Bangun awal lagi hari ni... takdalah merasa sepanjang cuti sekolah ni nak menambah waktu baring-baring lambat-lambat.... Tepat masa kena bangun... mana nak ke hospital meneman anak.. nak kena dialysis... nak kena cari lauk... so JJCL...
Tempat cari lauk yang kami suka pergi ialah di MAEPS, Serdang. Ada pasar tani setiap pagi sabtu. Sabtu lepas kami berada di kampong, maka sabtu ini kami harus ke sini.. Jika tidak, anak-anak nanti nak diberi makan apa?.. Ibu dan Abah bolehlah singgah memana, anak-anak?... Maka haruslah ibu dan abah datang kemari menangkap ayam, ikan dan lembu.... Juga haruslah ibu dan abah memetik cili, sayur-sayuran dan jika adalah rezeki... buah-buahan dari kebun.
Mereka baru saja memunggah ikan-ikan dari lori... kami terawal dari mereka...
Selesai menangkap dan memetik segala barang keperluan untuk seminggu, abah dengan gigihnya menolak troli untuk dibawa masuk kedalam kereta.
Selesai urusan penghantaran barang-barang keperluan untuk seminggu di rumah, kami meneruskan perjalanan ke Jalan Raja Uda, Kampong Baru. Di sinilah tekak yang maha lorat ingin dijamu dengan Nasi Lemak Kukus Kak Sham. Ibu tak memerlukan lauk yang selain daripada kangkong, ikan bilis, sambal dan nasi Kukus...
Sempat juga ibu mengambil gambar rumah sebelah gerai kak sham. Buat pembaca yang ingin kemari, carilah rumah ini dan akan jumpalah gerai kak sham... Hanya di sinilah ada nasi lemak kukus yang paling best... ( Piawaian Ibu...)
Selesai makan-makan dan minum-minum.. kami kemari pula... Nak kena bayar segala rawatan 'angiogram' tempohari. Selalu teringat nak bayar tapi lupa bawak bil... tapi kali ini tanpa bil pun kami redah juga IJN dan selesaikan bayaran yang dikenakan...
Inilah dahulunya kawasan permainan ibu dan kawan-kawannya... Bangunan yang nampak di hadapan itu adalah rumah dimana ibu dibesarkan...
Dah terlanjor masuk kawasan kampong baru iaitu kawasan ibu dibesarkan, kami berjalan-jalan mencari rumah kenkawan lama. Sempat singgah di kedai runcit Murni. Singgah berbual sebentar dan kemudian berjalan-jalan hingga ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kg Baru. Ambil gambar untuk laman FB SMK Kg Baru.
Juga kami jumpa kedai ini yang artikel mengenainya baru keluar Star.
JJMM- jalan-jalan makan-makan...
JJKK-jalan-jalan kenang-kenang..
JJBB-jalan-jalan bayar bil...
Lengkaplah jalan-jalan hari sabtu ini.......
salam akak..
ReplyDeleteamboi..bnyknya JJ
ida pun JJ gak..JJAA- jalan-jalan amik anak..
semalam balik kg amik anak2, diaorg dah rindu sgt kat ibu dia...penatnya sbb terpaaaksa naik bas balik umah adik..kebetulan keta adik msuk workshop, keta kak ipar suami dan anak2 dia bawak..tkpe anak2 punya pasal ibu rela berkorban.
akak, siapa yang buat angiogram tu?
ReplyDeleteSemua JJ dah cerita, JJSS je belum...hehe
Salam hajah,
ReplyDeleteImej lokasi kpg baru biasa aje akak tengok.
ida,
ReplyDeletebila ABC, akak mmg suka JJ..
anak2 ida dah rindu.. eloklah JJAA..
pengorbanan seorang ibu mcm ida mmg hebat...
fa,
tahun lepas akak buat angiogram kat IJN...
(cuba tgk entry lama...)
JJSS?.. jalan2 sampai sini?..
kak hajah nora,
inilah lokasi2 kenangan saya...
JJSS - Jalan Jalan Sopping Sakan....
ReplyDeletefa,
ReplyDeleteoooooo... lagi sopping....
uang belanja?
heeee,
ReplyDeletejjjb
jalan jalan cari bantal
mari kit tido
hari dah hujan d kajang
ekekekke
birU,
ReplyDeleteakak diketawakan oleh semua orang dirumah sebab selalunya akak depan lektok bila hujan lebat, semuanya kena tutup... akak dah jadi macam tak keruan... duduk dalam bilik belajar, kena kutuk.. duduk dapur pun kena kutuk...
Hujan pun memang tersangatlah lebat... siap dengan angin lagi....
nasi lemak kukus tu nampak menyelerakan betul kak...
ReplyDeletesangat seronok baca en3 nih, petik cili,buahbuahan sayur2an, tangkap ikan lembu dan ayam..hehehehee.... ;p
ReplyDeleteapa yg penting duit sajok bolehlah buat semua tu
mimi,
ReplyDeleteinilah nasi lemak resepi yang sama sejak dahulu.... (nak kena layan si tekak minang yg lorat ni.....)
ssi,
petik dan tangkap kena ada rimau... bukan petik dan tangkap sesaja....
Wahhh seronoknya jalan-jalan. Ya, bangunan baru IJN tu lawo. Azie dah pernah masuk 2x semasa ABAH Mertua dirawat bulan lalu...
ReplyDeleteazie..
ReplyDeletehari sabtu, bukan main pusing... hari ahad.. kepala pun pusing.. isnin.. terus m.c.