Thursday, December 17, 2009

Klinik gigi...dan doktor handsome....

Cerita kami pergi ke Melaka ni memang menarik, akak asalnya nak bawa makcik Ramlah jalan-jalan ke Melaka dengan cucu-cucu sedaranya tapi anak saudaranya (mak kepada along,nani, wan dan rais) pun hendak turut serta. Mulanya kami mandi manda di Airterjun Sungai Gabai pada paginya... tengaharinya kami ke Melaka... First and last outing beramai-ramai ( makcik Ramlah memang tak suka berjalan-jalan...)

Gambar abangnya Redwan dapat sikit...

Gambar kakak sulungnya... Along ....

Berbaju hijau.. kakak keduanya ... nani....

Akak dan Rais di melaka...

Masih di melaka dan Bukit St Paul...

Semasa harijadi abangnya Redwan 13 tahun. Rais yang tukang potong kek....

Kek coklat ini ditaja oleh zuraida...

Buahhati kami semua....


Pagi ni akak sengaja bangun lambat2 lepas solat subuh... tapi sebab dah selalu sangat tak dapat tidur balik lepas subuh kecuali semasa ABC (Allah bagi cuti..), dalam pada lambat2 tu.. cepat jugak... taklah merasa macam sihat dulu boleh tidur sampai zohor...selesa....(Itu yg naik badan dekat 70kg...).

Jadinya bila dah bangun, terpaksalah menemankan anak dara kedua yang dah berlubang giginya ke dentist. Teringat pulak anak sedara akak yang handsome sedang buat praktikal kat kelinik kesihatan BBBangi, akak pun ingin kesitu... bila dah tua ni, keupayaan dah kurang suka buat kerja 2 dalam 1... ( Tak gitu kak som...) Cadangnya sambil menghantar anak tampal gigi, akak boleh jumpa doktor teruna paling handsome.

Marilah akak cerita tentang doktor handsome ni... Dia dilahirkan dalam tahun 1986. Masa tu akak baru umur 22 tahun. Baru kerja... Bila ada duit dalam tangan, hmm seronoklah bawa anak sedara jalan-jalan.... Dia pulak teramatlah cute. Bertambah vanggalah bila bawa dia berjalan-jalan. Bila naik bas, akak sure dapat tempat duduk kerana orang kesian nengokkan mak muda bawa anak kecik naik bas... (Seronok betul akak bila cuti ajer... akak suka heret doktor ni kehulu hilir... tempat kegemaran BBPlaza...). Kisah ini lanjutan limpahan kasih dan sayang dari perbuatan ibu Rais terhadap akak semasa akak masih kecil, masih cute, tersangatlah comelnya .....(melebih-lebihlah pulak ) emak Rais akan membawa akak berjalan-jalan menonton wayang, pergi zoo dan menyayangi akak sebagaimana akak menyayangi anak-anaknya...

Bila keluarganya berpindah ke satu tempat jauh.. kami putus hubungan. Dengan keadaan dunia begitu sibuk dan sendat dengan manusia, kami taklah berjumpa. Hinggalah pada suatu tengahari ketika kami anak beranak sedang makan tengahari di Carls Junior di MId Valley, terpandanglah akak satu kumpulan anak muda yang terdiri dari 2 perempuan dan 2 lelaki sedang duduk makan dan berbual-bual disatu meja depan dengan meja kami. Akak tenung lama-lama anak muda tersebut, nampak macam kenal.. rupanya memang tak berubah sejak dari akhir akak lihat wajahnya ketika dia berusia 5 tahun.... Dia kelihatan agak gelisah juga kerana maunya tak tersedak, muka macam tu punyalah handsome.. adalak satu pompuan tua dok renung tajam... tak naya ker....

Gelisah sekali akak lihatkan gayanya. Taklama kemudian, kami yang selesai menghabiskan burger-burger di Carls Junior tu, menghampiri meja budak handsome tu...

Suami : Nama awak Mohd Rais bin .............. yer?

Budak Handsome : Saya... (Sambil teragak-agak.... aku nak kena tangkap ker ni?... siap tahu nama penuh lagi...)

Suami : Ingat tak dulu keluarga awak ada tinggal di .................?

Budak Handsome : Yer.... Pakcik siapa?

Suami : Ingat tak makcik .................?

Budak handsome : ( Ingat-ingat lupa.....)

Akak : ( Akak pun menerangkan hubungan ibunya dengan akak... tanyakan kabar kakak2 dan abangnya..)

Selesai pertemuan itu, akak masuk hospital kerana paru-paru dah terendam dengan air hingga akak tak boleh bernafas. Dia yang akak beritahu, kebetulan buat praktikal di Hospital Serdang waktu itu turut memberitahu ibu dan kakak-kakaknya. Hari yang paling membahagiakan bila ibu dan kakak-kakaknya datang menziarah ketika akak di CCU. Tangisan bahagia kerana akak betul-betul merindukan mereka sekian lama. Kedatangan mereka pada petang itu cukup membahagiakan akak dan kalaulah hari itu adalah hari terakhir dalam hidup akak, akak redha....

Itulah kisahnya. Bila kita dah satu keluarga, rapat dan saling sayang menyayangi satu waktu dulu ( Kakak-kakak dan abangnya memang dalam jagaan akak dahulu... mereka adalah cucu kepada emak saudara akak yg sama-sama membela akak jadinya hubungan kami macam anak beranak juga....)

Berbalik kita pada kisah gigi.

Akak pun pergilah ke Pusat Kesihatan BBBangi. Ingatkan nak terjah aja doktor handsome tu... tapi takda pula. Akak hantar mesej, dia jawap dia ada kat kolej. Hmm takda rejeki nak jumpa. Akak siap bawa camewa lagi ingatkan nak bergambar dengan doktor handsome... ( Ari tu masa doktor handsome datang ziarah akak kat CCU, camewa tak der.. tak dapat bergambar... bagus punya pesakit... duduk CCU.. ambil gambar lagi... kena antar wad biasa bawu tau...)

Okaylah.. akak pun daftarkan anak dara tu. Olehkerana dia budak sekolah, takda bayaran yang dikenakan. Lihat nombor giliran macam banyak lagi dan kebetulan pulak orang pun ramai. Tapi 20 minit kemudian, pergerakan nombor agak pantas. Minit ke 40, nombor kami naik... Kira okaylah juga.

Selesai sarapan di restoren berhampiran, kami mengorak langkah panjang ke Komplek PKNS. Dapat belikan suami tercinta sehelai kemeja lengan pendek. Memang selalunya akak yang beli baju-baju dan seluar suami tapi dahlama rasanya akak tidak berkesempatan nak keluar membeli pakaian buat suami. Kini bila kesihatan dah mengizinkan, akak berpeluang semula memilih baju dan seluar buat suami tercinta.

6 comments:

  1. (sedang membayangkan tgh nganga molot tunjuk gigi yang bersopak mengadap doktor yg encem)

    ReplyDelete
  2. AI,
    akak lupa cewita.. doktor tu bukan doktor gigi.. doktor perubatan... buat attachment kat klinik kesihatan yg satu bangunan dengan klinik gigi. Doktor gigi tadi kata anak akak pompuan.... hehehehe mlopas...

    ReplyDelete
  3. Akak, I ada terasa pilu sikit bila baca citer you nih. Takperlah, biar citer itu bersemadi dilubuk hatiku sensorang .. auww.

    Akak ada mensyen 'kak som', adakah itu cik som blogger atau cik som your ol'fwen??

    ReplyDelete
  4. kak som,
    i banyak kenal nama kalsom.. kalau i letak nama penoh kalsom...- maknanya kawan i yg i kenalkan minggu lepas.
    kalau i guna kak som... kawan blogger i yg i kenal hanya di alam maya( Ajak dating tak dapat-dapat, dah macam helah i guna...)

    ReplyDelete
  5. Cutenya budak tu tak hairanlah bila dewasa dah jadi hensem.Pasti semua pesakit cepat sembuh kalau dia yang merawat.

    ReplyDelete
  6. kak zai,
    ciri-ciri macam ustaz tu yang buat pesakit jadi sejuk bila doktor tu yg rawat...ALhamdulillah, berkat didikan ibunya dan iman... dia akan menjadi seorang doktor yang berilmu dan beriman.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...