Tuesday, January 5, 2010

Teman akak semasa Dialysis


Setiap pagi Isnin, Rabu dan Jumaat... akak keluar pagi-pagi sama seperti Uolls (yang bekerja) pergi kerja. Akak pun macam orang bekerja jugak kekdahnya..( Kak som...finally..i dapat guna faberet word u ittew....) Ini kira ofis akak jugak lah.

Masa mula-mula akak dialysis dulu (sekitar bulan September tahun 2008), akak hanya ditemani dengan surat kabar dan majalah-majalah... 3 bulan pertama, setiapkali dialysis suami akak akan menemani termasuklah kadangkala Dr Ainol datang ziarah dan duduk berbual sebentar. Kini Dr Ainol dah pulang ke kampung halamannya dan bertugas di sana pula. Tapi kebelakangan ini akak lihat Dr Annam pula yang rajin jenguk singgah dan tanya kabar akak di sini.....

Setelah akak mulai biasa dengan kehidupan 'dialysis', suami akak mengenalkan laptop buat akak. Mula-mula suami memberi laptop 'shift' tetapi olehkerana saiznya yang kecil comel buat seorang yang sudah berumur ini, memang tak sesuai. Suami kemudian memberi laptop Acer Aspire, juga olehkerana papan pemukanya kecil juga maka masih tak sesuai untuk akak.... Akhirnya suami memberikan laptop kesayangan kepunyaannya iaitu Vaio dan bermulalah kehidupan akak sebagai blogger tegar.....

Inilah pemandangan ofis akak pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat. Setiap 4 jam, akak akan bersiaran dari sini.....

Kelihatan sama ialah Sony Walkman MP3 - juadah untuk telinga

Beginilah rupanya tangan kiri yang di cucuk dengan satu jarum untuk mengeluarkan darah dan di cuci melalui mesin dan masuk semula pada jarum lagi satu...


Tutup termos/cawan untuk bekalan air panas...

P.S.
Lupa nak cerita.. walaupun akak tak boleh ambil cuti tapi bila time lunch... meriah...macam Uolls.. Sebut ajer nak lunch kat mana... akak pergi dengan roomate akak, manakala uolls dgn officemate.... tapi cuti ajerlah rugi... cuti am ke, khas ke... i mengadaplah mesin ittew jugak.....

9 comments:

  1. mmmmm....rasa best la pulak sbb akak boleh bersantai 4 jam melayari blog. Tak payah nak menyelit2 dgn kerja2 rumah, pas tu, the lappy is all yours.....nantikan, one fine day fa nak temankan akak buat dialysis. Bukan apa, boleh fa tumpang pakai laptop tu for 4 hours!! Sementara tu, akak dengor le walkman tuh...kikikiki.....

    ReplyDelete
  2. Salam Adik..

    kiranya menaip guna sebelah tangan saja lah?

    Adik nak makan asam pedas ikan apa? InsyaAllah, kakcik akan cuba masakkan. Sedap ke tak tu tak tahula.. ;-)

    ReplyDelete
  3. Fa,
    boleh sesangat... fa takkan sempat nak guna lappy akak sebab dalam masa 4jam ittew.. akak akan ajak Fa berborak... fa tak sempat nak memandang lappy pun....
    fa ketawa kikiki... akak nak ketawa lagi besor...
    kakakakakkaka......
    (semalam akak duduk menunggu suami depan lobby hospital, beboraklah dengan orang telok intan... sedapnya... makcik tu buka lorat daerah perak pekat... ada ayat semedang... udah macam kenai lame teman.....
    orang perok ni kalau dibawa berbuai - asyik...)

    ReplyDelete
  4. kakcik,
    apa sajalah masak asam tumis ikan, saya suka lebih2 lagi kalau pari...(yg bahagian nipis-nipis... kecor mulut teman...)

    ReplyDelete
  5. Ewah.. mike nak ajak teman bersembang loghat peghak ke?? Jumaat ni teman nak pegi jumpa Dr. S, kalo abih cepat teman nak ngajak tunang (org kuale kangso, kalo kata tunang tu maksudnya suami) teman ke Hospital Serdang. Sambey itu buleh le intei2 Dr. Pakar Ortho kat situ... :)

    ReplyDelete
  6. kakcik,
    ater.. memang mike org kuale kangso... sedap sangat ler sembang loghat peghak...
    tadi teman lupe pertanyaan mike... memang ler teman menaip sebelah tangan.. ater tangan dah melekat kat kerusi dan mesen.... nak digherakkan bukan buleh... habis menyembor daroh ke muka teman pulak... idak ler....
    kalo datang sini elok sangat ler... intei-intei ler doktor yang mana buleh buat bagi baik belakang mike tu... lama sangat menanggung sakitnyer...
    Kawan teman Dr Ainol, dah selesei dah buat betullkan tulang belakang... selesa katanya sekarang tak sakit-sakit lagi....
    Mana-mana yang baiklah...teman mencadangkan ajer.. keputusan tangan mike...
    (nanti kalu sampei, call lah teman... boleh juge kita jumpe...)

    ReplyDelete
  7. Abu muaz,
    terima kaseh...
    (komen tu dah tekan publish tapi hilanglah pulak...)

    ReplyDelete
  8. Psst.., 'pekdah dan kekdah', kahkahkah..

    Ofis Akak terang benderang. Benefitnya dapat guna 'karen' foc selama 4 jam. Kalau kat cyber cafe, baperlah gaknya kena bayar kan? kan?

    Berapa Akak kena bayar untuk sekali dialysis tu?

    ReplyDelete
  9. kak som,
    ofis ni pekdahnya... wi-fi free... letrik.. free.. (mana nak dpt?)
    utk dialysis, pesakit kakitangan kerajaan/pesara free...
    pesakit lain RM13/- jer satu kali dialysis... tapi kalau swasta RM180-RM200...

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...