Sunday, December 6, 2009

Hari Sabtu.

Beliau juga adalah pemilik tadika ilhamputra di precints 9.

Dalam kesibukan beliau sebagai Pensyarah Kanan di UiTM, beliau gemar menanam bunga ros kerana terdapat berbagai-bagai jenis bunga ros dihalaman rumah beliau.

Akak memesan air ribena lycee dan kalsom memesan air karot.



Terus terang cakap, dalam masa 29 tahun... u masih seperti I kenal dulu....


Tengahari semalam, setelah sekianlama teringin hendak keluar bersama teman lama, akak pun membuat temujanji dengan beliau. Akak mengenalinya ketika usia kami sama-sama 16 tahun. Bayangkan 29 tahun yang lalu kami pernah menjadi kawan baik, sering keluar bersama dan menonton wayang bersama. Kami berkenalan kerana sama-sama mewakili sekolah masing-masing dalam Persatuan Bulan Sabit Merah. Akak adalah Pengerusi Persatuan di Sekolah akak dan dia adalah Pengerusi Persatuan di sekolahnya.

Setelah sekianlama terpisah kerana masing-masing sibuk dengan melanjutkan pelajaran dan bekerjaya, baru-baru ini akak mencarinya melalui 'facebook'. Tidak susah hendak mencari beliau kerana beliau juga mempunyai 'facebook'. Kerjaya beliau sebagai Pensyarah Kanan di Uitm, memudahkan lagi untuk akak menghubungi beliau. Jawapan yang diterima positif dan kami menyambung kembali persahabatan kami yang tertinggal suatu masa dahulu

Kay..., kita dah sama-sama meniti usia dan sama-sama pernah berkawan baik dahulu... marilah kita teruskan semula persahabatan kita. Terima kaseh kerana sewaktu saya di rawat di CCU, awak sempat meluangkan masa datang menziarahi.

Satu perkataan yang buat saya ketawa besar semasa awak berkata , " Ala... saya bukan baru semalam kenal awak...". Mudahkan kita meneruskan persahabatan kita.

Jadinyer tengahari semalam kami pun berjumpalah di Alamanda, Putrajaya. Setelah berbincang kamipun bersetuju untuk duduk berbual-bual di Restoren Penang Village. Kami duduk berbual dari pukul 1130 pagi sehingga pukul 330 petang dan kemudiannya kami kerumah Kalsom untuk memudahkan Kalsom menunaikan solat zohor dan mengetahui rumahnya agar senang nak berkunjung dimasa akan datang.

Kami pula banyak cerita yang ingin diceritakan sejak 29 tahun dahulu dan masa kami bertemu tu seakan tak cukup lagi nak merangkumi 29 tahun yang hilang dari kami. Apapun, kami akan selalu bertemu.




2 comments:

  1. Manisnya NAMA kawan you tuu ...

    P/S: sambil :-) semanis kurma

    ReplyDelete
  2. kak som,
    sungguh manis..
    memang manis...(muzik/tempo lagu musliha)
    i mmg suka nama tu..(senyum2 malu...)

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...