Thursday, March 11, 2010

Alhamdulillah...
Usaha akak nak menubuhkan Alumni SMK Kg Baru hampir menjadi kenyataan..
Kebanyakan yang akak hubungi rupa-rupanya sama-sama menginginkan agar kami dapat berkumpul semula dengan bekas-bekas guru yang pernah mencurahkan ilmu kepada kami.
Alhamdulillah... inilah usaha akak sejak awal bulan ini menjejaki kasih-kasih yang pernah bersama-sama kami suatu waktu dulu...

Setiap hari tiada dialysis,(malah pada hari dialysis juga) pagi-pagi lagi akak dah online mencari dan mengingati nama-nama penuh teman-teman malah para senior juga berjaya akak jejaki. Syukur kehadrat Allah snw memberikan akak ilham dan kekuatan untuk menjayakan rancangan mengumpul bekas-bekas pelajar SMK Kg Baru. Teman-teman rapat banyak membantu menambahkan jumlah bekas-bekas pelajar. Terima kaseh...

Dalam pada itu juga akak turut mencari kawan-kawan sesama tusyen di CTC, Jln Tuanku Abdul Rahman sewaktu akak di tingkatan 2 dan 3. Alhamdulillah... semalam dapat jejak seorang dan baru sebentar tadi kami berhubung melalui talipon. Masing-masing kegembiraan tak terhingga dan menunggu masa yang sesuai untuk bertemu. Alhamdulillah.
Buat teman-teman semua, semuga usaha kita menjejaki kasih-kasih dahulu akan berjaya. Insya'Allah.

2 comments:

  1. Aminnnn.... semoga usaha AKAK akan terus beroleh kejayaan..

    Silaturrahim ni, bila dapat dijalin dan dihangatkan, seronok rasanya..

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...