Saturday, March 27, 2010

Tetamu dekat tapi jauh....

Tetamu ini tinggal hanya selang beberapa lorong dari rumah akak. Sejak mencari kengkawan melalui FB.. akak dapat satu nama ini. Kami bertukar nombor talipon dan berbual-bual. Bila bertanyakan rumah, akak terkejut jadinya kerana selama ini beliau tinggal di bahagian belakang daripada rumah akak. Itulah jadinya bila tak mencari kawan...

Sewaktu akak merancang pertemuan dengan kengkawan lama, beliau bersetuju untuk turut serta. Tapi malangnya beliau terpaksa menghadiri mesyuarat di saat-saat akhir, beliau tidak dapat turut serta. Jadinya semalam, sebaik selesai waktu kerja..beliau membuat keputusan untuk singgah di rumah akak.

Maka jadilah pertemuan jejak kasih petang semalam. Kami sebetulnya memang agak rapat sewaktu di sekolah dahulu. Terkenang kami sewaktu zaman sekolah dahulu beliau turut membeli jenama kasut sekolah yang sama dengan kasut akak. Katanya dia sengaja membeli yang serupa sebab nak turut bervangga dan bergaya dengan kasut jenama warrior jenis menutup buku lali. Waktu dahulu, kasut jenama itu lah yang paling bergaya. Bila akak tukar beg, beliau pun turut membeli jenama beg yang sama.

Seronok bercerita sampai angkat-angkat tangan....

Apalah temberang akak sampai Norasiah betul2 mendengarnya...

Asiah..
Terima kaseh kerana sudi singgah. Dah duduk pun berdekatan, marilah kita rapatkan semula hubungan kita yang dah lama terjalin.


11 comments:

  1. tu keropok mana tu? keropok paling sedak dalang dunier kemamang ke? hehehehe....

    wah, akak nampak menarik dalam serba hitam, beli kat mana jubah tu?

    ReplyDelete
  2. Fa,
    akak baru kena tanya dengan kahar, keropok mana yang dia sedang makan, akak kata dari fa.. dia pesan jangan goreng.hidang untuk orang lain.. goreng untuk dia jer...
    Nampaknya akak kena cari jalan nak dapatkan bekalan tetap dari Kemamang. Hanya sorang jer yang akak kenal orang kemamang yang beli keropok 'paling sedak dalang dunier' iaitu ~ siapalah tu?.... Boleh kita uruskan pembelian untuk stok jangkamasa panjang?....

    ReplyDelete
  3. Fa,
    jubah tu beli kat bangi jer....

    ReplyDelete
  4. Ptg ni I nak berlakon jogging kat belakang umah I.. mana tau kot2 terjumpa kengkawan lama..

    Actlly ramai kwn2 lama yg I dok search kat FB, tp tak jumpa pun!!

    ReplyDelete
  5. ja,
    u jogging baik-baik... kena ligan dek 'alley cat', kawan2 u mungkin guna nama samaran kot...

    ReplyDelete
  6. Keropok Kemamang ...sedap kalau di cicah dengan sos.

    ReplyDelete
  7. akak, kepuk punya hal no blem. Bagi tau je brp kilo nak. Nanti fa gi beli. Fa dah lama jadi tukang beli kepuk untuk Eza di Ampang. Anak2 dia takmboh doh kepuk hok laing.

    Jubah kat Bangi tu ada ke saiz Fa? Siksa benor nak cari jubah hitam. Satu Ampang Point dah cari, nak pegi Mesejid India...adoiii..tak sanggup dengan sesaknya.

    Nak kirim oghang gi Mekah, segan pulak, org pegi nak beribadah. Kita pulak banyak songel, nak yang kosong, tak de labuci2, kain nak yang lembut ada kualiti, saiz pulak, saiz orang Arab! Nak tempah tak kena gaya kang, tak sedap pakai, nak hantar jahit kat butik, mahei bebeno, haaa..tak ke ngada2 namanya. Sampai hari ni dok pakai jubah hok lamaaaa.... :(

    ReplyDelete
  8. Akak, make that two (pencinta kopok dari Kemamang)

    Fa, ordering jangka masa panjang (u can make money one you knowwww).

    ReplyDelete
  9. kita ni bilalah nk jumpakan...asik tk de jodoh je..

    ReplyDelete
  10. somuffins...u macam tau2 je..hehehe. Memang I tengah dok mengira profit ni. Berapa cost incurred, overhead, liability, semua kira sekali!! hehehe

    ReplyDelete
  11. Salam Kak Hajah Nora,
    memang setuju... makan kerpok bercicah sos memang sedap... boleh habis satu bekas besar sekali hadap.

    Kak som,
    Jom kita beri Fa bisness kerpok...

    Ida,
    Allah belum nak menemukan jodoh kita. Luar bidang kuasa kita... dah berkali mencuba tapi belum sampai masanya... Insya'Allah.

    Fa,
    Kira jangan tak kira....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...