Wednesday, March 10, 2010

Dia dah Tiada....

Petang tadi, kita di kisahkan semula dimana Dr Greene telah pergi meninggalkan kita semua....
Dia tewas dengan barah otak yang dideritainya....
Saat-saat hari terakhirnya di ceritakan semula
sehingga pada waktu hari pengebumiannya...

Iyer-iyer je akak menghayati episod ini.
bagaimana saat kematian yang hampir tiba
Dr Greene gunakan dengan meluangkan masa bersama keluarga
dia juga mencuba buat terjun di udara dengan payung terjun...
( Akak sedang memikirkan.. nak tiru tak.... BERRANIIIII tak?... tak....)

Yang pastinya lepas ni, kuranglah masa akak terpaku di TV tiaphari pukul 500ptg..
sebab... Dr Greene tak der...
dan.....
suami dah belikan Season 1 dan Season 2...
akak akan mulakan tengok dari mula...
waktu Dr Greene dan Dr Ross dan Dr Lewis mula bertugas...
L A Y A N..........




7 comments:

  1. kita pun tgk tadi....sedih dan sayu jer lihat isteri dia terpaksa menerima kenyataan yang suami dia dah pergi....agak nya kita macamana ya?

    ReplyDelete
  2. kak ezza,
    wah.... ada genglah....
    saya sedih bila dia beritahu anaknya jangan sia-siakan hidupnya dan dia dah takda masa lagi nak membimbing anaknya..
    sesiapa pun tak akan bersedia untuk kehilangan insan tersayang....

    ReplyDelete
  3. Hajah,
    Saya tak dapat tengok ER, waktu tu budak-budak di rumah ni on call juga, mana lagi Ch 615

    ReplyDelete
  4. Kak Hajah Nora,
    Nampaknya dah ramai yang 'on call' waktu tu... :-)

    ReplyDelete
  5. Dulu kak Zai pun banyak chanel on cal tapi dah dikurangkan, banyak kerja terbengkalai.

    ReplyDelete
  6. donload semua season kat intenet kak...
    ngehngehngeh....

    ReplyDelete
  7. kak zai,
    betul tu... byk mengambil masa kita kalau dah ter'on call' depan TV tu...

    IS,
    tak mudah nak buat... beli jer senang...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...