Tuesday, December 15, 2009

Meneman anak dara...

Tak dapat akak nak meneruskan tidur selepas solat subuh pagi ini kerana suami dah buat appointment dengan Dr Wan untuk pemeriksaan kakak. Maka selesai solat, akak takut terbabas tidur.. akak melayari internet untuk bertemu dengan rakan-rakan yang di windui.....

Tiba waktunya, akak pun bersiap-siap ke hospital dengan 2 orang anak dawa... Seorang itu mengikut kerana ia nak singgah sekolah melihat namanya di pejabat bagi menentukan tingkatan yang untuk tahun depan. Yang seorang kena jalani pemeriksaan kesihatan.

Sampai hospital, sedang menalipon suami... terlihat suami sedang keluar dari klinik, terus bersama-sama berjalan-jalan bersama-sama menuju ke klinik Dr Wan. Tunggu dalam sejam, maka tibalah nama kakak dipanggil oleh petugas.

Kami sama-sama masuk bertemu doktor. Bertanya itu dan ini, diperiksa dan diterangkan masalahnya, maka selesailah pertemuan kami buat kali ini.

Selesai urusan di hospital, kami beramai-ramai dibawa ke Alamanda untuk makan tengahari. Akak memilih untuk makan nasi ayam bersama zahrah manakala qeeb dan abahnya makan teppanyaki...

Selesai makan, pulang semula ke hospital untuk ambil kereta kemudian kami menalipon Ella kawan baik akak. Lama tak jumpa dah rindu sangat. Dahlah hari sabtu ini majlis perkahwinan adiknya kami tidak dapat sertai kerana Jabatan Kardiologi akan mengadakan Hari keluarga di Desa Waterpark. Jika tidak, akak memang teramat suka turut serta di majlis kenduri itu.

Borak-borak dan bergurau senda, kami pun pulang. Puas hati kerana dapat berjumpa teman lama.

2 comments:

  1. senang hati bila baca entry you ni....relaks jer...

    Macam saya ni, kalau dapat jumpa kawan kawan rasa seronok sekali....lega kepala sikit dari memikir kan masaalah seharian...
    Bila plk kita nak jumpa ni ...

    ReplyDelete
  2. Kak ezza,
    saya setuju sangat pertanyaan kak ezza tu... saya memang sedang mewindu semua teman-teman.. sedang mengatur appointment nak jumpa kawan-kawan... Teringin nak jumpa kak ezza...
    No h/p saya 012-5626469... jom kita pulak dating...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...