Hari ini seperti hari dialysis yang lalu... akak akan memulakan ayat selepas habis dialysis....
Akak habis awal sebab akak datang awal.. dalam pukul 1200 tghari, lengan akak dah di cabut jarumnya dan selepas proses menampal dan menekan bekas jarum, akak pun ambil tekanan darah dan timbang berat... dapatlah kurang sikit. Hutang masih berhutang....
Dalam pukul 1230 tengahari akak dah tiba di rumah. Suami pun terkejut sebab terlalu awal. Akak tak da geng mana hendak jalan-jalan merayap tak tentu hala... Suami pun mengadu kelaparan... sempatlah akak buatkan telur separuh masak, bakarkan roti dan secawan milo...
Kemudian akak mengajak Aisyah keluar pergi mengambil kakak-kakak kesayangannya.
Qeeb adalah anak yang mula-mula sekali akak turunkan dan ambil semula kerana lokasi sekolahnya dari rumah akak. Kemudian sekolah Ain, ambil Ain... dan sekolah kakak.... tunggu sebentar kerana hari Isnin kakak balik 140 petang. Sambil menunggu sempatlah kami menjamu selera dengan keropok lekor dan jambu batu...
Sampai sahaja di rumah, terus akak memulakan memasak. Masa dialysis tadi ada makan, tapi taklah mengenyangkan... biasa-biasa saja. Gigihlah akak di dapur memasak. Untuk suami sudah akak masakkan bubur dan berlaukkan ikan pekasam. Untuk kami akak masakkan Gulai Ikan bersama daun kesom dan tomato. Sedaplah pulak...
Masa di Pasar Tani suami akak membeli ikan pekasam ini...
di goreng memang sedap...
Nak citer sini..... N I K M A T......
Sempat lagi akak memasak...isk
ReplyDeleteAi,
ReplyDeletesempat... bila dah petang macam ni.. baru terasa letih sesangat... dapat landing sekejap tadi.. lega sangat rasanya....
ikan pekasam tu yg paling best tu
ReplyDeleteSalam Dik Mah..
ReplyDeletekakcik pun hari ini menggagahkan diri masak nasi, ayam masak merah dan tumis kangkung.. jadilah.. :)
mimi,
ReplyDeleteikan pekasam ni pembuka selera... pemangkin usaha gigih memasak hari ni...
Salam Hajah...
ReplyDeleteGulai lemak tu nampak sedap...
tingat boss lama, org Alor Gajah, MKZ, fav dia masak lemak ciliapi + daun kesom....berulamkan ciliapi jugak....berasap tinger fhooo.....
tp....tak reti lah nak makan pekasam tu...nampak macam ada bawang goreng? Mcm mana nak bagi dia sedap? hehe...jaga diri u - QJ.
ikan perkasam mengingatkan sya masa mengandung si Aisyah aka ayong, boleh ratah gitu saja mentah2, balik kg bawak ikan tu pastu adik2 kata ikan busuk sya makan ;p
ReplyDeleteIkan sepat pekasam tu yang tak bleh tahan tuuuu... Rinduuu!
ReplyDelete