Saturday, January 30, 2010

Kisah mengikut rombongan pertunangan adik.


Pagi ni, bangun awal... bersiap-siap untuk kerumah Kak Yah untuk sama-sama menghantar rombongan pertunangan adik lelaki bongsu. Qeeb juga turut dibawa sebagai peneman... a.k.a. orang kuat....Aisyah tidak mahu mengikut kerana merasakan dirinya tidak begitu sihat begitu juga dengan Ain dan Zahrah. Masing-masing demam. Setelah diberikan antibiotik dan ubat demam, akak tinggalkan pesan pada Zahrah untuk memberi adiknya antibiotik pada pukul 200 petang.

Janji untuk bertemu pukul 1130 pagi di rumah kak Yah, kakak akak yang tertua selepas pulangnya kak Idai ke rahmatullah 6 tahun dahulu. Kami 4 beradik perempuan daripada 12 orang adik beradik. Selepas kak Yah, akak dan adik perempuan bongsu iaitu Erul.

Pagi ni agak kecoh di kawasan perumahan akak apabila jiran selang sebuah rumah dari akak melansungkan perkahwinan pada hari ini. Adat resam cina apabila pengantin lelaki datang bersama-sama rombongannya menjemput pengantin perempuan maka kedatangan pengantin lelaki harus di sertai dengan bunyi hon kereta dari semua ahli rombongan dan juga bunyi mercun. Kesunyian pagi sabtu menjadi riuh rendah apabila rombongan pengantin sambil menantikan pengantin perempuan membuat riuh di hadapan rumah. Akak yang dah bersiap hendak ke rumah kak Yah, membuat keputusan untuk terus pergi ke rumah kak Yah.

Tiba di rumah kak Yah agak awal dari ahli keluarga yang lain, akak pun ambil keputusan untuk pergi sarapan dan mencuci kereta. Sebaik ternampak tempat mencuci kereta agak lapang, akak terus masuk dan kereta di letakkan di tempat membasuh. Tunggu sebentar saja, kereta pun dah cantik seperti baru.


Selesai kereta di cuci, akak pergi ke kedai makan Kg. Melaka untuk sarapan. Adik akak pernah beritau kesedapan nasi lemak di sini. Sampai saja, nasi lemak dah habis... takda rezeki. Kami bersarapan dengan roti canai sahaja dan milo ais.

Selesai sarapan terus kerumah kak Yah. Abang Ijoi iaitu abang tertua merangkap ketua keluarga kami juga sudah tiba. Taklama kemudian adik perempuan Erul, mak dan bakal pengantin Elan pun tiba. Setelah cukup ahli rombongan pertunangan, kami pun berangkat menuju ke Kg Hulu Teris, Sepang. Abang Ijoi menjadi ketua rombongan. Akak memandu kereta kedua dan yang lain-lain mengikut dari belakang. Ada sekali tu, akak tertinggal jauh di belakang apabila abang ijoi membawa macam F1. Hingga akak sesat dan semua ahli rombongan kena berhenti dan menantikan akak. Baru dia tahu.. kalau konvoi mana boleh laju-laju... Dia belok kekiri dan akak terus... jauh sesat dan baru tersedar.. Puaslah semua kena menunggu.

( Gambar cupcakes yang dibuat oleh SIL )

Akak memilih untuk bersama-sama dengan adik akak, Erul kerana kami memang satu kepala...umur pun tak jauh... kami memang mesra dari dulu....

Sewaktu singgah solat di Masjid Sg Pelek. ( Nombor kereta 3 beradik bagai berjanji... 4414, 5556,4458.....ketiga-tiganya hitam....)

Ahli rombongan dengan barang-barang hantaran.





Inilah menantu bongsu /terakhir (Insya'Allah ) iaitu Siti Zakiah buat Puan Hajah Jaliah. Alhamdulillah, hajat Puan Hajah Jaliah hampir tercapai nak melihat anak bongsunya berumahtangga.

Tiga beradik perempuan dalam keluarga kami meraikan kedatangan Siti Zakiah dalam keluarga kami.

Kak Yah lah yang menjadi orang tengah mengenalkan Siti Zakiah dan adik bongsu kami, Zailan.

Selesai majlis pertunangan dan makan tengahari, kami pun meminta diri.

Pulang dari majlis pertunangan, akak singgah pula di gerai jual kuih. Akak tengok bukak pulak. Perut belum lapar lagi. Saja jer beli untuk di tunjukkan di sini rupa kuih yang akak suka. Intinya sempoi jer, sardin tapi rasanya... sedapppp berbaloi...

pssst kak som,
i nak tanya nombor talipon budak jual tu tapi anak dara i ada sama takut nanti budak tu perasan anak dara i yang mintak...susah lak i nanti.... i ni chembuwu jugak kalau hal anak2 dara i yang 4 tu... tak gitu kak som?...

10 comments:

  1. kita suuuuuka honda city hitam itu!!!
    ada jual2 pantun-pantun tak??
    hehehe...

    ReplyDelete
  2. IS,
    abang kita owang minang...kalau kami owang melaka, sure ada pantun. Pak mentua akak memang suka berpantun. Owang minang~direct to the point..

    ReplyDelete
  3. kihkihkih Akak ..

    Mintak ajelah no. tepon dak tu. Mcm2 'alasan' boleh diberi. Bukankah kita2 ni semua pandai buat skrip kalah anak pak Sibir tu?

    "cuba berusaha lebih gigih lagi.." <- mcm komen dlm report book aje, haha

    ReplyDelete
  4. kak som,
    lama dah i tak dapat repot kad..
    rasanya lama dah depa tak guna ayat2 camgitu...
    windu lah....

    ReplyDelete
  5. wah...tak lama lagi akka nak dpt adik ipar bungsu lah ye..nnti jgn lupa jemput ida tau..

    ReplyDelete
  6. ida,
    insya'allah...
    jika kami makan kenduri, akak akan beritahu... senang nak contact sebab ada nombor hp....
    ekceli semalam akak nak ajak sekali pergi hulu teris, tapi akak ni takut kena tinggal kalau akak singgah kat Bandar baru salak tinggi sebab tak tahu jalan...nanti masa kenduri nikah, akak bagitau... kita pergi sama-sama...insya'allah.

    ReplyDelete
  7. I tgh dok bercdg2 nak pi lepak kat Nasik Kandaq Pelita dkt umah I ni besok, sambil2 tinggal my Kembara utk dibelai2, gosok2, sabun2, urut2.. Cian kat dia, lama dah dia tak mandi.. Asyik mandi ujan asid je..

    Selamat menerima bakal ipaq baru, Akak..

    ReplyDelete
  8. Ja,
    sekali-sekali bagi keta kita pi 'spa' kita pun rasa sewonok tak chara... bila bawak keta bersih/berkilat kilau.... rasa macam satu semangat baru...tapiiii.... tiba-tiba hujan turun.... redha jer lah.... nak kata apa?...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah....

    Moga-moga kekal berpanjangan hingga ke jinjang pelamin, insyallah.

    Err... kuih apa tu ? macam rupa roti goreng je..

    ReplyDelete
  10. Tie,
    Terima kaseh tie.. akak pun berharap hingga kekal ke jinjang pelamin. Yang bestnya adik akak anak bongsu, tunangnya anak sulong.... muga2 kuatlah jodoh mereka.
    Kuih macam chakoi tapi ada inti sardin...sempoi jer tapi sedaplah intinya...pandai dia buat.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...