Sunday, March 14, 2010

Kisah Hari Jumaat~Balik Kampong.


Selesai dialysis tengahari Jumaat, suami datang ambil dengan Aisyah. Kami terus ambil anak-anak yang lain. Tiba di rumah, suami terus pergi solat jumaat dan akak menonton siaran lansung solat jumaat melalui tv1. Akak pernah bersama-sama suami menunaikan solat jumaat di Masjid Sultan Mizan dan kebetulan hari ini siaran lansung dari sana. Berpeluanglah akak menonton wajah imam yang mempunyai suara merdu dan nada berlagu dalam bacaan Al-Qurannya sewaktu mengimamkan solat jumaat.

Selesai kami solat zohor, maka kami pun memulakan perjalanan pulang ke kampong. Suami yang berasa lapar kerana belum makan tengahari mengajak singgah makan tengahari di Restoren Nasi Ulam, Reko Sentral. Ini pertama kali kami mencuba Restoran ini dan akak dapati, mereka menyediakan banyak lauk-pauk yang berasaskan masakan ala kelantan. Akak ambil ikan percik dan sotong singgang...gulai pucuk ubi juga...

Suami pula mengambil Gulai Kawah dan sayur kacang botol goreng belacan..

Qeeb ambil ayam goreng dan sedikit sayur-sayur...Anak-anak yang lain memang takkan makan di kedai nasi begini... kecualilah kami singgah di Mc Donald, tentunya ramai yang nak mengekor. Tambahan pula sewaktu akak di hospital, mereka sudah makan di rumah.

Suami ingin mencuba Highway Lekas yang bermula dari Kajang hingga ke Seremban. Kami harap ianya sudah siap hingga Senawang, tapi sampai hujung Highway ia berhenti pembinaan di Mantin. Kami mencari jalan keluar dan sesat masuk semula highway. Nak marah ada, nak ketawa pun ada... Kami keluar semula di Ampangan dan menuju Mantin dan Seremban. (Nanti akak confirmkan...)

Masuk Bandar Seremban menggembalikan kenangan akak sewaktu kecil dahulu yangmana akak dan arwah emak selalu menaiki bas dari Pudu hingga Hentian Bas Seremban (yg lama). Akak mencari-cari juga lokasi Hentian Bas yang lama dulu tapi tak bertemu.. (tak ingat yg betolnya...).

Bandar Seremban yang banyak bangunan-bangunan lama...

Keluar dari Seremban kami terus ambil Lebuhraya Utara Selatan menuju Ayer Keroh. Tiba di rumah abah lebih kurang pukul 530ptg. Perjalanan kami agak lewat dari biasa kerana sesat di Lebuhraya Lekas dan masuk Bandar Seremban.

Sebaik tiba di rumah abah, persediaan untuk membuat Nasi Ayam pun bermula. FIL berhajat benar nak makan Nasi Ayam yg akak sediakan kerana (mulalah nak sound riak ) FIL sungguh suka dengan Nasi Ayam yang akak masak. Selalunya akak sering masakkan untuk sekeluarga. Rupanya sejak 2 tahun (sejak sakit teruk) akak dah tak pernah masak untuk keluarga lagi. Insya'Allah, lepas ni akak akan selalu masak untuk sekeluarga...

Untuk makan malam, akak sempat hidangkan untuk semua....


Alhamdulillah... Sekeluarga menikmatinya....


No comments:

Post a Comment

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...