Friday, December 18, 2009

Malam jumaat.

Selepas mendengar cerita Zuraida yang Restoren Tony Roma punya ceaser salad dan stik paling sedap yang pernah dia rasa... perasaan ingin mencuba sendiri begitu meluap-luap dalam fikiran suami ku. Mulanya kami ingin JJCM pada hari jumaat malam sabtu tapi selesai saja 'Coros' suamiku hari ini, terus dia mengajakku mencuba makan di Tony Roma... Selesai saja 'coros', suamiku pulang menjemputku dan kami akan sama-sama bersolat maghrib di The Gardens, Mid Valley.

Perjalanan yang disulami dengan hujan lebat tidak berjaya menundakan hajat kami petang itu. Perjalanan dalam hujan yang lebat, kena pandu perlahan-lahan terus membawa kami ke The Gardens walaupun dengan kesesakan lalulintas dan kepayahan untuk mencari parking. Kami terpaksa melakukan tawaf 2 kali bangunan Mid Valley dan The Gardens sebelum mengambil keputusan untuk parking di Premier Parking tingkat atas The Gardens. Perjalanan naik ke tingkat atas Premier Parking memang berbeza. Jalannya lebih lebar dari tempat parking yang biasa kami naiki. Selesa sungguh. Ada lampu yang menunjukkan arah parking yang kosong. Bayarannya memang lebih dari parking di Mid Valley. Tapi, pengalaman bulan lepas berjalan tengah malam mencari tempat kami parking kereta dari The Gardens ke Mid Valley, cukup membuatkan kami serik untuk melalui detik itu sekali lagi.....

Dari parking, kami terus menuju ke lif. Di Lif jumpa staff melayu dan bertanyakan surau di The Gardens. Jika kami kena jalan ke Jusco Mid Valley untuk solat, teramat jauh dari tempat kami. Syukurlah staff tersebut ramah dan mudah memberikan panduan arah ke surau. Suami pula olehkerana semasa kecilnya dia pernah tertelan alat GPS, maka mudah saja dia mencari hala surau tersebut...( Suami yg kata bila akak heran kenapa dia tahu aje arah dalam the gardens.. tipu dia.. tipulah akak....)

Selesai solat, jumpa suami semula di pintu utama surau dan kami terus ke Signature untuk menempah tiket wayang 'Avatar'. Suami teringin hendak menonton 'Avatar' kerana ulasan cerita tersebut betul-betul bagus. Berbaloi mereka menunggu 5 tahun untuk menyudahkan cerita tersebut yang bernilai 1 billion dolar.




Sampai di Signature, tiket yang tinggal hanyalah untuk Gold Class tayangan pukul 1100 malam. Selesai membeli tiket, kami mencari Restoren Tony Roma yang terletak di LG Floor. Tidaklah susah hendak mencari. Tapi untuk mendapat tempat dalam restoren itu perlu menunggu agak lama. Kena tinggalkan nama dan nombor talipon dan tunggu hingga di panggil. Kami yang hendak menghantar buah-buahan yang dibeli sebelum ke Restoren tersebut, menghantar buah-buahan dan kuih karipap special yang dibeli untuk di simpan ke kereta. Perjalanan menghantar ke kereta mengambilmasa 15 minit, dan terus kami kembali ke Restoren tersebut. Masih belum ada tempat kosong. Tunggu dalam 10 minit, ada kekosongan. Kami di tunjukkan tempat duduk dan mula memesan makanan. Akak tidak begitu lapar maka tidaklah akak memesan The Tony Roma Ribs... akak lebih ingin nak merasa burger dengan shitake mushroom dan beef bacon. Suami memilih ribs. Airnya kami memilih 2 Mocktail dan 1 Shirley Temple.


Hidangan pertama diberi roti (french loaf white bread) bersama sapuan bawang putih. Tidak lama kemudian, tiba minuman dan makanan. Akak merasa satu ketul ribs dan menepati citarasa kami kelazatan ribs yang dipanggang garing. Dicicah pula dengan sos cili pedas. ( Ikut tahap pedas akak... ini biasa sangat... Tekak Omputeh yg tak tahan pedas.. siap ada lukisan berapi lagi kat botol cili tu...)





Tapi, jika dah makan banyak-banyak sampai 3/4 ketul... boleh muak. Sebab itu kami minta jus yang ada soda ada rasa masam-masam untuk menghilangkan muak. Akak mencuba burgernya dan suapan pertama memang mengasyikkan. Masuk 4/5 suapan, datanglah muak. Akak pula tidaklah menggemari sangat makan daging macam stik... sebab tu akak memilih sesuatu yang berlainan. Mungkin lain kali akak akan mencuba ikan pula....



Selesai makan, kami keluar dan jalan menuju panggung wayang. Sambil menunggu kami menonton tv yang menyiarkan preview cerita-cerita akan datang. Datang seorang pekerja Gold Class mengajak kami menanti di Lounge di hadapan panggung Gold Class. Katanya menunggu di sana lebih selesa. Memang selesa. Boleh memesan air dan makanan sambil menunggu.

Bila tayangan akan hampir ditayangkan, kami dijemput masuk ke dalam panggung. Dapat tempat duduk di hadapan tapi jarak antara Layar/Screen dengan kerusi kami agak jauh berbanding dengan kelas biasa kerusi hadapannya dekat sangat dengan Screen. Kerusi yang disediakan dengan remote elektrik untuk naik turun kerusi hingga posisi baring. Selesanya.... Sehelai selimut wangi dan bantal kecil di sediakan juga untuk keselesaan. Perut yang kenyang, mata dah berat... akak dapat tidur sebentar sambil menonton. Ada adegan yang akak tertidur. Bila adegan perang, mata akak besar kembali...


Selesai menonton hingga pukul 2 00 pagi. Keluar dari The Gardens dan tiba rumah pukul 2.30 pagi. Untunglah akak pergi suami isteri... kalaulah masih tinggal dengan arwah mak.... Maunyer kena kunci pintu dan akak harus kena tidurkat luar...
"Apa pasal balik pukul 230 pagi sampai rumah?... Dah tak ingat-ingat nak balik?Dah lupa jalan nak balik?....!@#$%$#^^&^&*(**0) - " ( Habislah akak kena leter...)

4 comments:

  1. Akak, mahap bertanya 'coros' tu apa ya??

    Sure you tak snore masa terlelap tengok wayang tu? heheh, kitorang dengar sampai kesini taw. Aisyah tak merengek nak ikut?

    ReplyDelete
  2. kak som,
    Coros tu adalah istilah perubatan yg biasa pakar-pakar jantung gunakan iaitu 'hari mereka buat prosedur angioplasty...' Biasa sangat dengar depa dok cerita coros-coros.... saya pun dah tak reti nak translate. Angioplasty ialah prosedur memasukkan belon kedalam salur darah yang tersumbat di jantung agar salur tersebut dapat di besarkan dan membolehkan peredaran darah. (Huh..berpeloh jugaklah doktor quek ni nak jawap.... pheww...).
    I pun tak sure i terdengkur ke tidak sebab lepas selesai cerita, i terus meluru keluar tak memandang2 ke belakang.....
    Aisyah sejak dah ada laptop, dah tak mahu mengikut i keluar macam dulu. Satu lagi kelebihan belikan dia laptop. ( Kenapalah i tak terpikir dari dulu?....- sambil memicit-micit kepala yang tak pening....)

    ReplyDelete
  3. kak som,
    Pembetulan.
    Setelah akak bertanyakan pada doktor sebenar, coros adalah hari prosedur angiogram dijalankan. Angiogram berbeza dengan angioplasty. Satu jarum/wayar halus dimasukkan melalui 'groin', kemudian masukkan pewarna untuk melihat melalui xray dimanakah salur darah yang mengalami block/sumbat.
    ( Maaf puan... saya belum dapat dr lagi.... baru 1/4 tahun dalam medic...)6 tahun lagi perlu belajar....

    ReplyDelete
  4. It's ok n tqvm Doc Rahmah, penerangan tersebut setimpal dengan pemahaman I yang ala2 nih, haha. Dulu suka gak tengok siri drama doktor kat tivi tapi sejak dah lanjuuuut usia, naik takut plak tengok drama2 cenggitu.

    Maaaaaakk.. wayar halus masuk melalui 'groin'? Ouchh.. (sambil menggerak2kan punggung kekiri kekanan bior elok perjalanan darah) ;-)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...