Hotel Hilton KL Sentral
Petang semalam, pulang daripada bertemu dengan kawan lama, kami membawa anak-anak ke Hotel Hilton kerana ingin membawa anak-anak berenang di kolam renang dan akak ingin mencuba untuk terapi mandi wap dalam usaha membantu mengeluarkan air dari dalam badan. Sebenarnya sejak dari kami menginap di Langkawi akak mahu memulakannya tetapi hotel di Aseania Langkawi dan Hyatt Kuantan tidak mempunyai kemudahan tersebut. Setelah mendapati di Hotel Hilton mempunyai kemudahan tersebut, kamipun membawa anak-anak untuk berenang di kolam renang dan akak menggunakan kemudahan mandi wap.
Kemudahan Mandi Wap di Hotel Hilton di uruskan oleh Clark Hatch. Disamping mandi wap, terdapat spa dan gimnasium.
Setelah anak-anak ke kolam renang bersama suami, akak terus memasuki 'Health/Fitness Center' yang terletak ditingkat 8 dan berdekatan dengan kolam renang. Setelah mendaftar, akak diberi 2 helai tuala dan kunci loker.
Akak naik ke bilik yang ditunjukkan iaitu di tingkat atas dan terus menyalin pakaian. Kemudian akak terus masuk kedalam bilik wap.
Pertama kali akak duduk di dalam bilik tersebut, dalam masa 5 minit pertama akak juga sangsi akan keberkesanannya. Agak lama kemudian, peluh mulai keluar sedikit dan apabila bilik tersebut di pasang secara automatik mesin wapnya, barulah akak yakin dengan keberkesanannya. Peluh mula keluar mencurah-curah. Terasa seronok sangat. Dalam 20 minit akak bertahan, kemudian akak keluar sebentar.
Diluar bilik, akak mengelap peluh-peluh tersebut dan setelah menanti sebentar, akak masuk kembali ke dalam bilik 'mandi wap'. Bila peluh mulai keluar mencurah-curah, akak keluar semula dan masuk kedalam bilik mandi. Selesai mandi, akak keringkan badan dan masuk semula ke dalam bilik wap. Akak ulangi berkali-kali sehinggalah akak terasa agak letih tetapi rasa segar betul. ( Kak som... u kalau ikut akak mandi wap.. sure u akan menukar sikap kepada suka mandi.. Kiranyer ari ni akak memang terrer.. mandi berkali-kali. )
Selesai membersihkan diri, akak masuk ke bilik persalinan dan menyalin baju. Badan memang terasa lebih segar dan perasaannya memang seronok.
Akak turun kebawah dan pulangkan kunci loker di kaunter dan pergi mendapatkan suami yang sedang menjaga anak-anak berenang di kolam renang.
mmg best kak...
ReplyDeletesaya pernah try 1 tpt kat area uptown dulu...
segar je pas buat tu kan
Mimi,
ReplyDeleteMemang segar lepas buat tu tapi selera makan makin sedaplah...
Bahaya... bila timbang berat, back to square one jugak..
Yapi baru 1st day... nanti nak cuba kat bangi ni.
Dah lama kakcik tak mandi wap.. dalam keadaan skrg, semuanya rasa tak selesa! :(
ReplyDeletekakcik,
ReplyDeletesaya pun 2 tahun menanggung sakit.. sekarang bila sihat, semua saya cuba... nanti dah sihat... kakcik cuba pula yer...