Teringat masa bulan August lepas, dua kali tepi rusuk belah kanan akak kena tebuk untuk keluarkan air yang bertakung di bahagian dada. Kali pertama sambungan tube yang keluarkan air tu sekejap aja tapi kali kedua sampai 3 minggu tube yang ditebuk untuk keluarkan air itu disambung pada botol yang menadah air yang akan keluar sedikit-sedikit. Bayangkan payahnya nak tidur dengan selesa. Malas nak membayangkan kemungkinan tersebut.
Tapi dengan sakit yang memang rasa nak mengaduh., akak lepas makan ubat tu terus naik ke atas dengan niat nak baring-baring merehatkan diri. Bila dah dapat baring, nak bergerak... dada belah kiri teramatlah sakit, kena terlentang saja. Nak gerak kiri dan kanan dah rasa terlalu sakit. Qeeb tolong tinggikan bahagian tangan kiri akak dengan bantal agar selesa. Rasa agak selesa juga. Akak pesan dengannya supaya mengejutkan akak pukul 400 petang sebab akak nak solat Zohor.
Belumpun pukul 400 petang, akak dah terjaga. Dapatlah lena sedikit sejak balik tadi. Minta Qeeb bakarkan roti dan buatkan susu untuk lapik perut. Lepas dah makan roti dan susu, akak pun dapatlah rehatkan diri sementara sakitnya lega sikit.
Suami pulang petang bertanyakan keadaan. Rasa sakit masih ada tapi adalah kurang 20% dari tengahari tadi... Bila dah menjelang malam, sakit masih terasa 60%. Boleh gerak-gerak tapi bila nak tarik nafas sakitlah sangat. Kadang-kadang terlepas bunyi 'hoh' ketika sangap dan tarik nafas. Macam-macam kan... semalam boleh masak macam-macam.. hari ni nak pergi lunch pun dah tak daya... ( Itu pasallah bila akak rasa sihat ajer sikit masa itulah akak gunakan betul-betul... niatnya balik dialysis tadi nak buat kueh vadeh sebab dapat resepi dari blog... hmmmmm... kena simpan ajerlah kacang dhal itu sampai esok... minta-minta eloklah lagi....)
harap akak sihat cepat...
ReplyDeletesuka saya tgk akak hepi jalan2 time sihat :)
mimi...
ReplyDeleteterima kaseh doakan akak...
nanti dah sihat, akak nak jalan2 lagi.
Salam Adik..
ReplyDeleteAlhamdulillah, lega rasanya bila tahu Adik semakin sihat. Rehatlah dulu, jangan banyak bergerak ya? Tunggu sehingga betul2 pulih tau... :)
kakcik,
ReplyDeleteterima kaseh ... (terima kaseh juga kerana pagi2 dah tanya kabar... :-)
Alahai... =(
ReplyDeleteBistu camne tu kak? ish...riso plak.
A.I,
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sakit dah reda sikit. Dah jalan ke Pasar Tani lagi...
(Suami suruh rehat... akak memang degil...)