK ni... agak payah begitu kan? Semoga terus tabah...

    kena kurang air, tapi masih boleh makan kan? Syukurrrr...

    ReplyDelete
  8. birU,
    rasa akaklah.. bila datang tak selera makan,.. macamana sedap pun makanan tu..tak sedap jugak kat selera orang yg tak da selera makan. Sekarang, bila selera makan dah datang semula.. masa inilah nak mengumpulkan balik lemak dan tenaga sebab nanti bila2 saja boleh tak berselera makan...

    azie,
    memang kena kurangkan air dan masih boleh menikmati makan-makan..... alhamdulillah... memang akak bersyukur sesangat....

    ReplyDelete
  9. sib baik kat list tu tak de
    'jangan PapaKaya'
    :)
    take care Akak!!

    ReplyDelete
  10. Memang susah hidup berpantang.Kak Zai pun banyak makanan yang tak boleh dimakan tapi kadang2 terbabas juga.
    Jaga diri ya untuk anak2.

    ReplyDelete
  11. adoiiiiiiiiiii....mmg sakit le kak oiii :(

    ai dulu hari2 kene masa makan steroid tu. bayangkan la, tgh drive pon bleh kene. tangan mengerekot cam spastik tu. Jari kaki sampai belok2. huhuhu..kat opis pon penah kene. 2-2 kaki skali krem! lama giler pulak tu. sakit + sedey sungguh :(

    agaknya yg akak rasa tu lagi sakit le kot kan? ayoyo..

    ReplyDelete
  12. IS,
    memang patutnya jangan bapakkaya... sebab soda laici dan nasi ayam tuh.... adoi... byk potassium dan phosphate... kan...???

    kak zai,
    org yg kena berpantang makan dan pantang jumpa memang orang yg paling malang rasanya.. tapi saya pantangkan kepantangan itu...

    Ai,
    akak sebelum dialysis dan disahkan buahpinggan rosak memang selalu kena cramp jari jemari... lepas dialysis, dah kurang... mungkin itulah tanda2 buah pinggang rosak. Sakit cramp memang tak boleh nak cewita.. tersangatlah sakit....

    ReplyDelete
  13. Akak ni, jgn le langgar2 pantang.. Buat mcm I, minum air suam je kalau kat luar.. Kat umah I minum filtered water, tanpa ice.. Eceh ceh ceh.. pandai nak nasihatkan owang..

    Nak tanya skit Akak.. cheeseburger, maggi mee, omlette, nasik, sambal belacan, kari.. Akak ada pasang spare tank ke utk simpan semua tu? Kalau I, hawus terkeluaq balik.. (tp badan ttplah montel!!)

    ReplyDelete
  14. Ja,
    insya'allah... akak choba dgn sesungguhnya...
    spare tank takda... spare tyre lebar... itu yg boleh simpan lebihan2.... tapi... siaplah pagi esoknya.... tak sempat nak sampai hospital (kalau pagi dialysis..)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...