Saturday, March 6, 2010

Masya Allah...


Gambar Kak zah di London...

Aryani... 29 tahun tak jumpa... ( Jumpa sekejap tahun 96 kat KL...)


Akak sedang mengusahakan nak buat re-union dengan bekas pelajar SMK Kg Baru... Lepas tahun 1982, nama sekolah kami bertukar menjadi SMK Putri Wilayah. Nak cari semula bekas pelajar SMK Kg Baru agak susah kerana nama sekolah dah tak wujud. Akak dah usahakan buat laman Facebook. Mudah-mudahan ada bekas-bekas pelajar yang ternampak. Dan tambahkan bilangan ahli bekas pelajar kami.


Sejak semalam akak betul-betul rasa sangat seronok apabila dapat berhubung semula dengan seseorang yang telah 26 tahun meninggalkan bumi Malaysia dan 18 tahun tak bertemu. Beliau telah memulakan langkah yang semakin panjang sejak dari tahun 1984.

Kami mengenali antara satu sama lain kerana kami tinggal berjiran. Setelah beliau berpindah ke destinasi pertama iaitu di Germany, kami saling berutus surat sehinggalah keadaan menjadi sepi pula. ( Kisah dah lama... makin lupa... nanti cuba diingatkan...)

Tetapi sewaktu akak mengadakan Majlis Pernikahan, Alhamdulillah.. beliau telah sudi menghadirkan diri. Itulah kali terakhir akak melihatnya sehinggalah malam tadi akak di hubungi oleh beliau melalui FB. Yang nak buat akak ketawa bila nama samaran yang digunakannya tidak akak perduli sebab bagi akak mungkin permainan budak-budak bawah umur yang ingin menambah koleksi kawan FB mereka. Sehinggalah senja semalam beliau menghantar personal mesej dan mengenalkan dirinya. Nombor talipon di beri dan diapun terus menghubungi akak setelah beberapa kali mencuba. Kami pun berbual-bual dan ketawa dan suaranya masih seperti dahulu.

Kak zah,
Jauh sudah kak zah merantau mencari pengalaman di sana... terima kaseh masih mengingati saya.

Pagi ini sewaktu akak mencuba mencari nama kawan-kawan sewaktu sekolah dahulu, keluar satu nama yang sangat familiar. Akak lihat gambarnya dan sekelip mata, kami dah berhubung melalui talipon. Rindunya.... Aryani adalah rakan sekelas dan kami duduk berpasangan di meja hadapan sekali. Macam-macam cerita yang kami ingatkan tadi. Terutama bila bergaduh... meja kami yang sebelum ini didekatkan, bila bergaduh, kami akan tarik meja itu jauh sedikit... Hmmm.. memang manis. Insya'Allah.. pertemuan dengan bekas-bekas pelajar sekolah kami akan bertambah dari dua orang iaitu akak dan suhayati... kami dah mula dapat 4 orang lagi... Insya'allah ...
Syukur Alhamdulillah dengan kesempatan ini, akak masih dapat berhubung dengan kenkawan/sahabat lama.....

7 comments:

  1. Seronok bila dapat jumpa kawan2 lama,Ada tu yang dah jadi nenek tapi kak Zai cuma ada menantu belum bercucu.

    ReplyDelete
  2. Salam hajah,
    Kak Nora buat pratical teaching di SMK Kpg Baru dan tinggal di Asrama depan tu.

    ReplyDelete
  3. Kak zai,
    seronok jumpa kawan2 lama memang tak boleh nak 'drescribe..' Kenangan lama-lama dulu kita punya.. Jgnkan kak Zai, kawan2 saya pun dah ada yang bercucu....(mana yg kawin sebaik lepas SRP).

    kak Nora,
    Tahun berapa tu?... mana tahu sama year dengan kami 77-81?..

    ReplyDelete
  4. mng seronok bila dpt kontek semula kwn2 wktu sekolah..mcm ida dpt jumpa semula bestfren masa sekolah yg dah 20 tahun tk jumpa..

    ReplyDelete
  5. Ida,
    kawan semasa sekolah adalah kawan yang mengenali kita sewaktu kita baru nak pandai... memanglah byk kenangan yang manisnya...

    ReplyDelete
  6. rasanya nama sekolah bertukar tapi lencana sekolah tetap sama kut.kita tak pernah bersekolah di sini tapi dulu selalu ikut arwah akak yang bersekolah di sekolah menengah Puteri wilayah ni...kalau ada hari kantin sekolah selalu akak bawak kita dan kita pun banyak kenal cikgu2 dia.Ingat dulu akak awal2 pagi dah keluar rumah sebab masa dia form 3 kami semua dah berpindah ke Ampang.

    ReplyDelete
  7. zila,
    boleh bagitau nama kakak zila?.. tahun berapa dia SRP?

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...