Wednesday, January 6, 2010

Lunch di restoren minang.


Balik dari dialysis di jemput oleh suami. Sebenarnya pukul 3 ptg suami akak harus berada di Genting untuk mesyuarat ketua-ketua jabatan yang bermula petang ini hingga Jumaat. Suami juga mengajak mencuba makan di sebuah restoren yang baru di buka di syeksyen 7. Sebelum sampai, suami dah mengingatkan bahawa Restoren Sambalado ini tidaklah se taraf Sari Ratu tapi kita masih boleh mencuba.

Sebenarnya akak dah banyak kali mencuba Restoren Minang. Di pekan Kajang, Di Kampong Baru saja ada 2 Restoren Minang tak termasuk yang gerai-gerai kecil. Tapi si tekak minang ni, masih merasakan masakan minang mak dia yang sedap... ( Jangan nak cari siapa....)

Maka kamipun tibalah di Restoren Sambalado tersebut. Lihatkan lauknya memang masakan harian yang akak sendiri masak di rumah. Siap ambil lauk... duduk makan.
Emmm..... sama macam akak masaklah....
Yang... boleh datang lagi...
Suami akak pun senyum. Sebab selalunya akak yang akan komplen itu ini....
Lauk2 menjadi kegemaran suami

Lauk akak... the food tester..with Phd in tekak minang.......


12 comments:

  1. salam...
    tenkiu ziarah kita...
    kita pun suka Minang...
    'PHD in tekak minang' yang tak tahan tu...
    :)

    ReplyDelete
  2. ibusinga,
    sebut jer phd tapi puas memikirkan nak kasi p-tu apa..h-tu apa... d-tu apa...
    semuga persahabatan terjalin...:-)

    ReplyDelete
  3. mmmm...terliur punya pasalllll...nanti fa tunjuk kat akak, masakan dendang kat sini, ye. Kebetulan tadi lunch kat situ, memang teringat kat akak. Bila2 dtg kemaman, sure fa bawak gi restoran tu...fa dah makan masakan dia since 1992, bayangkan...masa tu dia baru je bukak gerai, bawah pokok aje.....

    ReplyDelete
  4. Fa,
    dendeng ke rendang?
    apa pun sebelum akak ke kemaman akak kena booking buat dialysis dulu.. kot nanti sedap makan... berlebih ayor... mencungap teman...

    ReplyDelete
  5. La! layan minang lagi??...Sesekali kenakan lauk Negeri Sembilan, Salai Daging, Salai keli masak lomak cili padi. Best sangat. Rahmah cuba gi Danao Kota kat Surau Al Amin. Kalau tghhari, bersesak2. Pegi sebelum pukul satu, banyak lah lauk pauk. Dua hari sudah akak pekena tempoyak biji durian..Mak sedap hingga sengkak perut kekenyangan.

    ReplyDelete
  6. kak nani,
    terima kaseh...
    insya'allah saya cuber...

    ReplyDelete
  7. Adoi Akak, saya tak ada PHD yg susah ni, semua bedal.:)

    ReplyDelete
  8. Adoi Akak, saya tak ada PHD yg susah ni, semua bedal.:)

    ReplyDelete
  9. Salam hajah,
    Samalah tekak dengan akak, selera minang, esp ikan goreng balado, masak kalio dengan baby potatoes. Bestnya!

    ReplyDelete
  10. acciaccatura,
    sebab akak ni dah berumur, tekak tu naik degree.. dulu pun akak bedal ajer ape2 tapi sekarang degree nya dah tinggi, lorat..memilih...:-)

    kak nora,
    baby potatoes (alamak... tak pernah rasa...)
    kalau kat melaka ada ker?...nanti balik melaka nak cuba lah....

    ReplyDelete
  11. Salam Dik Mah...

    tengok gambo tu tetiba tekak teman ni rasa teringin nak makan bayam rebus! :)

    ReplyDelete
  12. kakcik,
    tajamnya mata... tau yang mana bayam...
    sekali-sekali makan bayam sure best....

    ReplyDelete

Sila beri komen anda.

Hamster nak makan...