Tuesday, January 5, 2010

Tak Berani...


Bila tengok-tengok semula gambar lama pergi jalan-jalan cuti baru ni... adalah gambar ini. Kami ambil dari jauh di kaki gunung Machincang, Langkawi.

Bila dah berumur begini, perasaan nak menaiki semua itu ( cable car ) dah kurang. Nak naik tempat tinggi-tinggi macam tu dah tak kuasa. Masa kami tinggal di Pulau Pinang dulu, tiapkali ada sedara mara datang, Penang Hill ( Bukit Bendera ) menjadi tempat yang akan kami bawa mereka.

Samalah ceritanya dengan cable car di Langkawi ini. Kami sekadar melihat dari bawah dan sayup ternampak stesen cable car nun jauh di atas sana. Perasaan nak sama-sama naik ke atas dah tiada. Tak tahulah bagi pihak anak-anak. Mudah-mudahan janganlah mereka merasa teringin dan sedih sebab tak dapat pergi hari tu.

Pertama sekali yang akak pikir, kot-kot akak kuatkan hati dan semangat ikut sama naik keatas tu. Tiba-tiba jadi sesak nafas... memikirkan nak dapatkan bantuan untuk turun segera, mungkin tak mudah... ( Ooooo tak sanggup nak memikirkan...)

Masa muda belia dulu beranilah juga akak naik segala macam permainan bahaya di Genting tu, tapi bila dah tua macam ni terasa sayang nyawa. Teringat juga masa dah beranak pinak ni, kami naik roller coaster Scooby Doo di Movie World, Gold Coast... terjerit-jerit akak bising minta anak-anak tutup mata dan pegang kuat-kuat.... Itulah kali terakhir akak terkena sebab tak sangka 'Scooby Doo' roller coaster tu begitu teruk perjalanannya... menyeramkan. Ingatkan perjalanannya baik-baik dan pelan-pelan....( Dahlah... tak mau lagi mengenangkan... sungguh mengecutkan perut...).

Jadinya selepas dari kejadian tersebut, untuk naik apa pun kami dah berjaga-jaga. Di Langkawi... kami hanya berani pandang dari bawah....


Sedang berpesan dengan anak-anak, kita tak perlu menghadapi sekali lagi...(mcm kat Movie World..)


No comments:

Post a Comment

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...