Sunday, December 13, 2009

Lunch hari Jumaat.

Lamb Khabsah... pilihan suami

Chicken Khabsah pilihan akak.

Mixed Grill..... rempah ratus yang digunakan memang sedap...

Selesai dialysis hari Jumaat, akak mengajak suami ke Cyberjaya.... Semalamnya (hari khamis) ketika berbual dengan Shidah, dia ada beritahu ada satu restoran masakan arab bernama Restoren Saba' di Cyberjaya. Shida memberikan butir-butir masakan yang menjadi hidangan restoren tersebut.

Selesai mengerjakan solat Jumaat, suami pun mengambil akak di hospital dan kami pun terus menuju ke Cyberjaya... Tidaklah payah sangat hendak mencari setelah mencari alamat dari google.. terdapat juga ulasan-ulasan yang diberikan dari pengunjung-pengunjung yang pernah menjamu selera di sini.

Dapat saja tempat duduk, kami terus membuat pesanan. Akak mengikut apa yang pernah di pesan oleh pengunjung-pengunjung da juga apa yang di syorkan oleh syida. Sampai saja makanan, kami pun terus makan.

Akak memesan briani ayam( chicken khabsah ) dan suami memilih briani kambing ( Lamb khabsah ). Suami juga memesan 'mixed grill' yang mengandungi daging, ayam dan kambing. Dimakan bersama-sama dengan roti nan... sedap juga daging yang diperap dengan rempah ratus arab di panggang dan makan bersama roti nan. Nasi berianinya juga sedap cumanya suami akak merasakan briani kambing nya agak kurang rempah ratus.

Air minumannya, akak cuba nak memesan air rasberry barbican tetapi dah habis pula. Kami akhirnya memesan jus lemon dan rasanya sangat menyegarkan dan tidak pahit sebagaimana kebanyakan jus lemon yang pernah kami cuba.

Rasa nasi beriani nya seakan-akan beriani yaman yang kami pernah makan di KLIUC cafetaria dan Uniten Food court. Jika setakat ini masakan arab yang memenuhi cita rasa kami ialah nasi arab dari telaga cafe di Pulau Langkawi.

9 comments:

  1. Salam Adik..

    dah balik dari Melaka, ya? Dah ambil gambar berpakaian molek di Dataran Pahlawan? ;-)

    ReplyDelete
  2. amboiiiiiii, bukan main lagi bercerita ye, bahasa yang digunakan pulak macam kenaaaaaa je, nak melawan Jalan2 Cari Makan ye.....grrrrrrrrrrr..(geram)

    ReplyDelete
  3. kak cik,
    memang 2 x pergi dataran pahlawan... ambil gambar anak beranak.. nanti saya upload.... :-)

    fa,
    sejak berselera makan ni... pantang orang menyebut... nak cuba aje... badan pun dah naik gemuk....nak sama dgn maria tunku sabri...

    ReplyDelete
  4. Akak, bahagia kalau my TB ikut JJCM jauh dari tempat biasa. Hmmph.... Cyberjaya macam jauhlah pulak....tis..tis..tis..

    ReplyDelete
  5. salam akak,
    wahhhhhhhhhhh best nya
    nasi ala2 arab kan
    best best
    heeeeeeee
    bila la leh g sini erk
    kajang dah tak jauh tuh
    heeeeeeee

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... sedapnya... :)

    Tie tak berpeluang nak makan di restoran begitu. Kat ganu ni terhad sangat. Jadi kalau dah mengidam tu terpaksalah buat sendiri, hu hu.. rasa pun entah apa-apa je...

    ReplyDelete
  7. kak som...
    cyberjaya taklah jauh... ikut puchong dari subangjaya... berbaloi kalau cuba...

    birU,
    birU tinggal kat mana?... nanti kita dating.. kita pergi makan kat situ.. OK?...

    ReplyDelete
  8. Macam sedap je, bagi le full address dgn landmarknya sekali. Mana le tahu kot-kot kami tersinggah ke Cyberjaya.

    ReplyDelete
  9. Tie,
    masa kami tinggal penang... byk masakan/restoren kat KL kami rindu... dapat peluang balik KL... berdesup kami pergi... sekarang dapat duduk KL semula... terasa bahagia.... makin gemuk kami berdua.... makan ajer...

    zool...,
    kat cyberjaya tu... nak terangkan landmarknya.. lagi mudah cari kat google.. siap ada map. Akak pun lepas dgr kawan cerita, terus google.. dapat review lagi.....
    nama restoren saba'... sekarang ni dah senang betul.... google, dah keluar semua maklumat... :-)
    Selamat mencuba...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...