Friday, December 25, 2009

Macam-macam rancangan.

Pagi ni akak tiba awal sikit dari biasa untuk dialysis. Suami akak takda makanya akak memandu sendiwi ke hospital. Sebagai peneman, akak bawa qeeb bersama-sama. Hajat dihati nak jalan-jalan ke BBSalak Tinggi. Tapi selepas dialysis, B/P agak rendah dan akak tak berani nak merayap kemana-mana. Singgah Warta dan Qeeb turun singgah beli simkad yang baru dan kemudian kami ke seksyen 4 untuk menjamu selera. Tekak akak teringin nasi kandar... Kalau kat Penang, seminggu sekali akak, Intan dan Ani akan ke bandar Georgetown untuk pekena nasi kandar special. Mungkin kerana dah terbiasa, bila duduk Bangi ni, akak singgah jugak makan nasi kandar di mana-mana yang dirasakan sedap pada tekak.

Tadi akak tidak rajin mencari lauk yang tertentu, akak teruskan juga makan di satu kedai ni. Apa yang biasanya menjadi penarik kedai nasi kandar adalah lauk-lauk seperti telor sotong, telor ikan dan goreng peria tak ada... Hmmm hampa betul. Tapi mujurlah kari dan pappadom ada... Lauk feberet akak yang selalu akak cari di kedai nasi kandar ialah telor ikan. Kalau Nasi Kandar Kg Melayu, ayam kicap dia memang special setelah nasi tersebut basah dengan kuah semua taruk.

Bila kita dah pernah merasa yang sedap, sering teringat-ingat. Antara yang sedap nasi kandar di Penang ialah di Nasi kandar depan 7 Eleven Gelugor, Nasi Kandar Kg Melayu, Nasi Kandar belakang Maybank, ..... Bilalah nak ke Penang lagi ni?...
( Harus sebelum sekolah dibuka... harus akak mahu ke Penang... windu.... pagi-pagi mesti pekena mee sup di Pasar Tun Sardon, Tengahari pekena mee goreng mamak kat Rope Walk, petang pekena oyster telor kat Astaka dekat jeti, malam pekena nasi kandaq kat Restoren Hamidiah... eh tak buleh... silap......
Tengahari pekena nasi kandaq Kg Melayu.... lepas tu mee goreng mamak kat rumah mak mertua intan Ayer Hitam pun kena makan jugak... Habis tu makan tengahari kat sebelah maybank gelugor?...Nasi kandaq kat Jln Queen Street tu?..
Dah pening.... Tolong...tolong.... Tak tahu mana satu...)

P.S. Nasi kandar di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang restorennya setentang dengan honda showroom, ada lagi tak?.... sesiapa boleh bg maklumat?... Akak nak pergi serang lah...

9 comments:

  1. mmmm....nasi kandar, ye. Dulu masa fa kerja kat KUBB, depan office ada restoran mamak. Sekali sekala memang pekena nasi kandar. mmmmm.....nasi kandar, nasi kandar.....(sambil mengurut dagu)

    ReplyDelete
  2. Salam Rahmah, Hang la kalau cerita pasai makan, buat kak nani susah tau.... Tak pasai2 terjebak sama teringin nak tu nak ni!!! He he he
    Nasi Kandaq??? Mesti pekena lah...

    ReplyDelete
  3. Salam Adik...

    (lari tajuk ni) sms yang adik hantar kat kakcik kul 10 lbh pg td, pukul 5ptg baru masuk.. wat hepeng ek??

    ReplyDelete
  4. Fa dan kaka nani....
    Saya dulu sebelum duduk penang, taklah minat sangat nasi kandar, tapi bila dah bergelumang dengan depa.... sedikit sebanyak terpalit juga.
    Bila kawan-kawan dok tunjuk tempat makan sedap-sedap, maunya tak cuba?.. Itu baru setakat nasi kandaq saya bukak ceghita... belum mee goreng mamak... Tu dia... meleleh ayaq lioq kalau cheq ceghita.......
    Kak nani, saya tau kak nani peminat makan-makan macam saya, kalau saya tunjuk nasi kandaq belakang maybank jalan queen street, penang... sure kak nani suka... Jom kita ke penang.....

    kak cik,
    apa masalahlah handphone saya ni. Kdg2 sms kahar bg saya pun dah sampai umah baru terima... saya pakai maxis, dia pakai digi... entah siapalah sangkut ni?...
    Do no wat hepeng also......

    ReplyDelete
  5. Akak dengan KakCik ada satu persamaan yang nyata. Bab makan memang terrorist

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Nasi kandar Penang memang sedap , tadi telan air liur baca blog kak zaitun , ni meleleh air liur teringin nasi kandar ..hehehe.

    ReplyDelete
  7. zool,
    setakat pengganas makanan, kira lumayan jugak kan... pewut kenyang senang hati.... :-)
    Dah sihat?... Bila datang KL, akak sanggup menunjukkan tempat makan yg zool berhajat iaitu Papparich dan Nasi Arab Saba'.

    Salam silversarina,
    terima kaseh menyinggah.... Saya kalau bab makan,.... tak pernah tak cuba... saya yang dok terkenang ni, lagi meleleh-leleh bertempayan air liur sebab dah pernah rasa kesedapannya...

    ReplyDelete
  8. Nasi Kandar oh nasi kandar.. saya tak ler berapa minat. Seadanya. Sekali sekala..

    Dulu kalu pi Rope Walk, suka pekena Laksa atau Char Kuey Teow dan ABC. Atau Tandoori di Kapitan. Perhhh...

    ReplyDelete
  9. Azie,
    kalau dapat yang sedap, memang kena dengan selera... mesti ter windu-windu macam akak ni...
    Kat Rope Walk, akak paling suka mee goreng mamak dia... dia goreng guna api arang... wangi...
    Laksa kat rope walk pun power jugak....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...