Friday, December 11, 2009

Selangor cuti... akak tak da cuti...



Malas nya kena bangun pagi-pagi....kena mandi...kena siap pakai baju.....
untuk apa?.....
kena dialysis.....
Sampai bila?
sampai akhir nyawa.....
Dah bosan....

Kesian kat suami...
ari ni patut dia cuti...
kena siap-siap jugak
hantar akak ke hospital....
EEEEE..... dah bosan.....


21 comments:

  1. Jangan la gitu. Kena strong selalu. Orang lain subuh2 dah keluar, hari-hari, tolak stall untuk meniaga kuih. Anak2 ramai nak sekolah. Suami dah lama tinggalkan dia cari perempuan lain. Petang pulak, kerja kat rumah orang, nak tambah pendapatan. Badan pulak selalu tak berapa sihat. Pening2, sakit2 badan. Nak pergi klinik swasta, mahal. Telan je panadol. Kadang2 jual aiskrim kat anak2 jiran. Nak pikir pasal diri sendiri pun tak sempat. Baju baru? Kasut baru? Tak pernah terlintas pun dalam fikiran. huhuhuhuhu....janganlah bosannnnnn....

    ReplyDelete
  2. Jangan malas2...
    lepas ni nak balik ke Melaka, kan? :)

    (rasa mcm nak pujuk En. Suami - nak ajak gi Melaka esok.. ziarah kawannya yang sakit di Semabok)...

    ReplyDelete
  3. fa,
    kisah mana fa amik ni?... bersamamu?....
    (seronok baca kisah ni... ada sambungan?)

    kakcik,
    apa kata esok kakcik datang melaka... pergi semabuk lepastu kita jumpa kat medan ikan bakar, umbai.. (malamnya...)
    semabok - umbai dekat jer....

    ReplyDelete
  4. Ooo... sabarlah Akak.

    Ada insan yang lebih susah lagi... sekurang-kurangnya akak boleh masak dan urus rumah tu untuk suami dan keluarga. Tie doakan akak terus bahagia...

    ReplyDelete
  5. Tie,
    terima kaseh atas kata semangat dan doa...

    Fa/kakcik/tie
    Sayang pada semua.
    Terima kaseh......

    ReplyDelete
  6. Akak, I ambik sikit 'semangat' kental you tu. Tau tak sejak I kesini, I dah berubah jadi lebih dot3. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. kak som..
    ambillah kalau ada 'semangat' kental tu...
    (peratikan juga kat mana?....)

    ReplyDelete
  8. Hajah nak ke melaka esok ke? Saya pula nak ke batu pahat, ada majlis kahwin anak saudara.

    ReplyDelete
  9. salam akak
    ida mintak maaf..tak tahu pun akak ni ada sakit yg terpaksa dialysis..sabarlah akak tu saje yg mampu ida katakan....

    akak ni org melaka ke?melaka kat mana?seronok lah bila jumpa org senegri kat sini...

    ReplyDelete
  10. Salam Rahmah, hentikan menyebut perkataan 'BOSAN' sebab ia membunuh positive thinking and positive attitude. Take care sis, you have yr children and hubby who loves you and need you.

    ReplyDelete
  11. kak nora,
    saya memang dah ada kat melaka ni... tak apa... melaka ni memang kampong... bila-bila nanti saya akan singgah...

    Ida,
    suami akak kampong nye di Pernu... kita memang sekampung juga.. akak ada baca blog ida dari awal.. akak dah tau ida orang umbai.....
    teima kaseh ida....

    kak nani...
    Thank you... sebab tu saya suka baca blog kak nani sebab you're positive.... semangat kak nani memang kuat...

    ReplyDelete
  12. Saya kagum dengan semangat puan dan ketabahn suami puan. Cerita puan sedikit sebanyak memberi motivasi kepada saya.

    Teruskan hidup dengan ceria.

    ReplyDelete
  13. Akak, I ada sorang kenalan ni, a blogger gak.. Dah berbelas thn sakit.. Katanya, kalau x ckp iman dah lama dia terjun bangunan ke sungai ke.. Tp kan Akak, dia ni manusia yg ckp positive-thinker.. Katanya, don't worry, dia akan hidup lama lagi!! I tanya dia, mana u tau? Jwb dia, I just know!!

    Akak pun kena kuat semangat.. Tuhan menguji hambaNya dgn cara yg berlainan.. Bkn mudah nak ke syurga..

    ReplyDelete
  14. Bosan bagi orang yang tak ada semangat,cuba fikirkan yang baik2,seronok tengok anak2 membesar,berjaya dalam pelajaran lepastu suami pula sayang kat kita.Bahagianya rasa nak hidup beratus tahun lamanya.

    ReplyDelete
  15. Zool,
    kalau bukan sokongan yang begitu kuat dan padu dan kasihsayang dari suami, akak memang dah lama tumbang. Syukur ALhamdulillah.. Allah beri suami yang cukup baik dan penyayang.. Dialah yang menjadi penguat semangat akak meneruskan hidup...

    Ja,
    terimakaseh atas kata-kata semangat u...

    Kak zai,
    Insya'allah... saya akan menjadi lebih kuat bla mengingatkan segala-galanya.... suami juga pernah mentioned nak hidup tua bersama-sama... lihat anak kawin... insya'allah.

    Abu muaz....
    insya'allah dan terima kaseh....

    Terima kaseh semua..... Saya sayang dan menghargai kata-kata nasihat anda semua....

    ReplyDelete
  16. Ha la kak. Kene kuatkan semangat k. Takmo bosan2. (pandai je aku ckp org. aku sendiri pon dh bosan tetiap bulan adap doc. huh!) :P

    kak, ai tanye leh tak? sakit tak wat dialisi tu?

    ReplyDelete
  17. salam akak,

    biru faham perasaan akak
    sebab mak pun camtuh

    sabar ya,
    tentu ada hikmahnya kan kak

    oooooooo
    cenggitu ya bilik unit hemoD
    kat kemaman lain
    kerusi rapat2
    ada 10 semuanya
    mereka2 semua juga rapat
    cam keluarga dah
    heeeeeeeeeee

    sabar n tabah ya kak

    semoga akan ada keajaiban buat akak
    amin

    ReplyDelete
  18. Ai,
    masa proses nak cucuk jarum ke lengan, memang sakit... Jarum bukan kecik2 jarum... tapi bila dah biasa... walaupun sakit kena tahan gak... Ada yg tak tahan sakit.. tak malu2 menjerit... Kdg memang akak pun terasa sakit tapi takkan nak jerit... susah S/N dan M/A nak buat kerja...

    birU,
    Kat serdang, memang begini kedudukannya.. tapi di melaka dan langkawi.. lain pula... nanti akak nak cuba kat kemaman pulak...
    Terima kaseh buat Ai dan birU....
    Akak cukup menghargai kata2 anda....

    ReplyDelete
  19. bila baca tentang sakit ke tak sakit
    terharu lak saya
    saya cuba nak cabut jarum kat lengan mak
    tapi saya takut
    takut dia sakit
    last2 panggil nurse gak cabutkan
    jarum mmg besar
    mak dah lali kot
    lagi kesian bila darah keluar
    lengan mak dah bengkak2 lebam
    kulit makin kecut, nipis dan makin gelap

    hmmmmm

    ReplyDelete
  20. birU,
    akak sendiri pun tak berani nak cabut jarum dialysis...
    lengan memang akan bengkak bila selalu cucuk...
    kulit juga akan makin hitam...
    huhuhuhu...
    dulu anak2 lepas mandi swimming pool selalu hitam kena matahari... jelez ngan akak sebab akak tak mandi tak kena panas... kulit okay..
    sekarang... akak lebih hitam dari mereka....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...