Ayat pertama perlu diubah...
Sewaktu menemankan Ella pulang ke kampungnya di Kuala Pilah, akak ada ternampak Nasi Ayam Gemas di Pekan Senawang. Bila Nasi Ayam Gemas membuka cawangannya di Bandar Baru Bangi berdekatan dengan PKNS, akak teruja untuk mencuba. Maka pada hari ini akak dan suami pun mencuba Nasi Ayam Gemas.
Restoren ini baru dibuka pertengahan bulan lepas. Menu pun belum ada. Kami order mengikut apa yang di beritahu oleh pelayannya. Suami dah memesan agar akak tidaklah berharap sangat nasi ayamnya hebat.. kerana akak memang selalu begitu jika waktu pertama kali mencuba. Akak mengharapkan ia sepatutnya rasa sedap tapi selalu hampa.
Akak memesan nasi ayam panggang dan suami memesan nasi ayam stim. Air kami memesan jus epal. Datang saja makanan, akak lihat nasinya tidak berwarna putih sepertimana selalu. Suami terus mencuba merasa dan katanya sedap. Akak menanti hingga ayamnya tiba barulah akak mencuba.
Nasi dan ayam dan sambalnya memang sedap tetapi tiada kicap... Itu satu kekurangan. Tapi mungkin Nasi Ayam Gemas mahu mengenengahkan kelainan daripada lain-lain nasi ayam. Akak terima dan akak suka rasanya. ( Kira untuk melepasi si tekak minang ni... kira nasi ayam ni bolehlah tahan.... )
Dalam perjalanan pulang akak terlihat ada satu Restoren kecil di Jalan Reko bernama Nasi Ayam Pontian. Kalau restoren itu buka, mahu juga akak mencuba. Kiranya untuk warga Bangi... Kita akan ada berbagai-bagai nasi ayam.
Wahhh AKAK niii... pandai merasa macam2 menu. Ini yg dikata orang "pandai makan". Saya pun suka gak men"try" macam2 makanan yg pelik2..
ReplyDeleteAKAK pernah cuba Nasi Ayam Hailam?
azie,
ReplyDeletenasi ayam hailam lah yg akak dok pekena dekat sebulan kat bapakkaya...
akak tahu kat jln bukit bintang pun ada dua kedai nasi ayam hailam yang halal... kan..??
dah lama tak pekena nasi ayam ni...wat terliur jer hehehe...pernah try sekali nasi ayam (gerai tema oren tu) x la sesedap mana..harap pada nama jer...
ReplyDeleteZila,
ReplyDeletenasi ayam dah ada macam2 nama...
baru ni ada kedai nasi ayam periuk besar... lepas tu tutup kedainya... tak sempat nak cuba...
nasib-nasib jer kalau dapat yg sedap.
Betul AKAK. Nasi Ayam Hailam BB cukup popular sejak dulu. Tapi sejak 8 tahun dok kerja area sini, tak plak tekak ni teringin. uishhh.. dulu kerja kat area Pudu, sebulan sekali nak turun sini pekena..
ReplyDeleteazie,
ReplyDeletebila azie kena pindah dari KL, baru azie teringin nak makan semula nasi ayam BB tu... bila dah dekat, tak heran...
kuala pilah?
ReplyDeleteakak,
saya juga ada sepupu kat kuala pilah
mak sedara saya kawin dgn org bt kikir
anak2 dia
seppupu2 saya ramai kat sana
serting, bahau, jempol,
selalu gak saya kesana
lepak kejab kat leman dawi makan cendol
heeeeeeeeee
sihat ke tu
birU,
ReplyDeleteakak belum rasa lagi cendol leman dawi...
hari ni sihat... boleh puasa kira sihatlah tu...