Wednesday, March 3, 2010

Tetamu dan Lauk hari ini...


Hari ini akak agak buziiii sedikit... Kebizian yang akak suka...
Ada tetamu yang datang melawat akak di Unit Dialysis.. Lupa nak ambil gambar sebab seronok sangat... Nanti lainkali akak perkenalkan...

Balik dialysis, terus ambil anak-anak dari sekolah. Berehat sebentar dan terus masak.
Tengok resepi mat gebu... Sotong goreng Kunyit.


Ayam Masak Lemak Cili Api.

Petang tadi, sewaktu akak hampir on-call, kawan baik akak di kolej datang ziarah bersama sepupunya yang akak kenal sejak zaman kami belajar dulu. Kami duduk sementara, kemudian keluar kerana marina ingin menjamu selera di St Francisco Pizza di BBBangi. Perbualan diteruskan disini.

Normi adalah ibu kepada Penyanyi Muda iaitu Iqwal Hafiz. Iqwal adalah pemenang 4 pingat emas + 1 pingat perak di Hollywood.

Marina memesan Lamb Chop.

Akak memesan Spagetti Olio.

Normi juga memesan Lamb Chop..

Masih ayu....


6 comments:

  1. sedapnya nampak makan2 tuh hehehe

    ReplyDelete
  2. senang je tau masak olio tu!!!
    fevret tu...

    ReplyDelete
  3. wahhhh..

    bestnya makam2 tu
    akak,

    saya kdg2 terfikir gak
    kalao ada unit dialisi sekitar2 rumah saya
    nak je saya jadi sukarela
    heeeee

    sekurang2nya saya lebih mahir pasang2 wayar dan main dgn mesin2 nih
    sama ke kak semua mesin2 tuh
    heeeeeee...

    ReplyDelete
  4. zila,
    nampak lamb chop macam sedap, tapi kawan akak komplen.. sos lada hitam nya tak sedap... akak punya spagetti rasanya sedap...

    IS,
    bila u cakap spagetti olio senang nak masak, akak cuba hari ni... memang mudah dan sedap....

    birU,
    makan2 dgn teman2 memang best...
    lebih2 teman yg dahlama tak jumpa...
    kalau birU sudi nak tengok/belajar mesin dialysis kat hospital serdang... marilah...
    hubungi akak 012-5626469

    mesin tak serupa, ada berbagai mesin...
    nanti akak kenalkan... :-)
    (tak rugi kita belajar...)

    ReplyDelete
  5. akak,

    saya mmg betul2 nak belajar sampai pandai
    kot2 nanti ada rezeki
    leh beli mesin utk mak
    tak perlu g hospital
    cuma nak kena ada juga yg pandai pasang dan guna
    tapi better kat hospital
    sebab ada nurse
    ap2 nurse ada
    kan kak?

    heeeeeeeee

    ReplyDelete
  6. birU,
    akak dah bagi nombor, dah bincang boleh...
    kamipun pernah teringat nak beli mesin sendiri tapi penjagaannya agak leceh..
    sedangkan ada VIP beli mesin tapi tak boleh nak pasang kat umah dia.. dia tinggalkan di HKL..
    sebab sakit ni bukan kita boleh jangka... perlu ada penjagaan doktor...
    kalau birU nak ikut akak ke hospital serdang pun boleh... ada nombor.. call saja...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...