Friday, January 15, 2010

Kisah hari ini...

Selesai dialysis, akak dan suami terus ke Cyberjaya... teringat nak makan roti bakar yg sedap tu...( Fa patut cubalah....). Berkejar-kejar lah jugak sebab waktu solat Jumaat pun tak lama saja lagi. Tengok jam ada masa nak makan dalam 45 minit..lepas tu memang kena lari ke masjid besi Putrajaya.

Tiba di Papparich, terus order makanan dan air. Suami orderkan air soda laici... Hmm tengahari panas-panas... memang jalan...

Roti Bakar susu pun mengiringi...

Lihatlah sibuknya orang ni... mana nak makan, mana nak minum... mana nak jawap handphone...

Nasi ayam pilihan kami berdua...

Memang menyelerakan...

Selesai makan, masih ada masa hendak pergi solat Jumaat di Putrajaya. Tapi dalam perjalanan keluar dari Papparich, akak ternampak ada beberapa orang yang menaiki motor memakai songkok dan baju melayu, akak minta suami ikut mereka. Tiba di depan Balai Bomba Cyberjaya, kelihatan banyak kereta di letakkan di kawasan dalam dan luar Balai Bomba. Ternampak pula ada sebuah masjid/surau ditengah-tengah kawasan bomba tersebut. Akak cadangkan suami agar tidak berkejar ke Masjid Besi Putra Jaya kerana takut nanti tak sempat. Suami bersetuju dan terus masuk ke dalam untuk solat. Akak tunggulah dalam kereta..... (Biasa sangatlah tu...).

Selesai solat, kami pulang ke rumah kerana hendak mengambil beg pakaian untuk di bawa ke Singapura. Untuk menjadi peneman akak balik selepas menghantar suami, akak mengajak Aisyah dan Qeeb untuk bersama-sama ke pejabat abahnya dahulu dan kemudian ke stesen ERL, Putrajaya. Sementara menunggu abahnya mesyuarat, inilah kerja anak dara kecilnya....

Pejabat ini pernah menjadi nursery untuk Aisyah sewaktu ketiadaan bibik. Aisyah dan Qeeb menanti di bilik ini sementara akak dialysis di tingkat bawah.

Macammana?.. Ada harapan tak untuk Aisyah menjadi pakar jantung?....
Insya'allah....



11 comments:

  1. insyaallah Aisyah akan jadi pakar jantung satu hari nanti..paling tidak seorg doktor yg sgt cute dan berjaya..ada gaya tu...

    ReplyDelete
  2. Kalau pun tak menjadi pakar jantung, semoga Aisyah akan berjaya dalam kehidupannya dan menjadi seorang profesional. Insya Allah.

    ReplyDelete
  3. ida dan kakcik,
    terima kaseh..saya turut mengaminkan....
    apapun biarla Aisyah jadi seorang muslimah dan anak yang solehah....

    ReplyDelete
  4. Papparich lagi? Adoiiii...soda laici? Bestnyerrr...Akak nanti kita pegi dating ye...eeeeee...bila tu ye?

    ReplyDelete
  5. fa,
    yup...bila2 fa dtg KL... akak bawa gi papparich...ok?..

    ReplyDelete
  6. Adoi... tengok air soda laici tu terliur pulak !

    ReplyDelete
  7. tie,
    memang sedap...minum tengah panas tengahari... puas....

    ReplyDelete
  8. kak....
    roti bakar susu nampak sedaaaaaaaaaaap sgt!!!
    n
    aisyah..sangaaaaat comel...

    ReplyDelete
  9. Kak Zai pun dah makan kat papparich tu oklah.Nak cari lagi yang sedap2.

    ReplyDelete
  10. Salam hajah,
    Air soda laici...pasti hilang dahaga...tapi perut boleh tahan ke?

    ReplyDelete
  11. IS,
    roti bakar papparich memang special... rotinya di potong tebal, bila dibakar atas bara arang..wangi sangat.... itu yg buat teringat-ingat....

    Kak zai,
    untunglah kita duduk KL ni, byk pilihan... tapi kat Penang dulu pun kami puas jugak makan sedap2...(sedap cara penang pulak...)

    kak nora,
    soda yang digunakan soda tanpa gula...alhamdulillah perut saya boleh menerima...soda ni memang dah banyak cara saya minum, ada bercampur dengan strawberri..lemon... timun.. semuanya kena...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...