Kari Ayam..
Apapun akak citer sajalah dulu kisah ari ni.
Bangun solat subuh, tengok FB then sambung balik mimpi. Then bangun, tengok FB lagi... sekawang dah kerap tengok FB sebab dah ada geng. Wahsia....
Bunyi azan zohor, terus lah mandi. Sekarang ni sebab dah join the club... akak cukup suka menangguh-nangguhkan mandi. Nikmat ghupenye.... Bila matahari dah tegak, barulah best mandi...
Lepas tu masak untuk berbuka. Hajatnya nak buat kuih bagai. Dapat resepi dari buku resepi Asmah Laili. Pesan kat suami belikan masa dia pergi Singapura tahun lepas. Tapi, olehkerana akak dah ter...mesin daun pandan yang akak beli banyak minggu lepas, akak dah tak ikut sukatan. Sayangkan air daun pandan. Nak guna jugak semuanya... Kuih akak jadi lembik. Peduli apa... makan masuk mulut gak. Rasa macam tu gak....
Lepas tu, buatkan kari ayam untuk semua isi rumah. Kira-kiranya nak buat betul2 sedap... tak tahulah apa rasa... lepas azan karang baru boleh cerita.
Lepas tu nak buat sambal sotong. Goreng dulu sotong, then buatkan sambalnya... cuma cili dan bawang kecil tumbuk... ( Tak jadi buat.. nampak dah banyak lauk... sotong dimasukkan semula untuk berdingin dan kebekuan di dalam preezer...)
Lepas tu ingat nak buat peria goreng taucu..
Lepas tu dah buat dah rupanya sambal belacan....
Banyak nyer.. sekali-sekali masak....
Nantikan lepas berbuka baru nak letak gambar....
Semalam dah makan hingga tak hinggat dunia.
Pagi nasi lemak ration untuk sebulan...
Tengahari makan nasi beriyani ayam...
Petang makan lontong singapura....
Malam makan nasi lagi...
Macamana nak jaga air ni....?????
Jadinya...
Hari ini kenalah puasa.....
Okay jugak apa.....
Laok kari ayam kita sama harini! lalalalala..
ReplyDeleteva va va..sudah ada wahsia dlm itu FB. siapakah itew? ;P
AI,
ReplyDeletelaok kari ayam kita hari ni... Ai buat sambal belacan tak?... baru ngam kan ada sambal belacan...
Wahsialah AI... kalau akak bagitau dah tak wahsia.. dah tak bestlah...
Kalau kat rumah kak Zai hanya kari daging atau kari ikan yang dimakan.Ayam boleh masak apa saja kecuali kari.
ReplyDeletekak zai,
ReplyDeletekat umah kami, semua kari boleh masuk... kari ayam paling sedap makan dgn roti canai dan roti jala...
akak Rahmah, saya gitu gak kadang, simpan sampai nak zohor baru mandi. jimat duit suami. lepaih tu dok diam-diam macam pengantin supaya tak peluh.
ReplyDeletecurry ayam favourite saya memang tapi tak laku kat rumah ni.
dalam keadaan begini kalaulah ada org tukang masakkan alangkah bestnya..pagi td suruh anak beli roti sardin tp tak lalu makan..sudahnya makan roti gardenia dgn horlick...tgahari suruh anak beli bihun tomyam pun tak makan sbb pedas sgt..akhirnya petang tadi goreng mee, baru lalu makan..
ReplyDeleteSgt gumbira skg kerana ahli Kelab Rajin Mandi dah bertambah.. maka bertambah jugalah yuran ahli..
ReplyDeleteRajinnya Akak memasak.. Siap dgn peria masak taucu.. I suka bangat dgn peria, tp I tak suka yg tak pahit.. Some people rendam dlm air garam utk kurangkan pahitnya, tp bg I, I mkn peria sbb nak rasa pahitnya!!
aikk? tak tau pulak ada KRM.
ReplyDeletesommuffins, macam mana ni...ahli depa dah bertambah, ahli kita?
Ramai2 jom la join we all pulak....jadi ahli seumur hidup, jom join BBP !!! Ada pakej istimewa menanti andaaaaa....
eleena,
ReplyDeleteakak kalau hari tak dialysis, dah tak reti mandi awal.. mula2 cuba, best...lepas tu dah naik malas mandi awal..
ida,
kalau kita beli, selalu ada kekurangannya,, tapi nak masak... ada masa tak sihat.. akak pu kalau masak lama2 berdiri, kaki mesti bengkak..tp, drp beli tapi makan tak puashati, terpaksa jugak tahan kaki bengkak...
Ja,
sebab tu akak saja2 tak mandi.. nak meramaikan ahli..
akak sejak tahu resepi peris goreng taucu, tak misss... suka sangat.. akak pun suka yg pahit. masak lemak dgn udang pun sedap... pahit2 gitu...
kari ayam lawannya sambal belacan dan ikan kering..pergh mengancam tuh...
ReplyDeleteSambal blacan itu adalan wajib! harus ade (^_^)
ReplyDeletefa,
ReplyDeletekat sini tak boleh kempen...
siapa2 jer boleh join...
hehehehehehe...
zie,
memang kari ayam + sambal belacan + ikan belanak masin.... berganda2 pergh.....
Ai,
ReplyDeletetakder sambal, tak lancar nak menelan kan...
Salam Dik Mah..
ReplyDeletesemalam kakcik masak kari ikan dengan terung, pagi tadi jadi hidangan untuk kucing belakang rumah.. entah bilalah budak2 kat rumah tu nak reti makan ikan masak kari agaknya.. :(
kakcik,
ReplyDeleteanak2 kakcik tak suker kari?
anak2 saya suka.. aisyah semalam, bertambah2 dia makan ayam kari... memang dasar org penang...
aisyah tu lahir masa kahar kerja kat penang....
kakcik, biasalah tu, bebudak kalau dgn kari selalunya depa mkn kuah je.. isi depa tinggal tergolek..
ReplyDeleteja,
ReplyDeleteanak2 u suka kari?...
ada orang tu kan... pandai masak kari kepala ikan jenahak....
AKAK.... sedapnya dia masakkkk...
ReplyDeleteMAAF KAK, Sabtu tu tak sempat juga kita jumpa...
azie,
ReplyDeletedia mana pulak yg masak?...
tak pa.. belum ada rejeki...
Akak, Ja, Fa ..
ReplyDelete(sambil ketuk2 dahi) .. sejak bila ada KRM nih? Sesiapa mandi dekat2 Zohor atau selepas waktu itu tidak boleh join KelabRajinMandi.
Psst Fa, I dah lupalah, BBP tu apa eh?? :-)
kak som,
ReplyDeletehabislah...
3 kelab
itu-itu jugak owangnya...
presiden dah fenin...