Thursday, January 7, 2010

Orang Pernu dan Alai...


Selesai memasak lunch buat anak-anak akak teringat perlu membeli buku-buku tambahan untuk Zahrah dan Qeeb. Selesai masak Spaghetti, akak pun membawa mereka ke kedai buku di Seksyen 7.

Menyelerakan.... Jemputlah sorang sedikit....


Sambil akak menanti anak-anak mencari barang keperluan, akak pun melabuhkan punggung di sebuah bangku yang disediakan. Nampak seorang ibu muda sama-sama sedang menanti anaknya membeli buku-buku. Setelah meminta kebenaran duduk, akak pun melihatkan anak kecilnya yang sedang enak beradu di dalam kereta sorong bayi. Nak jadi bahan bual, akak bertanyalah usia anaknya dan komen serba sedikit. ( Makcik...namanya pun makcik..kalau dah nampak baby comel, mana boleh tak tegur....).

Tanya punya tanya dan cerita punya cerita kami bertanya asal kampung masing-masing. Bagai berpakat kampung akak di Pernu dan dia dari Alai... Alai ni memang berdekatan dengan Pernu. Hmm lagilah rancak berbual. Dah salam dah asalnya... akak boleh tarik dia berbual semula. Sambung borak dan duduk semula...( Akak... biaselah...).

Siap bergambar-gambar lagi dengan Batrisya puteri comel 4 bulan ni....

Punyalah sporting maknya, siap bagi ambil gambar dengan nenek ni...

Hmmmm... Terharu nenek ni... dahlama tak dukung baby comel...

P.S.
Zana, seronok berbual dengan U. Muga kita dapat berbual-bual lagi...Insya'Allah...

10 comments:

  1. Cerdik sungguh nampak baby comey tu. errr..'nenek' ke kak? ;P

    ReplyDelete
  2. Amboiii macam jejak kasih plakkkk.... Terer masak spagheti yerrr.. nak pegi rumah.. nak pegi rumah..:D:D

    ReplyDelete
  3. Laa..kalau dah nenek, mana pulak pegi nya Mak Andeh. Tak naklah panggil nenek, nak Mak Andeh jugak!!!hehehehe

    ReplyDelete
  4. A.I,
    (Bisik)
    Kalau ikut style orang melaka... akak dah jadi 'akak' kat 'dak' baby tu.. tapi akak ni being polite... tak mahulah menyembunyikan usia yang dah senja... dengan redha... nenek pun nenek lah...

    Azie,
    akak ni semua terrer...(Veranganlah..) belum tunjuk semua jer... takut Uolls melopong lah pulak...

    Fa,
    Akak ni cameleon... mengikut keadaan semasa. Boleh jadi itu.. boleh tukar jadi ini... Flexible...
    Nanti akak buat cerita keandehan akak..memang best... (Itu barulah mak andeh...)

    ReplyDelete
  5. tengok gambar last tu..

    Its a colgate smile!

    ReplyDelete
  6. kak ezza,
    yup... sebelum tu memang gosok guna colgate...:-)

    ReplyDelete
  7. Hajah,
    Saya tertarik dengan "melabuhkan punggung" "enak beradu", stail seorang penulis.

    ReplyDelete
  8. kak nora,
    tulis ni pun ikut mood... ceria kalu... keluarlah ayat yg baik2..hilang mood kalu...meraban ajer..

    ReplyDelete
  9. OOOhhh orang Pernu.Kak Zai selalu makan kat situ kalau gi melaka,mana tempat makan best?

    ReplyDelete
  10. kak zai,
    suami orang Pernu.. saya orang kg baru, kuala lumpur.
    Setakat ini kami selalu makan di Anjung Batu.. ada satu pakcik dah lama berniaga di situ.. Namanya Pak Aziz...
    Kat Ikan Bakar Pernu tu ada beberapa yang sedap... Nanti saya ambilkan gambar kedai bila saya balik kg...Insya'allah.

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...