Sunday, December 20, 2009

Akhirnya..............


Pagi tadi, bangun tidur akak terasa nak bergolek-golek lagi. Aisyah yang seperti selalunya menjadi 'belanda mendapat tanah' masih tidur nyenyak disebelah akak. Dalam pada itu, handphone berbunyi-bunyi suara Aisyah yang telah akak rakamkan berbunyi... " Bukak sms..bukak sms...."

Sms dibuka dan mesej dari kakcik. Hmm kakcik sedang menunggu didalam kereta sementara cik abangnya masuk kedalam pasar Cho Kit mencari ikan, sayur, daging dan bekalan untuk seminggu. Kami dok balas-balas sms dan akhirnya bersetuju untuk bertemu setelah banyak kali mencuba hendak berjumpa tapi belum dijodohkan oleh Allah s.n.w.

Selesai mandi-manda.. kami suami isteri pun terus keluar rumah dan menuju ke Kg Baru. Perjalanan hanya mengambil 30 minit. Kakcik dan suami telahpun berada di tempat yang dijanjikan. Tiba di gerai nasi lemak kak syam, terus dapat tempat dan terus memesan makanan.

Sambil menjamu selera, kami bercerita. Rupa-rupanya, dalam dunia yang luas terbentang ni... suami kakcik iaitu abang mus mengenali saudara akak. Memang terkejut juga akak... Keramahan suami kakcik dan pandai berceritanya membuatkan suami akak pun suka berbual-bual dan perjumpaan pertama kalinya mereka seolah-olah telah lama berkenalan. Seperti kata kakcik.. kami yang dahlama berbual dalam alam maya ni pula yang seolah kehabisan idea nak bercerita kerana banyak berbual dalam alam maya.

Kak cik terkejut juga bila lihatkan nasi lemak yang di hidangkan begitu banyak. Tapi pada akak, dengan keseronokan berjumpa kakcik dan berbual mesra dengan suami kakcik, tak sedar nasi yang awalnya akak minta double. cepat sangat habisnya.... ( Bahaya ni... takut bukan akak sowang-sowang yang makan...)


Lihat sajalah gambar ini. Suami kakcik memang seorang yang mudah mesra.. gemar bercerita.. apapun topiknya.. ada saja bahannya. Bertuah betul kakcik dapat suami begitu.

Suami akak pun begitu orangnya. Kalau dia jumpa orang yang tak pandai berbual, sedikit sebanyak dia rasa tak seronok jugak. Ialah bila sepatah tanya, jawap sepatah....
Kita ni kan dari golongan peramah...

Sempat bergambar berdua depan kedai nasi lemak kak sham. ( Fa,... akak dah dapat jumpa kakcik.. nanti kita bertiga cuba nasi lemak Papparich pulak....)

Selesai berbual bila tuan punya kedai dah nak tutup kedai... kalau dia bukak sampai pukul 300 petang pun harus kami tunggu hingga pukul 300 petang. Maka haruslah kami menghentikan perbualan dan berpisah. Kak cik dan suami menghadiahkan kami beras special dari Bario Serawak tetapi maaflah kakcik, tak dapat pula nak bawa apa-apa. Tapi, kami berjanji akan jumpa lagi dan ini bukanlah pertemuan akhir..... ( Fa.... jangan jelezzz naaa... akak dapat jumpa kakcik dulu dan lebih selalu. Kan kakcik kan...????....)

Dalam perjalanan pulang dah terlanjor ada di Pusat bandar, maka dengan perasaan yang terpaksa ( dan seronok ) dan oleh kerana tak pernah masuk ke Pavillion... kamipun melencong ke sini... Memang benar bagai yang digambarkan. Pusat membeli belah yang banyak kedai makan antarabangsa....

Sebelum itu kami perlu menunaikan solat zohor agar nanti bila nak menyopping tidaklah terkejar-kejar. Mencari arah surau dalam Pavillion tidak sukar. Ada dua aras yang disediakan surau.
1. di B2 (basement 2)
2. di tingkat 05.
Kami memilih di tingkat 5 kerana mengikut lojik, selalunya surau di basement depa buat ala kadar sahaja.... Kami ambil lif hingga ke tingkat 5 dan cari arah ke surau.
Akhirnya ternampak tanda ini di pintu masuk surau...

Masuk saja mengikut arah ini, jauh di dalam suraunya. Cantik tempat ambil wuduqnya dan cantik kemas suraunya. Selesa....

Selesai solat, kami merayau-rayau melihatkan barang-barang yang ingin di beli kemudian hari nanti...
Jam menunjukkan pukul 245 petang... kamipun turun ke Carl Junior untuk pekena Burger Portabello yang sungguh sedap rasanya.... dengan cendawan shitakenya dan juga coney dognya yang dipanggil chilli dog. Memang puas hati...

Fries Carls Junior memang sedap... rasanya lembut dan segar berbeza dari fries yang dijual di Mc D dan KFC. Suami akak memang cukup suka fries Carls Junior.

Portobello Burger...

Selesai mencuci mata di sini, kami pun pulang.

13 comments:

  1. wah...seronok nampaknya akak borak2 ngan kakcik ni... :)

    ReplyDelete
  2. MIMI,
    Memang menyeronokkan sebab kakcik suami isteri memang mudah mesra...

    ReplyDelete
  3. eeeeee.....geramnyerrrrrrrrr.....(sambil kaki menghentak2 lantai dan meronta2). Sampainya hati awak awak dua orang tak tunggu kita !!!

    ooo..action betul akak ye, dengan bangganya menunjukkan gambor burger tuh! Mmmmm...

    ada senapang
    ada tuan
    nanti bila masa lapang
    fa pulak buat akak kempunan!

    kihkihkih

    ReplyDelete
  4. Hmmm...sorang sorang kamu dah jumpaaaaa.....huhuhu

    ReplyDelete
  5. Fa,
    ini sebab tunggu punya tunggu la hinggakan baru hari ni dapat jumpa kak chik... kan kak cik?....

    balik kampung bergegas-gegas
    hendak jumpa suami tercinta
    kalau boleh janganlah berbalas-balas
    ada rezeki jumpa lah kita.....

    ReplyDelete
  6. kak ezza,
    semuanya dengan izin Allah jua... ada yang kita berjaya jumpa... ada yang sampai la ni tak jumpa-jumpa....
    Apapun bila tiba jodohnya, dapatlah kita jumpa....

    ReplyDelete
  7. Salam...Akak seronok kalau kita dpt berjumpa dan berkenalan kan? Harap kita dpt berjumpa suatu hari nanti, insyaAllah. Take care yer.

    ReplyDelete
  8. Wakakaka..

    bestnya pantun Fa tu.. :)

    Adik..

    kakcik semalam balik tak makan dah.. cuma makan bun je. Dah dak kecik tu merajuk2 tak suapkan dia makan, suaplah juga. Petang semalam kakcik cuma masak asam pedas ikan tenggiri dan sotong goreng.

    Abgbob pulak keluar berjumpa kawan-kawan lamanya (katanya lbhkrg 50 org) di Setapak. Keluar pukul 6.00ptg - pukul 10.30mlm baru balik. Nasib baik kakcik tak ikut. :)

    ReplyDelete
  9. salam tengku betty,
    jika kita dapat jumpa memang seronok... berminat nak tanya ttg pokok black mulberry.... dan pendidikan anak2....(dah merangka nak borak apa...)

    kakcik,
    nanti nak rasa asam pedas kakcik lah....
    kakcik, elok kakcik rehat kak rumah.. kahar pun malam td jumpa kawan lama dari penang....

    ReplyDelete
  10. Salam kenal IBUnABAH

    seronoknya dapat berjumpa teman blogger... Saya ada komen di blog Kakcik SEROJA juga...

    ReplyDelete
  11. salam buat azieazah,
    akak dapat add azie pun dari blog kakcik...
    nanti kita berdating bertiga pula...
    akak bab2 berdating ni, memang suka....

    ReplyDelete
  12. Beshnya dpt jumpa2 mcm ni!! jeles aahhh!!

    ReplyDelete
  13. Ja,
    kalau turun puchong.... dah dekat dgn bangi... boleh jumpa juga....panjang umur, kita sure boleh jumpa....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...