Tuesday, December 1, 2009

Tetamu.

Dari kiri: Nadia, Aiman, Ain dan Aisyah


Pagi ini SIL datang membawa kuih lapis yang dah berdekad akak cuba nak buat. Lihat resepi, beli tepung. Lepas tu simpan tepung selama beberapa lama... sehinggalah teringin nak makan chekodok.. maka tepung itu jadi chekodok...takjadi nak buat kuih lapis (kuih genggang or kuih loyang or kuih rumah pangsa).

Bila masuk waktu makan tengahari, seperti yang dijanjikan kami pun pergilah ke Restoran A Hassan Ayam Kampung tapi restorannya tutup pulak. Kami pergi pula ke restoran Lengkuas di seberang jalan. Akak memesan ABC tetapi penggunaan pewarna sungguh mengecewakan dari segi rasa dan warna. Lauk pauknya, kira biasa-biasa saja.

Selesai makan, akak membawa SIL dan suaminye ke kawasan sekolah seksyen 7 untuk membali rojak sotong tetapi hari ini tutup pulak. Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Seksyen 4 Tambahan membeli rojak dan ada berita gembira kerana rojaknya dah mempunyai sambal sotong. Memang sedap. Ada hikmah juga bila gerai rojak sotong di depan sekolah tu tutup. Akak pernah ke gerai bawah pokok ini dahulu tapi rojaknya tiada sotong. Sungguh mengecewakan... tapi sekarang dengan adanya sotong dan ABC...... Horeyyyy.....(Akak sungguh bergumbira... Mari tepok tangan sama-sama.....)

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...