Kemudian akak pun menunggu hampir 19 nombor lagi di hadapan akak. Tunggu dengan sabar. Ambil masa jugaklah. Dalam satu jam juga menanti. Bila tiba giliran hampir satu nombor dengan akak, nombor di tekan dan berbunyi nombor tersebut.
2078, 2078 kemudian senyap sebentar. Tunggulah juga sebentar... di ulang lagi
2078, 2078 tunggu juga sekejap lagi.
Bila dah pasti, dia pun meneruskan menekan nombor dan keluarlah bunyi untuk nombor akak.
2079, 2079 akak pun teruslah bangun menuju kaunter.
Belum sempat nak beritahu urusannya, aleh..aleh.. datanglah mamat sorang ni tersengih-sengih berebut ke kaunter tersebut dan beritahu kerani kaunter tersebut dia tak dengar nombornya tadi.
Okay.. akak pun sabarlah.. tunggulah kejap.
Tunggu punya tunggu, nampak mamat ni dok borak dan siap sengih-sengih lagi dengan kerani kaunter. Kemudian keluar nombor 2080 untuk kaunter sebelahan. Akak pun sabarlah jugak... Mamat ni bukan main lama lagi kat kaunter tu dok borak-borak dengan kerani kaunter.
Kemudian bunyi nombor 2081.. Akak dah tak sabar, terus bangun dan hendak ke kaunter sebelah. Akak beritahu kerani kaunter sebelah tu, akak kena tunggu sebab si mamat tu dah terlepas nombor dia. Kerani kaunter yang menekan nombor akak 2079 pula menjawap,
" sebentar yer.. saya akan panggil sebentar lagi..." Si mamat ni terus bual-bual dan ketawa-ketawa dengan kerani kaunter. Nombor di kaunter sebelah makin bertambah.
Yang buat akak hangat hati ialah, inilah mamat yang tak beratur dan terus ambil nombor dari jaga nombor tu. Lepas tu bila di panggil, dia sibuk bercakap kat talipon sampai tak dengar nombor di panggil. Lepas tu terhegeh-hegeh kata terlepas nombor dan boleh borak-borak pulak membuang masa dengan kerani kaunter. Memang akak hangat betul.
Bila suami datang menjemput di bank, dia pun kehairanan kerana urusan akak belum lagi selesai. Akak dah tak boleh nak cerita sebab dah marah sangat. Bila nombor akak di panggil semula sebaik mamat tu pergi, akak rasa macam nak balik jer. Tapi penatlah nak kena datang balik.
Masa dalam perjalanan ke kereta akak pun ceritalah dengan suami kisah ni. Suami dengar dan cakap jangan marah. Akak cerita akak geram sangat.
Suami : " Rasa macam nak tarik rambut dan menjerit-jerit.. yer.."
Akak : " Iyerlah.. rasa nak marah sangat.."
Suami : " Yang buatlah mengaruk macam tu... depa nampak perempuan mengaruk macam tu terus depa pegang tangan.. haaa nanti depa tekan fistula... depa sure terkejut dan kata iyerlah pompuan ni tak betul sebab dia pakai bateri kat tangan dia....... "
Akak : ( Terus pandang suami...) nak ketawa pun ada, nak geram pun ada.....
Sebab dalam kita dok geram tu dia seolah bagi sokongan lepas tu buat lawak pulak.. kami ketawa sebab cara suami cakap memang lawak.
Ceritanya. Kadang-kadang orang yang kurang cerdik akan buat kerja bodoh macam tu. Tak mahu beratur. Tak dengar nombor di panggil sebab sibuk berbual di talipon. Kerani kaunter pun satu, kalau dah terlepas nombor, janganlah layan dan kalau layan pun nombor yang berikutnya janganlah kena tunggu nombor yang terlepas tu.. kaunter lain teruskanlah kerja. Selesaikan satu persatu ikut giliran. Hmmmmmm gggggggggggrrrrrrrrrrrrrrrrrr menyampah nak mengingatkan.
Pernah tak jadi pada anda?...
Salam Dik Mah..
ReplyDeleteBila jadi tu memang rasa nak maki hamun.. tapi tak lepas.. itu yang bila dah balik merungut tak habis.. betul tak? :)
salam kakcik...
ReplyDelete( Belum ngantuk lagi???..)
betullah kakcik. Hangatnya hati saya tadi memang rasa nak maki hamun jer dua-dua kat kaunter tu.. tapi kita ni melayu.. beradap.. tahankan jer walaupun dah tak tahan...
hangin kak kalo jumpa org camni....
ReplyDeleteyg kerani tu pulak pi melayan borak sapa suh...dia ingat org lain xde urusan lain ke nak dok bank lama2....
Salam akak, sama dengan sya masa di MBSA untuk bayar cukai, sakit hati, rasa macam nak jerit, nak marahkan saja petugas di kuanter tu, tp sya sabar lagi, sya dah geram sangat ambil borang aduan tu,
ReplyDeletetp bila dah selesai urusan sya baru lega, dan terus tak jadi isi borang aduan tu
hehehehe....saborlah labu.. ;p
Jenis orang baran macam fa ni (mengaku je le) payah nak handle benda2 ni. Nak je ku sekeh kepala mamat tuh! hehehe....
ReplyDeletehehehehe....ada hangin jugak Akak ni ya....
ReplyDeletegelpren dia kot kat kaunter tu...
;)
Mimi...
ReplyDeletememang mau jer akak baling jer apa2 kat kerani tu dan mamat tu.. ingat kita ni suka-suka tunggu... bahagia sangat kot menunggu kat situ...
Sya,
memang ingat nak tengking jer kan, bila kena macam tu.. tapi orang yg ada kat sana yg tak kena pada depa...(pemerhati) nanti kata kita tak betul... sikit punya hal nak mengaruk... Hmmmm memang sakit hati kalau kena kat kita...
Fa,
Itulah macam akak cakap, kalau tak kena kat kita.. kita akan rasa semacam kalau ada orang nak mengaruk-ngaruk.. sebab tak kena kat kita... kena kat orang lain... Kita yang panas hati ni, kena diam..pendamkan... gggrrggrgrgrgrrgrg betul...
Dr singa...
maunya tak berangin... perangai mamat tu dan kerani kaunter tu... grrr.r.r.r.r..
Agaknya si mamat sekolah kat mana?
ReplyDeleteSalam kak hajah nora,
ReplyDeletekalau masa tengah geram semalam kena tanya mamat ni sekolah mana.. nak juga saya jawap sekolah 'gangsta'....
tapikan kalau dia bekas anak murid kak hajah nora.. sure dia tak jadi cenggini....
Kalau I kan, Akak, time dia potong line utk amek number tu I dah bahasakan.. Org Malaya ni masih ramai yg tak ckp akal mcm tu, Akak.. ala2 banga*g..
ReplyDeletememula baca, aku pon naik hangin! tp bila baca komen dari tuan doktor, gelak guling aku kak! wakakakakakaka
ReplyDeleteJa,
ReplyDeletekalaulah akak cukup berani nak bukak mulut masa tu, bestnya.. sampai yg kat kaunter pun kena... tapi.. tak reti nak mengaruk depan2..
AI,
sabarkan jer lah.. kan.. dah macamtu.....